Wednesday, August 9, 2017

Kelestarian Bumi Perlis - Meneroka dan Menjelajah Gua Wang Burma, Perlis


Pada hari ke-29 gerak kerja Festkon 12, semua sekretariat barcadang untuk buat aktiviti sama-sama. Wani ada plan untuk caving kat Gua Wang Burma dengan kolaborasi UniMAP Backpackers Troop (UBaT). UBat terdiri daripada alumni UniMAP sendiri, kebanyakannya terdiri daripada para pensyarah dan pelajar PhD. Kitorang plan 8 orang sekretariat + 4 orang daripada group UBaT.

Seawal pagi (dalam pukul 6.30), kami bangun dan bersiap sebab kami dan berjanji dengan pihak UBat untuk berkumpul pada pukul 8.15 pagi. Kami bertolak dari Bumita, Pauh ke Unicity dalam pukul 7.30 pagi menggunakan 2 biji kereta, kereta Yasser dan kereta Pengarah Festkon sendiri, AmirHakim.

Setibanya di Unicity, Padang Besar, kami bersarapan dahulu...nak caving memerlukan banyak tenaga kot, lebih baik kumpul tenaga dulu. Lepas sarapan jumpa ngn geng UBat lepas tu terus gerak. 

Otw ke Gua Wang Burma, kene lalu bukit yang agak tinggi. Risau jugak la time tu tiba2 kereta Hakim mati lepas tu orang lain dah laju ke depan. Sebab bukit tu bengkang bangkok lepas tu tinggi plak tu. Nasib baik Afiq bole kendalikan kereta Hakim dengan baik dan kami sampai dengan selamat.

Sepatutnya sorang bayar Rm 15.00 pakej caving, breakfast dan lunch. Tapi kitorang bayar Rm 10.00 je sebab kitorang decide nak lunch sendiri. Kitorang start dalam pukul 9.30 pagi.



Sarapan pagi. Kumpul tenaga dahulu untuk caving.


Saat yang mencemaskan + mendebarkan. Tapi semua masih boleh senyum lebar.



Streching dulu. Baru tak "cream" bila buat apa2 aktiviti.


Breakfast lagi sekali, betul2 sebelum caving. Breakfast kali kedua la ni.









Aktiviti bermula dengan sesi taklimat. Die bagi taklimat tentang peraturan dan larangan sepanjang kitorang berada di sekitar kawasan Gua Wang Burma. Dia juga warning pasal bintang2 yang merisaukan macam monyet, katak gua, ular laju gua (ular half-albino) dan yang paling penting pacat. Pacat memang lagi bergiat aktif waktu2 lepas hujan ni. Dan yang paling best, nak masuk gua ni kena hiking dulu. Sumpah kitorang tak expect kena hiking dulu.

Gua Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis, berhampiran Wang Kelian. Hutan kat sini memang segar dan menyamankan dengan pokok2 yang rimbun. Kawasan Perlis memang panas dan hangat tetapi bila masuk je hutan ni memang tak rasa macam dok Perlis. Sepanjang kitorang hiking, kedengaran bunyi2 haiwan liar, serangga dan bunyi angin yang mendamaikan.




Sekretariat FESTKON 12 feat. UBaT



Dalam 30 minit jugak la hiking, baru sampai puncak dan jumpa pintu masuk Gua Wang Burma. Gua Wang Burma ni terbahagi kepada dua iaitu Gua Wang Burma 1 dan Gua Wang Burma 2. Sebelum masuk pon ade taklimat tentang peraturan di dalam gua, contohnya jangan kacau binatang2 dalam gua seperti katak, ular dan kelawar. Lepas tu, dia pon melarang kami daripada menyentuh betu-batu dalam gua tersebut sebab tangan kita yang beracid akan ganggu pertumbuhan batuan di dalam gua. Btw, time ni kitorang dah tak boleh bertenang sebab pacat dah bergiat aktif mencari mangsa.

Time awal2 masuk tu, sepanjang perjalanan ada jambatan kayu. Awal2 kedatangan kitorang dah disambut oleh katak gua, size die memang lain macam..menakutkan. Kitorang ikut jambatan tersebut sampai laluan jambatan tamat. Lepastu kitorang kena ikut laluan gua, kira memang kita in contact dengan permukaan gua tersebut.




     


    
Pebentukan stalactite dan stalagmite yang sangat unik.







"Hawa terkejut tengok apa tu??"

Lepas tu, kita punya guider bagi greenlight untuk ikut satu jalan yang membolehkan kitorang untuk menembusi keluar gua. Tapi dia cakap kalau group besar selalunya tidak berpeluang untuk mencuba jalan ni, tapi nasib baik group kitorang kecil. Kalau ikut path ni memang agak mencabar tetapi masih sesuai untuk tahap umur kitorang. Memang kotor tu jangan cerita, merangkak, memanjat dan mengensot untuk melepasi lubang yang sempit.











Sekretariat FESTKON 12 + UBaT + IPDA (Institut Perguruan Darul Aman)





Selepas laluan yang mencabar (sampai kotor2 baju dan seluar), kitorang dapat keluar. Keluar2 kitorang dihidangkan dengan kemeriahan dan kahangatan daripada IPDA. Lepas tu kitorang ajak selfie bersama. Tapi kitorang takleh pergi mana2 pon, kene masuk balik gua.



















Otw nak ke Gua Wang Burma 2, kitorang terjumpa balik geng2 IPDA tengah duduk dalam bulatan. Lepas tu diorang nak buat satu aktiviti, Tarot tak ingat apa nama aktiviti tersebut. Guider kitorang ajak join sekali lepas tu kitorang pon join sekali. Rupe2nya diorang nak tutupkan semua jenis lampu yang ada. Bila semua dah ready, diorang punye faci tutup lampu. Memang pitch black..tak nampak apa2. Tarot pon cuak jugak tapi still boleh kawal. Tapi Tarot pegang gak la tangan orang sebelah sebab nak tau yang masih ada orang kat sebelah. Tujuan IPDA buat aktiviti sebab dia nak kita rasa perasaan jadi buta dan tiada cahaya. Macam tu la. Lepas 5 minit torchlight dibuka semula.

Otw ke Gua Wang Burma 2 kitorang disambut pulak dengan Ular Laju Gua atau ular Half-Albino. Ular ni boleh melekat kat dinding gua macam cicak.










Lepas tu, kitorang sambung meneroka Gua Wang Burma 2. Kat sini tiada jambatan langsung. Kitorang terpaksa pakai kaki sendiri dan tali sahaja untuk turun. Bila dah sampai bawah, kitorang terpakda menyusuri sungai kecil gua. Tarot dah mula cuak sebab Tarot bawak phone, risau phone masuk air. Makin lama bumbung gua makin rendah, ruang makin sempit dan air makin tinggi. Memang kitorang kena menyusup lubang-lubang gua yang kecil sehingga terpaksa merangkak, meniarap dan berjalan itik. Memang tak boleh elak dari basah, kena jaga2 dengan barang berharga.

Sumpah tak expect caving ni sampai kotor dan basah. Lepas 2 jam lebih, kitorang selesai meneroka gua. Semua selamat.












Lepas habis caving, semua orang mandi + tukar baju. Yang paling best Tarot tak bawak baju lebih, pakai baju yang sama je. Memang tak selesa, rasa gatal dan miang sepanjang perjalanan. Diorang plak ajak pergi Kuala Perlis, lepak sana.

Masing2 kepenatan






Memang sedap pekena cendol sambil dihidangkan dengan suasana sunset di pantai Kuala Perlis.





Keje asyik tido je.