nuffnang adds

Sunday, August 1, 2021

Thursdvys Cafe - Taman Tun Dr Ismail - Perfect Place for Birthday Celebrations

 


Sempena birthday Amin yang ke 25, kami decide nak celebrate secara besar-besaran. Walaupun secara besar-besaran, jumlah orang hanya 3 orang sahaja. Dr. Suhail sangat sibuk tambah lagi dengan musim PKP menjadikan beliau lebih sibuk dari biasa. Jadi kami tidak paksa beliau untuk turut serta. Kami decide nak tengok wayang pada hari yang sama di One Utama jadi kami memilih cafe yang berhampiran Damansara.

Setelah Naquib survey cafe yang best, kami decide untuk memilih Thursdvys sebagai lokasi untuk kami celebrate. Tarot tidak pasti sebutan dia bagaimana tetapi kami sebut "Thurdays" sahaja. Cafe ini dibenarkan untuk membuat tempahan jadi kami lakukan tempahan terlebih dahulu.

Happy 25th Birthday Amin





Calzone's Breakfast (RM19.00)

Ben-Addict (RM23.00)



Burnt Cheesecake dan Creampuff sebagai pelengkap sambutan Hari Jadi Amin.


Tarot boleh bagi rating yang agak tinggi kepada Thursdvys Cafe ini kerana makanan yang disajikan agak berbeza kesedapannya dan rich in flavor. Tarot rasakan menu agak terhad kerana kebanyakkan manu hanya dihidang pada sebelah petang dan malam. Menu yang kami pilih hanya pada kategori "All Day Brunch". Manakala kategori "Pastas" dan "Heavy" hanya dihidang selepas jam 6 petang. Dari segi harga memang tidak begitu murah, standard harga cafe di Lembah Klang ini. Suasana sangat cosy dan menarik lebih-lebih lagi untuk photoshoot.






First time menonton wayang selepas PKP. Penjarakkan dalam panggung wayang sangat ketat dan terkawal kerana penjarakkan sosial yang rapi.


13 comments:

  1. Temopat sangat menarik bro. Semoga covid cepat lenyap

    ReplyDelete
  2. Best nyaa makan2 di cafe kan
    Haraplah covid ni cpt hilang

    ReplyDelete
  3. 1st time singgah di blog ni? Ni dekat mana? Dah boleh makan di restoran ke?

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini tarot..nama kemain lagi heheee ^_^
    kak shida naj join tarot nya Giveaway.. tq

    ReplyDelete
  5. Happy belated birtday!

    Kalau review bagi rate tinggi tu mesti la best kannn

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik betul menu yang disediakan.. Bila keadaan semua dah okey nanti, bolehlah akak cuba...

    ReplyDelete
  7. Ohoo memang tak reti nak sebut ni Thursdvys. Menarik menu-menunya, nampak sedap!

    ReplyDelete
  8. Happy birthday en Amin.. bestnya dine in lama mama x makan kat kedai

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Amin. Saya dah lama tak dine in . Semua makanan nampak sedap serous, saya suka juga pergi tempat makanan gini bila duit masyuk. HAHA

    ReplyDelete
  10. seronoknya dapat dine in... tgk gambar-gambar tu pun aduhaii terliur den

    ReplyDelete
  11. Wah...happy belated birthday. Desert tu...nampak meyelerakan. Tasyabar nak dine-in.Hi3.

    ReplyDelete