nuffnang adds

Monday, August 6, 2018

Perasaan Menjadi Backpackers | Avatar Secret Garden Tanjung Bungah, Pulau Pinang




Cuti pertengahan semester sudah bermula, tetapi Tarot masih berada di UniMAP. Tarot sekadar melihat rakan-rakan Tarot packing dan pulang ke kampung halaman. Tarot sangat busy, dengan Bengkel Pemerkasaan Majlis Perwakilan Pelajar kerana Tarot baru sahaja dilantik menjadi MPP. Dengan Festival Konvokesyen 12 yang bakal tiba tidak lama lagi. Masih banyak perkara yang belum settle, program masih banyak kena pantau. Cuti seminggu ini, Tarot terpaksa stay di UniMAP untuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Sampai satu tahap, Tarot sendiri rasa sangat tension dan rasa macam nak pecah kepala. Semua orang di sekeliling membuatkan Tarot semakin serabut. Dengan tiada orang di UniMAP, Tarot tidak tahu ingin mengadu kepada siapa. Akhirnya, Tarot menghubungi rakan Tarot yang asal dari Utara. Memandangkan sekarang musim cuti, sudah tentu semua orang berada di rumah.

Jadi, Tarot wasep geng matriks dulu dan Zaqwan, Faiz dan Luqman bersetuju untuk keluar bersama. Memandangkkan mereka memang dari utara, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, senang untuk kami berkumpul sekali.

Zaqwan mengambil Tarot di kampus, manakala Luqman datang dengan kereta sendiri. Selepas itu, Zaqwan mencadangkan kami pergi ke Aman Central. Elok je masuk simpang, kereta Luqman terkeluar dari allignment. HAHAHA. Memang dugaan. Tetapi bila ada member sekali, kita enjoy menghadapi dugaan bersama. Selepas Luqman call bapak dia, terus bawak masuk bengkel. Lepas itu, kami gerak menggunakan kereta Zaqwan dan terus ke Aman Central.

Setibanya di Aman Central, manusia seramai-ramainya. Tarot menyatakan, kalau macam ini bukan semakin hilang tension malah bertambah-tambah tension dan serabut. Lalu kami keluar balik dari Aman Central.

Akhirnya, Zaqwan mencadangkan supaya kami gerak ke Pulau Pinang. Kami tidak yakin dengan keadaan kereta Zaqwan mampu sampai ke Pulau Pinang. Beliau mencadangkan supaya kita menaiki KTM. Kami terus gerak.



Memang trip kali ini sangat tidak dirancang, kami cuma ada phone, wallet dan apa yang kami ada pada waktu itu. Kami tidak kisah, kami memang ada satu mission untuk sampai ke Pulau Pinang. Setibanya di ktm stesen Pulau Pinang kami turun dan terus berjalan ke jeti yang menyediakan perkhidamatan ke Pulau. Kami berjalan dengan agak laju, takut-takut tertinggal feri. Selepas membeli tiket tersebut, brader kaunter tiket tu cakap, "Jeti dan berlepas dah, korang kene lari!". Terus kitorang lari macam tiada hari esok. Adrenaline memang berada di tahap puncak waktu itu, kitorang dah macam reality show The Amazing Race. Akhirnya kami sempat masuk. Yang paling best, semua orang tengah tengok kiotrang. Kitorang tengok ada orang yang masih berjalan macam tiada apa-apa yang berlaku. Lepas itu, seorang macam Jaga ni cakap, "5 minit lagi feri baru berlepas". Memang kitorang rasa macam nak mencarut. Baju dah lecun, muka macam bukan manusia dah.

Selepas 5 minit, feri terus berlepas. Kami menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang. Tarot tidak sangka dengan apa yang kami lalui sepanjang hari ini. Setibanya di Pulau, kami berjalan dengan tenang dan masih tidak fikir apa plan seterusnya. Kami bercadang nak naik bas Rapid Penang tetapi kami pilih untuk berjalan kaki.




Selepas itu, kami perlu pilih antara Kapitan atau Nasi Kandar Beratur. Kami tidak boleh pilih kedai-kedai viral kerana kami bukan naik kereta. Kami kene pilih kedai yang mudah untuk kami pergi. Akhirnya kami pilih Kapitan kerana kedai ini kelihatan lebih menarik dan exclusive. Trip ini more kepada food hunting jadi kami hendak makan sepuas-puasnya. Kami order berbagai-bagi jenis makanan seperti, Nasi Briyani, Cheese Nan, Ayam Tandoori dan Nasi Kambing. Ternyata Pulau Pinang memang sebuah syurga makanan. Kami makan dengan berselera sekali ditambah pula dengan perut yang lapar. Mana tidaknya, hari ini macam-macam terjadi, berlari, kereta rosak, orang ramai dan Tarot sendiri tidak ingat.


Nampak tak keterujaan muka mereka, nampak sangat lapar.

Muka berminyak + peluh. Macam dah takde rupa orang dah.

Ukhwah yang terjalin di KMPk masih kuat sehingga ke hari ini.



Cheese Nan + Ayam Tandoori





Selepas makan di sini, perut sudah kenyang dan kami bercadang untuk berjalan. Sementara nak tunggu isi makanan yang baru, kene kosongkan perut balik. Kami mula-mula berjalan-jalan sekitar kawasan Georgetown dan akhirnya Tarot cadangkan pergi Avatar Secret Garden. Tempat ini pernah viral di twitter jadi kami mengambil peluang untuk melawat kawasan ini.

Kami yang memang tiada apa-apa plan, hendak jalan kaki sahaja sampai ke sana. Akhirnya Faiz keluarkan phone nak guna apps GrabCar. Pada masa ini, Tarot masih kurang arif tentang apps ini. Kami dikenakan caj RM12.00, okla bahagi 4 orang jadi 3 ringgit sorang. Kami terus gerak.

























Tempat ini masih baru dan belum cukup popular. Avatar Secret Garden ini betul-betul terletak di sebelah pantai. Yang paling menarik, tiada bayaran dikenakan. Kami nampak konsep dia memang sama seperti I-City cuma kawasan yang lebih menarik. Tarot yakin, beberapa tahun atau bulan akan datang confirm ada tiket masuk, lepas tu bayar itu dan bayar ini. Masa baru nak up ni sahaja dia buat percuma.

Kat sini memang menarik untuk melakukan photoshoot sebab lampu yang pelbagai warna. Bila dah banyak sangat lampu, terasa bahang. Kami berpeluh-peluh sampai basah badan. Peluh berlari tadi baru nak kering, dah berpeluh balik. Rasa macam dah berlecak-lecak satu badan. Sendiri yang tak tahan dengan bau kepam diri sendiri.

Selepas itu, kami berjalan di pantai berdekatan dengan Avatar Secret Garden ini. Semasa itu, memang sangat tenang. Tarot lupakan seketika masalah-masalah di UniMAP. Sambil berjalan, terasa angin pantai melalui di setiap kulit dan mendengar bunyi pukulan ombak ke pantai. Sambil mengila-gila dengan member, memang perfect la!!



Selepas puas kami menikmati suasana malam di pantai, kami terus gerak ke Padang Kota. Sekali lagi kami naik Grab Car. Di sini kami menyambung aktiviti food hunting, kami order pelbagai jenis makanan seperti cendol, pesemboq, mee udang dan kerang rebus. Memang kami puas hati dan memang lupa semua masalah. Walaupun kami tiada beg, tapi kami paham perasaan menjadi bagpackers. Terjah je apa yang boleh dan semua benda semua Ad-Hoc, tiada satu bende pon yang dirancang.

Apabila jam sudah pukul 2.00 pagi, kami sudah penat. Asalnya kami hendak tidur di surau ataupun masjid. Faiz selaku orang Penang, call member dia suruh ambik. Selepas itu, kami menginap di rumah Faiz dan kami memang tak sedar apa. Yang kami ingat, masuk-masuk rumah, memang dah ada tilam kat ruang tamu, kitorang tumbang lalu KO.

Keesokannya, kami bangun. Faiz sediakan sarapan dan kami dengan tiada tuala, tiada baju dan tiada apa-apa terpaksa cuci muka sahaja. Tarot yang tidak biasa kalau tidah gosok gigi terpaksa gosok gigi menggunakan jari. Itu memang choice terakhir dah tu. Seingat Tarot juga, Tarot sahaja yang mandi kerana rasa tidak selesa. Selepas kami bersarapan, kami terus naik grab ke KTM dan terus bertolak ke Alor Setar.


Perasaan ingin kembali ke zaman kanak-kanak.






Kami singgah di gerai cendol di Kangat sebelum perpisahan terakhir.

Begitulah cerita tentang trip yang unplanned tetapi one of the best moment yang pernah dilalui. Geng Seri Iskandar memang terbaik dari dulu lagi. Tarot harap Ukhwah masih kekal dan kami akan berjumpa lagi dalam masa terdekat.

Yeouido Park, Yeouido Island | Cherry Blossom Heaven in Seoul

The Beauty of Spring in Bloom






Lepas pergi ke Namdaemun Market, kami gerak pergi destinasi terakhir pada hari terakhir, Yeouido Park. Dekat sini memang tempat kemuncak la, sebab kitorang memang pilih tarikh March sebab nak menikmati keindahan bunga sakura. Hari ini juga dikatakan paling cantik bunga sakura berkembang. Apabila tiba di tempat tersebut, ternyata memang sangat indah suasananya.

Kami bentang tikar dan makan tengah hari dahulu. Memang suasana pada waktu itu amat tenang, rasa macam nak tidur pon ada. Angin yang dingin sepi-sepoi bahasa menyentuh setiap kawasan kulit kita. Ditambah dengan pemadangan kawasan sungai Han River dan pokok-pokok bunga sakura menambahkan lagi suasana untuk waktu makan kami.

Selepas makan, kami berpecah. Ada yang masih duduk, ada yang bergambar dan ada yang pergi ke kawasan bazar. Bazar tersebut menjual makanan-makanan tradisional Korea dan kami hanya membeli makanan yang betul-betul boleh dimakan seperi Pau Kacang Merah dan Ubi Keledek Rebus. 
























Kat sini ada satu kawasan lapang yang dipenuhi budak-budak muda yang melepak. Ada gak beberapa aktiviti yang boleh dijalankan seperti skateboard atau berbasikal.






Setelah beberapa jam kami luangkan masa menikmati keindahan bunga sakura, kami bersedia untuk berangkat pulang ke apartment kami. Dan yang paling sedih kami terpaksa berpisah dengan Azri pada hari ini. Dan lagi sedih kami terpaksa meninggalkan Korea awal pagi esok. Apabila pulang ke apartment, kami semua packing-packing barang. 

Tarot dan Big-bro rasa macam masih tidak puas, jadi kami keluar dan berjalan-jalan di Itaewon Street. Yang lagi best, kami masih bershopping untuk menghabiskan sisa-sisa duit poket yang dibawa. Banyak jugaklah yang kami beli seperti Susu Pisang, Key-Chain, T-shirt dan Produk-produk Kecantikan. Selepas duit betul-betul habis dan memang dah puas hati, kami berjalan balik ke apartment dan packing.

Pau kacang merah


Kali terakhir berjumpa dengan Azri, so kita selfie untuk kali terakhir bersama Azri selaku tour guide kitorang selama 5 hari ini. Thanks bro!



Sempat juga rasa Ais-Krim di Korea. Baru best, suasana yang sejuk dan makan makanan yang sejuk.

Muka yang sedih diulit dengan suasana yang hiba dan pilu malam terakhir di bumi Korea.

Keesokaan harinya, kami bangun seawal pukul 5.00 pagi kerana flight kami memang agak awal. Tarot tidak ingat pukul berapa. Teksi yang menghantar kami ke airport sudah berada di bawah. Macam biasa, Tarot dan Big-bro yang membawa semua beg turun dan punggah masuk ke dalam kereta. Hati rasa berat untuk tinggalkan Korea tetapi terpaksa meninggalkan jua. :(





- - THE END - -