nuffnang adds

Sunday, December 24, 2017

Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2017/ 2018



EXCO Kebudayaan dan Integrasi in da Hause...



MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UniMAP 2017/2018Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, pada hari ini 21 Oktober 2017 telah menjadi satu tarikh penting bagi MPP baharu UniMAP.

Secara rasminya seramai 33 orang ahli MPP sesi 2017/2018 telah menerima watikah pelantikan MPP daripada YBhg Dato Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Naib Canselor UniMA, dan disaksikan oleh TNC Prof Madya Dr Mohd Foad sakdan, Dekan & Ketua Jabatan UniMAP. Setelah bertanding dalam PMPP UniMAP pada 5 Oktober lepas, alhamdulillah kami telah terpilih dan mendapat kepercayaan yang tinggi daripada 13708 orang mahasiswa UniMAP untuk memimpin di barisan hadapan & memperjuangkan hak-hak kebajikan mahasiswa keseluruhannya.

Intipati Perkara Yang Dikongsi YBhg. Dato' VC Semasa Amanat Kepada MPP Baru, Watikah Perlantikan MPP pada 21 Oktober 2017.


Advice To Student Leaders from A Student Leader


1. At The End Of The Day, It Will Work Out.


There will be moments when you will want to pull your hair out and scream. Trust me, whether you think it will or not, the stress will seem to be too much at one point or another. Being a student leader means having people rely on you, but you have people to rely on, too. Your group members, advisers, faculty and staff can be a huge asset to you, so do not forget they are there to help. Deep breaths help, too.


2. Be Able To Draw The Line


Learn how to separate business from pleasure. People will look up to you for guidance, and you need to be able to separate different facets of your life in order to do your job effectively. Yes, you can absolutely hang out with all your favorite people outside of a business setting, but be sure you are aware of any potential favoritism that could accidentally trickle into your work and eliminate it as soon as possible.


3. You Are Not Going to Make Everyone Happy.


You're not. Plain and simple. Remember that you have to do what you need to do in the best interest of your organization as a whole. When it comes down to the nitty gritty decisions that are hard to make, consult other executives or your board. Coming to a majority opinion can do wonders in guiding the direction of your organization, and it allows everyone to consider and build from each other's opinions.


4. Know Others on Your Campus.


Get out there and talk to others. As students, you are the foundation of your university and the reason why the institution exists. So, know who else you are working with because having those alliances and shared experiences can help you. Each and every student leader is working to better their organization, themselves and their university, so meeting others who strive for the same mission can only strengthen the campus community.


5. Delegate, Delegate, Delegate.


I cannot stress this enough. Do not learn this the hard way! As much as you will want to, you cannot do everything yourself. Lean on people if you need to. Ask someone to tie up a loose end or two for you if you have a hundred other ends to tie. You will be busy, so know what you can handle and what you cannot. Asking for help doesn't mean you are a weak leader, it means you know not to push yourself past your breaking point.


6. Work Hard, Play Hard


Remember to do the best you can with the time you have with your organization, but know that your years on campus aren't meant to be spent holed up in an office. Do your work, but have some fun. It's OK to hold off on doing even more work if it means you can grab a drink with your friends for an hour. You will always have things to do, but remember: at the end of the day, it will all work out.


Dengan bermulanya detik ini, kami bersedia untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Besar harapan kami mudah-mudahan seluruh warga universiti terus memberikan sokongan dan sentiasa bersama kami dalam menjalankan gerak kerja kepimpinan mahasiswa di UniMAP tercinta ini. InsyaAllah, bersama-sama kita bangunkan mahasiswa UniMAP ke taraf global & mengangkat tinggi nama universiti kebanggaan kita ini, Universiti Malaysia Perlis.

























Monday, December 18, 2017

Kereta Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) disimbah cat





KERETA Perodua Myvi milik Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok disimbah cat merah dan diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hari ini.

Muhammad Luqman Jamalil-Idrus, 22, menyedari kejadian itu pada jam 9.30 pagi ketika hendak menghadiri kelas. Dia amat terkejut apabila melihat keretanya penuh dengan cat merah dan diconteng di bahagian kiri dan kanan di tempat letak kereta di kolej kediaman UUM itu.
Penuntut tahun ketiga Sarjana Muda Pengurusan Awam itu berkata, sebelum ini dia tidak pernah mempunyai musuh atau bergaduh dengan sesiapa dan tidak pernah berhutang along yang menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati dengannya.

"Kejadian ini agak mengejutkan saya kerana ia berlaku di kawasan kediaman universiti ini dan saya tak berani tuduh sesiapa selain tak tahu punca mengapa saya menjadi mangsa.
"Sebelum ini, saya mempunyai urusan di luar selama empat hari tetapi tidak berlaku pula kejadian seperti ini dan ia terjadi ketika saya berada di rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Luqman berkata, disebabkan bimbang keselamatannya terancam, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu 1 tengah hari tadi untuk memaklumkan kejadian itu dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan setakat ini.

Tuesday, December 12, 2017

Incredible Scenery of My Journey - Bukit Keluang, Besut

Hari ini merupakan hari terakhir kami menjalani kursus kepimpinan - Kem Ganas 2.0 dan hari ini kami diberi peluang untuk mendaki Bukit Keluang. Tapak kami iaitu Kem BTN hanya beberapa kilometer sahaja dari Bukit Keluang ini, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mendaki bukit ini.
Kami bangun seawal pukul..... (berapa entah, tak ingat) tetapi kami sudah bersedia pada pukul 7.00 pagi. Kami memulakan dengan sarapan sebagai sumber tenaga untuk menawan Bukit Keluang ini. Selepas semua sudah bersedia, kami terus bertolak mengikut kumpulan menaiki dua buah bas.





Permulaan Bukit Keluang ini agak curam dan mencabar tetapi memang tiada masalah bagi kami yang sudah dicabar mental dan fizikal sepanjang kem ini. Laluan trek di sini agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Kami mendaki bersama-sama jadi perjalanan ke puncak mengambil sedikit masa. Kami mengambil masa dalam 30 minit untuk tiba di puncak Bukit Keluang.



View dari puncak Bukit Keluang yang sangat menakjubkan.







Sewaktu berada di puncak, memang terdapat pagar sebagai keselamatan para pengunjung. Akan tetapi pagar tersebut boleh dipanjat dan dibolosi atas tujuan mendapatkan gambar yang cantik. Memang kena berhati-hati dan pandai jaga diri untuk megelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Memang ada kes, pengunjung jatuh dari Bukit Keluang sebab nak berselfie. Para pendaki kena berhati-hati dan jaga keselamatan diri sendiri.









Selepas menikmati pemandangan yang indah di puncak, dah settle selfie wefie semua, kami terus pulang. Laluan untuk turun juga agak mencabar kerana kecuraman yang agak curam. Kami menikmati setiap perjalanan kerana ini merupakan detik terakhir kami di Kem Ganas ini. Memang kami enjoy walaupun masing-masing baru kenal each other.

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat.

Pendakian peserta Kem Ganas 2.0 di Bukit Keluang ini merupakan penutup atau penutup tirai untuk kursus kepimpinan ini. Harapan saya lebih ramai peserta dan produk kem ganas yang akan dihasilkan pada kursus akan datang iaitu Kem Ganas 3.0. Kami juga harap lebih ramai pemimpin-pemimpin dan pelapis dilahirkan melalui Kem Ganas ini. 

YANG PALING PENTING !!!

Mental Kena Kuat !
Hati Jangan Sentap !
Jangan Cepat Koyak !

~Produk Kem Ganas 2017~