nuffnang adds

Wednesday, February 23, 2022

Zahid Baharom - The Best Improvisation of Application Tracking System (ATS) Resume Services!

 



To cater every undone puzzle inside your resume



If you are interested in improving and building up your resume to align with the current Applicant Tracking System (ATS) used by large companies. You could contact us at 


or click our website link at


We will improvise, build and validate your resume to be an ATS-friendly resume with more than > 80% ATS Score.











Tuesday, February 22, 2022

Be A Part Of A Wildlife Adventure in A'Famosa Safari Wonderland, Melaka | Family Day Enun 2022


Setelah Family Day Enun 2019 di Pengkalan Balak, kami decide untuk lakukan Family Day ini sebagai acara tahunan. Atas sebab PKP dan Covid 19, Family Day tidak dapat diteruskan. Pada tahun ini iaitu 2022, Wani telah putuskan untuk teruskan legasi tersebut dan menjadi pengurus program. Kota A'Famosa, Melaka telah menjadi pilihan beliau dan Melaka ialah negeri yang sangat convenient untuk semua family Enun.

Family Day ini mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja dan sebelum check ini, kami akan melawat 
A'Famosa Safari Wonderland terlebih dahulu.

Kami bertolak seawal jam 10.00 pagi kerana berjanji untuk jumpa pada jam 1.00 petang di sana. Setibanya di highway plus, jalan sangat jammed dan kami mendengar berita menyatakan hampir 2.4 juta kenderaan berada atas jalan raya atas tujuan melancong pada hari itu. Tarot sentiasa melihat aplikasi waze kerana waze akan memberikan jalan alternatif dan akhirnya kami ikut jalan Linggi.

Kumpulan pertama yang sudah berkumpul naik truck terlebih dahulu. Beberapa orang terpaksa tunggu Family Tarot kerana Family Tarot merupakan yang terakhir yang tiba. Kumpulan ini nampak sangat padat macam pelarian. 😆😆


Kumpulan kedua kelihatan lebih lengang berbanding kumpulan pertama. Induk, Pak Induk, Najla dan Wani menunggu family kami di pintu masuk Safari kerana mereka memegang tiket kami. Geng Tarot iaitu Azeem, Adib dan Najmi juga menunggu Tarot kerana kami memang tidak boleh berpisah. 


Menariknya safari ini, kami menaiki truck yang berpagar untuk 100% perlindungan dan akan masuk ke setiap kawasan binatang liar. Kami dapat lihat lebih dekat dan bukan seperti zoo di mana binatang diletakkan di dalam sangkar yang kecil. Truck ini bergoyang agak kuat dan tidak sesuai bagi wanita mengandung atau ada masalah kesihatan seperti sakit belakang. Manakala, yang muda seperti kami sangat enjoyed macam naik roller coaster.



Geng-geng bujang yang single, available dan care-free.

Kami sangat teruja melihat harimau yang berlegar-legar di sekitar truck kami.

Sampai di checkpoint Badak Air, kita boleh beli separuh labu dengan harga RM10.00 dan beri makan kepadanya. Badak air agak jauh jadi kita perlu beling tepat masuk dalam mulutnya. Tarot gagal.


Cubaan kedua oleh Abah. Juga gagal masukkan walaupun mulut badak air terbuka luas.


Ber-selfie bersama badak air tersebut. Nampak sangat photogenic.






Dak Zayden pandai main chak-chak dengan cameraman.

Chak!!!


Binatang di sini kurang compare dengan zoo tetapi konsep agak berbeza. Di sini, kita akan dapat pengalaman lebih seronok kerana dapat mendekati haiwan malah dapat bermain-main dengan haiwan tersebut. Selepas tamat truck adventure, kami terus ke bahagian yang lain dan di sini kami dapat beri makanan kepada kambing dan arnab. Di sini, kita boleh beli kacang dengan harga RM5.00 satu ikat.



Group photo Family Enun. Tidak tahu kenapa ada group 6 orang belah kanan tu macam terkeluar daripada group.



Selepas itu, semua orang terus ke homestay kerana badan sudah penat. Akan tetapi, family Tarot masih tidak mahu balik (mungkin kerana kami paling lambat) dan kami mahu tunggu The Elephant Show. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang dan waktu tayangan gajah pada jam 4.30 petang. Family Tarot dan Family Mak Su sahaja yang stay bersama Najmi, Azeem, Adib dan Nabil untuk menyaksikan show ini. Pertunjukkan ini cuma 2 kali sehari dan kami tidak mahu lepaskan peluang ini.




Adib mengambil peluang untuk beri makanan kepada gajah ini.






Dak Zafirah sangat takut pada gajah tersebut.

Show oleh gajah agak menarik walaupun tidak boleh nak compare dengan Thailand punya Elephant Show. Akan tetapi, show ini boleh diberikan pujian dan menghiburkan, effort yang bagus untuk bersaing dengan negara lain.

Harga tiket ke A'Famosa Safari Wonderland ialah RM38.00 dan percuma untuk kanak-kanak. Tarot sangat berpuas hati kerana konsep truck itu sangat menarik dan tidak dapat di tempat lain. Ramai kata, route oleh truck itu sangat sekejap dan mungkin boleh ditambah lagi. Tempat memang agak kecil tetapi sangat selesa kerana agak redup. Tarot reconmend kepada semua pembaca untuk datang sini lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. 

Selepas tamat show gajah itu, kami mengambil peluang memberi makan dan bergambar bersama gajah. Seterusnya, kami terus ke homestay untuk aktiviti seterusnya.




 

Tuesday, February 15, 2022

Apa Pentingnya Takaful? Jom Tanya Haziq Halim - Perunding PRUBSN Takaful

 

Antara kepentingan dan Kelebihan Hibah Takaful


1 – Proses tuntutan lebih cepat

Biasanya mengambil masa 14 hari, paling lama pun mungkin sebulan sahaja.


2 – Pengganti pendapatan

Jika gaji kita RM4000 sebulan. Dengan polisi hibah takaful RM350,000.00 maka ia dapat bertahan selama 87 bulan / 7 Tahun


3. – Penerima mutlak

Penerima hibah takaful ini adalah mutlak miliknya. Contoh suami sediakan hibah kepada isteri RM350,000, isteri akan menerima 100% hibah tersebut.

4. – Akaun tidak dibekukan

Kebiasaannya perkara ini amat merisaukan bagi sesiapa sahaja. Mungkin sebelum kematian boleh je keluarkan duit dengan izin suami. Tiba-tiba kena block memang jadi masalah besar. Lebih kritikal jika isteri suri rumah sepenuh masa. Mana nak cari duit?



Sahabat-sahabat, sediakan hibah takaful bukannya membuatkan waris menjadi kaya, tetapi ia mampu mengelakkan daripada meminta-minta.


Tak tahu berapa bajet yang sesuai untuk sediakan Income Replacement atau Hibah Takaful?

Jom klik di bawah










👱👱Haziq Halim👱👱
Perunding Takaful Sepenuh Masa
PRUBSN Takaful

Short Escape to Paradise | Luxurious Water Chalet, Swimming Pools and Beach - Avillion Port Dickson

 


Sehari selepas sambut reunion Gedik's Family di Kay Lobster, kami terus ke vacation Gedik's Family di Avillion Port Dickson. Asalnya, Tarot bercadang untuk pilih homestay ala-ala Templer Park akan tetapi homestay sebegitu semua fully booked. Rakyat Malaysia yang melancong pada waktu ini memang seperti ayam terlepas reban. Akhirnya, kami telah memilih Avillion Water Chalet sebagai destinasi pilihan.

Sepatutnya, setiap tahun sejak 2019 Gedik's Family akan plan sebuah pecutian pada bulan 1 untuk sambut anniversary Mak dan Abah. Pada tahun 2019, kami sambut di Templer Park diikuti dengan Regalia Suites pada tahun 2020. Akibat pandemik, kami tidak ke mana-mana pada tahun 2021, hanya lakukan sambutan di rumah sahaja. 









Kami berpecah kepada dua kumpulan dan gerak dalam jam 2.00 petang. Tarot dan bapa Tarot yang memandu dan Tarot sampai dulu. Tips pertama untuk melancong di sini (atau melancong ke mana-mana sahaja), sila gunakan waze anda. Bapa Tarot gunakan jalan biasa yang lebih dekat tetapi jalan tersebut jammed menyebabkan mereka lambat sedikit. Manakala kami gunakan jalan kampung sebab itu kami sampai dulu jaraknya lebih panjang.

Sebaik sampai, Big Bro berurusan di kaunter kerana kami tidak mahu menunggu lama di bahagian lobi. Bahagian lobi yang open sangat selesa dan mengidangkan pemandangan yang menakjubkan. Resort ini 4 star dan harga juga agak kayangan tetapi ada potongan harga semasa kami menempah. Mungkin promosi selepas PKP untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan.


Sebelum kami sampai ke bilik, terdepat reban kecil yang memuatkan beberapa binatang. Kami dapat melihat burung merak yang sedang kembangkan ekornya.

Dak Zayden kelihatan teruja dengan binatang-binatang di sini.

Water Chalet ini sangat cantik dan resort ini betul-betul di atas laut. Sepanjang kami di dalam resort ini, kami didengarkan bunyi pukulan ombak yang sangat menenangkan.

Pemandangan dari bilik kami. Memang pemandangan yang mahal dan worth every penny. Pada waktu ini air laut tengah surut.






Toilet di Chalet ini, memang sangat besar dan luas. Siap ada satu ruang open di bahagian bawah so kita boleh nampak laut. Boleh dikatakan agak bahaya untuk anak-anak kecil.

Kami booked 3 bilik dan bilik kami dekat-dekat sahaja. Resort kami betul-betul berada atas laut dan menghadap pantai. Bilik kami dibina mostly kayu dan keadaan semasa mula-mula masuk sangat panas. Jadi, benda pertama yang perlu dilakukan ialah pasang aircond sebab Tarot berpeluh teruk sebaik-baik sampai ke bilik. Tarot berehat sejenak sementara tunggu matahari redup. Manakala anak-anak buah Tarot semua sudah tidak sabar untuk terjun kolam.


Anak-anak buah Tarot sudah bersiap sedia untuk terjun kolam dan main pasir.

Gelagat Dak Zafran bergurau dengan Tok Linya.


Tiba-tiba mereka dapat kawan baru semasa membina Istana Pasir.


Ini merupakan kolam orang dewasa dan hanya orang dewasa sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan kolam ini. Kolam untuk kanak-kanak disediakan di kawasan lain.



Kami dihidangi dengan suasana matahari terbenam atau bahasa omputihnya sunset yang sangat indah sekali. Bayaran resort ini extra mahal atas sebab pemandangannya sekali.

Pada sebelah malam, kami mulakan acara kami iaitu sambutan anniversary Mak dan Abah sekali dengan Birthday Filzah. Menu-menu dibawa dari rumah termasuklah nasi impit, kuah kacang, ayam rendang, nasi putih, kek secret recipe, Shepherd's Pie, sate, cream puff dan cheese tart. Ruang bilik tidak begitu sesuai untuk membuat sambutan sebab saiznya yang normal tidak dapat memuatkan bilangan orang yang ramai. Selepas melantak, kami berbual dan terus tidur. Badan yang penat dan perut yang kenyang merupakan kombinasi terbaik untuk tidur awal dan nyenyak.






DAY 2

Selepas solat Subuh, Tarot terus lepak di bahagian balkoni untuk menyaksikan sunrise. Pemandangan yang cukup indah, sama indah dengan sunset semalam. Tarot siap berjalan keluar untuk menikmati angin pagi. Terdapat beberapa orang turut keluar berjalan malah ada yang berjogging.

Breakfast tidak included dalam booking kami jadi Tarot dan Abah hanya makan makanan semalam sebagai sarapan. Manakala yang lain sanggup pergi breakfast kerana ingin merasai suasana breakfast di hotel. Bayaran dikenakan ialah RM35.00 untuk satu orang. Selepas mereka makan, kami terus menemani anak-anak buah untuk mandi kolam sehingga mereka puas dan checked out pada jam 12.00 tengah hari.



























Review tentang Avillion Port Dickson :

  • Pemandangan dan struktur hotel memang classy dan bertaraf 4 bintang sangat kena dengan harganya.
  • Parking sangat banyak dan staf di bahagian parking sangat membantu.
  • Layanan dari salah seorang staf resort sangat bagus kerana meminjamkan payung kepada kami. Waktu kami sampai hujan seketika jadi mereka bantu kami dengan memberi pinjam payung tersebut.
  • Salah seorang staf agak tidak memuaskan kerana agak kasar menyuruh Big Bro beratur satu line sedangkan ada 2 kaunter. Tiba-tiba ada seorang pengunjung beratur sesuka hati tetapi tidak ditegur mungkin kerana beliau nampak lebih kaya, maybe. BIAS di situ.
  • Bellboy sangat friendly dan membantu. Lobby ke bilik kami agak jauh jadi beliau menawarkan untuk membawa beg-beg kami.
  • Keadaan bilik okay. tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tarot paling suka sofa di sini dijadikan ala-ala katil dan ditempatkan betul-betul sebelah tingkap.
  • Toilet di sini paling best. Kalau sudah masuk, memang tidak mahu keluar. Air shower sangat laju serta bath tub yang sangat selesa. Rasa macam nak mandi 2 - 3 jam.
  • Facilities juga sangat best. Swimming pool besar malah ada 2 kategori. Terdapat haiwan-haiwan di dalam sangkar, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa turut teruja menyaksikan binatang tersebut.
  • Resort dihubungkan dengan pantai awam, boleh berjalan-jalan bersama keluarga.
  • Keadaan water chalet agak bahaya dan tidak child-friendly. Sesiapa yang ada anak kecil, minta berhati-hati.
  • Di bahagian balkoni, di kawasan kaki lima water chalet sangat cantik tetapi sangat panas. Bersedia untuk mandi peluh.
Apa-apa pon, kami sangat berpuas hati dan pengalaman kami di sini sangat amazing. Tarot syorkan kepada para pembaca untuk melancong di sini untuk mencipta memori manis bersama yang tersayang.