nuffnang adds

Monday, April 27, 2020

(DAY 3) 14th Educational Trip - Krakow Sightseeing | Royal Wawel Castle | The Town Hall Tower


Selepas seharian yang memenatkan semalam, kami bangun daripada tidur dan kumpul sepenuh tenaga. Kami bangun awal, biasalah hari ketiga (hari kedua di Poland) masing-masing masih bersemangat. Kami bersiap segera dan turun untuk breakfast di hotel. Mr.  Phillip sudah maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk letak tagging makanan yang tidak halal supaya kami tidak mengambil makanan tersebut.

Suasana pagi di pekan lama Krakaw dari bilik kami.

Encik Muadz sedang menikmati juadah sarapan paginya dengan begitu tenang, apa yang difikirkan? Mungkin peneman untuk sarapan bersamanya pada hari akan datang. (PS: Encik Muadz sudah tidak single guys)

Sarapan yang menjadi pilihan Tarot ialah scrambled eggs, red beans, pancake with maple syrup, baguette with cream cheese dan buah-buahan. Di Europe ini, makanan seperti ini sememangnya menjadi makanan ruji di sini.

Sarapan ini merupakan 100% Europian style.

Selepas kami selesai sarapan dan perut sudah terisi, kami keluar untuk menikmati pemandangan pagi di sini. Hotel kami memang menghidangkan pemandangan paling menarik, di bahagian belakang terdapat Istana Royal Wawel manakaln di sebelah terdapat tasik yang sangat indah. Cuaca yang sangat sejuk, lebih kurang 5°C menambahkan lagi suasana Europe untuk pagi kami. Kami akan bergerak ke Jagiellonian University pada pukul 8.30 pagi jadi kami mempunyai beberapa minit sebelum bertolak.






Tarot dan Eva merupakan Exco Kebudayaan dan Integrasi, jadi memang menjadi tradisi kami untuk pose macam itu. Tambahan, kami akan menari untuk pelajar Jogiellonian University sebentar lagi, kira ini macam warm up lah.

Pemandangan yang sangat cantik kerana kami boleh menyaksikan Royal Wawel Castle dari sudut ini.

Pokok yang tiada daun juga menjadi tarikan untuk bergambar. Nampak la jakun tu, memang jakun pon..siapa je antara kami yang pernah ke Poland.

Tarot bersama Fiqri dan Nasha selaku Exco Keusahawanan dan Inovasi.

Masa ini, jurukamera (tak ingat siapa) suruh pose gaya candid. Jadi, kami berpura-pura ketawa.

Manakala, Dila menjadikan Itik dan Angsa untuk menjadi teman dalam gambarnya. Dah bosan bergambar dengan manusia jadi bergambar dengan binatang.


Ini gaya apa ya? Tahan hingus daripada meleleh keluar kot.

Marsha pula bergambar dengan lintasan kuda belang. Konon nak buat macam The Beatles kot.

Hampir pukul 8.30 pagi, Mr.Phillip memanggil kami untuk group shoot. Beliau juga maklumkan untuk membuat gambar close-up (seperti gambar di bawah) kerana menjadi tradisi setiap Jelajah Ilmu. 

Apa yang Tarot boleh summarize dari gambar ini, kasihan kepada mereka yang kat belakang. Tarot lesap dari pandangan, tidak tahu tercampak ke mana.

Ini merupakan behind the scene untuk gambar ini.

Gambar official untuk hari ini.

Jam 8.30 pagi kami bertolak ke Jagiellonian University. Perjalanan kami tidak jauh, lebih kurang 15 minit kami sudah sampai. Kami disambut oleh pelajar-pelajar universiti di sini dan kebanyakkannya mereka yang makan malam bersama kami malam semalam.

Kami dipecahkan kepada dua kumpulan kerana kami akan dibawa ke sebuah galeri, more to universiti punya muzium. dan muzium tersebut tidak dapat menampung kuantiti yang besar.

Jagiellonian University


Tujuan kami melawat universiti ini ialah melakukan lawatan serta pertukaran maklumat atau pandangan termasuklah ideologi, pendapat, budaya dan lain-lain yang boleh dikongsi. Maklumat-maklumat ini boleh dan wajar untuk dipertimbangkan dan dipraktikkan di UniMAP apabila kami pulang. Fakta menarik tentang universiti ini, Jagiellonian Universiti merupakan universiti penyelidikan di Krakow dan dibuka pada 1364 oleh Casimir III the Great. Universiti ini merupakan universiti paling tua di Poland, dan kedua tua di Central Europe dan salah satu universiti tertua yang masih kekal sehingga sekarang. Hari ini. Jagiellonian University telah merangkumi sebanyak 16 fakulti, 4000 staf akademik yang melakukan penyelidikan, hampir 40 000 mahasiswa dan mahasiswi dan menyediakan lebih daripada 80 bidang pengkhususan.

Pemandangan dan seni bina universiti ini sangat unik, ala-ala Hogwarts gitu.


Semasa ini, salah seorang pelajar menerangkan tentang sejarah penubuhan universiti ini. Agak kagum mereka sangat mengusai sejarah dan segala maklumat tentang universiti mereka.










Adakah Dila sedang bermanifiesto, Tarot juga tidak pasti apa yang cuba dilakukan.






Laungan tepuk-tepuk UniMAP yang diketuai oleh Jiji.


The Town Hall Tower


Selepas tamat kami lawati muzium tersebut, kami terus dibawa ke Town Hall Tower. Di sini memang menarik kerana kami dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang menjadi tarikan para pelancong. Kami agak terkejar-kejar kerana kami ada persembahan yang perlu dipersembahkan kepada Jagiellonian University.

Jiji excited bergambar bersama merpati. Excited ke takut??






Masa ini kami sedang melalui sebuah bazaar di Town Hall. Kanan kiri memang kedai yang menjual kraftangan dan souvenirs. Akan tetapi, dalam keadaan kami mengejar masa, kami tidak mampu untk beli apa-apa. Sekadar cuci mata sahaja.



Sha kelihatan geram dengan rantai dan gelang yang dipamerkan.


Seingat Tarot, masa ini kami sudah lambat untuk perform. Semua penonton sudah menunggu di bilik performance.

Walaupun sudah terlambat, kami masih sempat bergambar bersama Datuk NC kami di Ulica Mikolaja Kopernika. Tarot yakin nama tersebut merupakan nama jalan.

Setelah tiba ke bilik performance, Mahad sebagai pengacara majlis mulakan pembuka bicara sebelum kami mebuat persembahan. Kami dimaklumkan bahawa bilik persalinan hanya ada satu sahaja jadi kami decide untuk beri kepada wanita. Manakala, kami yang lelaki ini hanya salin pakaian di bilik air. Memandangkan bilik air hanya ada satu sahaja, kami dengan tidak malu, hanya salin pakaian di kaki lima. Lantak la apa nak jadi, kami semua sedang kejar masa.

Kami MPP ada 3 kumpulan untuk persembahan iaitu Team Ayam Didik, Team Canggung dan Team Zapin. Hasil perbincangan malam tadi hanya dua team sahaja akan perform hari ini iaitu Team Ayam Didik dan Team Canggung.
Setelah Mahad sudah selesai dengan pembukaannya, beliau memberi isyarat untuk mulakan persembahan. Dipersilakan...
  

Seperti Mr. Phillip maklumkan, beginilah apabila sekumpulan jurutera menari. Not bad la, common kami bukan penari kot.


Nampak la ayam-ayam sangat agresif bersama pasangan.

Memang bersemangat team ayam-ayam ni. #TeamAyamDidik

Manakala, kali ini kali Team Canggung pula untuk mempersembahkan tarian Canggung.



Mr. Phillip sedang mengetuai tarian yang kami gelarkan, Tarian Phillip.

Amboih Marsha, nampak macam biasa je cucuk bintang tu.

Selepas tamat segala performance, kami diarahkan supaya salin semula pakaian dengan pantasnya untuk lunch.

Macam biasa, kami mengambil group shoot di Town Hall Tower sebelum lunch.



DA PIETRO RESTAURACJA



Restoran ini menghidangkan menu-menu Itali yang kaya dengan rasa dan perencah. Untuk maklumat, restoran ini telah beroperasi lebih 25 tahun. Tambahan restoran ini telah dikunjungi oleh lebih juta orang pengunjung sehingga hari ini.




Masa ini kami diculik oleh Mr. Phillip kerana kami diperlukan sebagai transporter untuk event malam ini. Kami menggunakan peluang ini untuk bergambar.

Tarot sedang cuba untuk meniru arca di belakang tu.



Menu utama kami ialah seafood spaghetti dan cheese pizza. Makanan seperti itu sahaja yang kami boleh makan. Yang menarik, kami dikejutkan oleh satu kejutan. Prof. Foad diseru untuk ke bahagian tengah dan tiba-tiba lagu Happy Birthday didendangkan. Beberapa pelajar Jagiellonian datang dari belakang membawa cake untuk menyambut hari lahir Prof. Foad.

Tarot ingat masa itu Mr. Phillip sudah arahkan supaya kami bergerak segera. Masa itu Tarot masih menikmati desserts iaitu ais krim. Tarot terpaksa makan dengan gelojoh tetapi masih tidak dapat habiskan. Seperti yang Tarot kata, sepanjang Jelajah Ilmu ini memang sentiasa terkejar-kejar kerana tentatif yang sangat padat.






Pada waktu ini sudah hampir gelap, kami bergegas untuk ke Islamic Center Krakow untuk menunaikan solat Zohor dan Asar. Kami berjalan kaki dan perjalanan mengambil masa yang agak lama. Tarot tidak berapa pasti tetapi mungkin lebih setengah jam. Setelah tiba, Islamic Center tersebut terkunci. Kami terpaksa pulang untuk solat di hotel. Kami berjalan kaki sehingga ke hotel kami sambil dipandu oleh seorang pemandu pelancong. Dalam perjalanan pulang, beliau juga menerangkan tentang maklumat berkenaan Krakow.




Dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa, jika anda tertarik dengan pemandangan maka cepat-cepatlah bergambar.



Tarot dan Razi sedang menunggu di Muslim Center. Akan tetapi, penantian kami berakhir dengan kekecewaan.










Suasana malam di pekan lama Krakaw.




Malam ini merupakan malam terakhir kami meluangkan masa bersama pelajar Jagiellonian University, jadi kami mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.



Setelah kami tiba ke hotel, kami solat dan mandi lalu bersiap untuk makan malam. Malam ini kami akan makan malam di Ganesh Indian Restaurant yang terletak di Town Hall juga. Malam ini kami mempunyai agenda iaitu Perlis Food Promotion di mana pihak UniMAP akan membawa makanan tradisi Perlis untuk diperkenalkan kepada warga Poland. Kami akan ada photoshot rasmi jadi kami diminta memakai pakaian seragam iaitu hoodie MPP UniMAP yang ditempah khas untuk Jelajah Ilmu ini.

Setelah tiba ke restoran ini, kami berkumpul untuk lakukan photoshoot segera. Selepas tamat sesi tersebut, kami terus menjamu selera. Fakta menarik tetang Ganesh Indian Restaurant ini ialah mereka menghidangkan variasi menu termasuklah indian, asian, vegetarian, makanan halal malah restoran ini dibuka pada waktu tengahari dan waktu malam.

Perlis Food Promotion. Akan tetapi, makanan tersebut dilindungi daripada kelihatan.

Pose kedua, masing-masing diminta untuk pura-pura gelak.

Nampak la muka masing-masing lapar dan tidak sabar untuk terkam makanan tersebut.

Muka Fiq boleh dijadikan ikon untuk "muka lapar nak telan orang".


Semasa ini, Tarot (Patik) dapat makan sekali bersama Tuanku.


Tarot tidak lepaskan peluang ber-selfie bersama Tuanku.


Siang tadi, Tarot, Razi dan Encik Muadz telah mengangkut ole-ole yang dibeli oleh Tuanku. Tuanku dengan murah hatinya telah merancang untuk memberikan ole-ole kepada kami. Kami semua dihadiahi ole-ole dari Poland iaitu cawan Poland. Mejunjung Kasih, Tuanku.


Maka, berkahirlah hari ketiga kami selepas kami pulang dari restoran ini. Malam ini kami tidak keluar ke mana-mana kerana esok kami akan berjalan jauh. Kami diminta untuk packing dan rehat secukupnya kerana esok kami akan bergerak ke Lodz tepat jam 8.00 pagi.