nuffnang adds

Monday, July 30, 2018

Luncheon at Me'nate Steak Hub, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor


Kaklong decide nak belanja kami satu family untuk makan di kedai pilihan. Kira ini macam celebration sebab Kaklong dah habis berpantang la. So, kami pon decide untuk pilih tarikh untuk makan satu family, tetapi Abah tidak join sekali kerana perlu settlekan hal ehwal tanah. Abah pon bukan minat dengan makanan-makanan western. Me'nate Steak Hub Shah Alam menjadi pilihan untuk kami makan lunch bersama.





Basically, dekat sini menu yang tertera memaparkan harga daging per 100g. Yang menariknya, kita sendiri boleh pilih bahagian daging tersebut serta makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Makanan yang diberikan kepada haiwan tersebut penting untuk menentukan kelazatan daging tersebut.

Kami perlu ke bahagian freezer untuk memilih daging yang ingin di-order. Bahgian-bahagian tersebut sudah siap dimasukkan ke dalam paket dan diletakkan harga. Kira memang mereka dah siap timbang dan kira harga terakhir. Kita just pilih daging yang diminati dan pilih cara untuk dimasak; rare, medium rare, medium, medium well dan well done. Kita juga boleh tanya pendapat kepada pekedai tersebut kerana mereka tahu bahagian-bahagian tersebut sedap dimakan dengan cara dimasak yang sepatutnya.










Mereka tengah membuat survey dan memilih bahagian daging yang sempurna.

Premium Grass Striploin, RM63.84

Grain-Fed Striploin. RM67.50

Angus F1 Striploin, RM 94.60

Lamb Loin Bone, RM67.84

Fresh Salmon, RM 59.90

Breaded Cheeseburger, RM24.00. Burger sama besar dengan kepala Zafran.


Filete De Cordero, RM75.00 



Muka bahagia tengok bill.

Le'Gediks Family


Air minuman di sini dihidangkan secara percuma, terdapat dua corner; minuman panas dan minuman sejuk. Boleh minum sampai puas.

Kira memang kami sangat berpuas hati menikmati hidangan yang lazat di sini. Daging punya portion memang berpatutan, dan dihidangakan dengan kuah blackpaper yang sedap. Steak Me'nate memang steak yang terbaik untuk didapati. Cuma, selepas balik tu, badan kami mula panas sebab kami consume terlampau banyak daging. Panas dia naik sampai kepala.

Thursday, July 19, 2018

Namsan Seoul Tower (남산서울타워) | Locks of Love

To Lock Your Love Locks


Hari ini merupakan hari terakhir Tarot di bumi Kimchi ini. Memang kami berjalan dan bershopping sepuas-puasnya. Selepas bersarapan seperti biasa di apartment kami, kami terus naik mini bas dan bergerak ke destinasi pertama kami iaitu Namsan Seoul Tower. Namsan Tower ini terletak kira-kira 480 meter dari paras laut kerana Bukit Namsan mempunyai ketinggian lebih kurang 243 meter dan ketinggian menara Namsan pula lebih kurang 236.7 meter. Namsan Tower ini merupakan bangunan tertinggi di daerah Seoul. Darpada Itaewon sudah boleh nampak menara ini.

Kami berjalan untuk ke gondola kerana untuk naik, kami perlu menaiki kereta kabel atau gondola. Masa yang diambil lebih kurang 7 hingga 10 minit untuk tiba di tapak Namsan Tower tersebut. Setibanya di tapak tersebut, kami perlu menaiki lif untuk naik ke tingkat paling tinggi.




Dalam gondola ini memang kena berhimpit-himpit.











Di perkarangan Namsan Tower juga terdapat banyak kunci mangga yang dikunci di sepanjang pagar di bahagian tepi. Sebab itu, di sini menjadi landmark dan mendapat nama Locks of Love. Tempat ini ditakdirkan untuk pasangan atau couple yang tidak mahu berpisah dan mengunci mangga sebagai simbolik cinta yang tidak terpisah dan bahagia selamanya. Kita doa sahaja yang baik-baik. Bagi yang single, anda hanya boleh menyaksikan detik magga itu dikunci oleh pasangan bahagia dan anda boleh tumpang bahagia sekali. On the bright side, anda boleh jimat duit kerana sebuah kunci mangga yang kecil itu mencecah sehingga RM10 000.00 Won iaitu bersamaan dengan RM35.75. Anda patut bahagia kerana boleh jimat wang.



Nama gaya ini ialah gaya "aku terpijak taik kucing ke"





Di puncak Menara Namsan ini memang boleh nampak seluruh daerah Seoul. Takdelah satu daerah tetapi luaslah pemandangan. Pemandangan kami juga tidak terbatas, kami boleh tengok 360 darjah. Teropong juga disediakan, ken bayar berapa sen entah untuk menyaksikan pemandangan Seoul dengan lebih dekat. Dekat sini juga ada kedai cenderahati yang menjual barang dengan harga yang agak mahal.







Muka teruja kerana ada Mak Cik pemurah bagi kitorang sebakul popcorn percuma. Katanya kami kelihatan lebih ramai, dengan kata lain ramai tukang makan. Mak Cik tu hanya bertiga dan kemungkinan tak habis makan. Dia cakap dia ambik pakej apa ntah, dapat free popcorn.






Atas kesilapan arahan oleh jurukamera, semua tidak melompat dengan serentak.




Susu perisa Strawberry. Kalau melancong ke Korea, WAJIB rasa setiap perisa susu ini. Baru lengkap.

Memandangkan Tarot tidak mahu membeli padlock, jadi Tarot hanya selitkan gambar Tarot dan Mak sebagai simbolik pernah melawat Namsan Tower.





Di sini ada upacara "changing guard", kawalan di sini agak ketat jadi kami hanya selfie dari jauh.



Setelah puas melawati Namsan Tower, kami bergegas ke destinasi seterusnya.