nuffnang adds

Wednesday, July 18, 2018

Geng Kebudayaan Menawan Puncak Gunung Semanggol, Perak


Selepas program sukarelawan di Pulau Orang Utan semalam, hari ini kami mempunyai agenda yang seterusnya. Asalnya, kami memilih Bukit Larut sebagai destinasi untuk hiking. Atas perbincangan yang jitu, kami putuskan untuk mendaki gunung Semanggol. Memandangkan bukit ini lebih kurang mencabar dan lebih dekat dengan homestay kami.

Gunung Semanggol ini terletak di daerah Kerian, Perak. Gunung ini juga terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Semanggol dan ketinggiannya adalah 390 meter. Untuk anak-anak muda macam kami, 390 meter tidak tinggi mana tetapi untuk bilangan yang ramai, sesuailah. Kami juga mahu mengisi hari terakhir kami dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

Kami bergerak dari homestay dalam pukul 7.00 pagi dan kami hanya berjalan kaki. Tarot juga menghubungi Pak Ngah, seorang penduduk kampung area sini untuk jadi guiders kami. Kami takut apa-apa jadi, at least ada orang boleh beri bantuan. Pak Ngah juga mempunyai seorang lagi rakan untuk membantunya, kira ada dua orang yang menjadi guidrers kami.

Pada awalnya, Tarot orang pertama yagn mendaki tetapi Tarot menjadi orang terakhir aka Sweeper kerana risau ada yang sangkut. Tarot terlupa untuk suruh mereka makan dahulu walaupun sedikit kerana kebanyakan antara mereka tidak makan apa-apa lalu tiada tenaga. Terdapat beberapa orang yang tidak mampu mendaki akhirnya dibantu oleh Pak Ngah untuk turun semula.

Otw mendaki, masing-masing muka masih bersemangat dan bertenaga.


Kami gelarkan squad kami, D'Kebudayaan Squad.




Total checkpoint untuk Gunung Semanggol ini ada empat. Ini merupakan checkpoint pertama.



Hairi the Photographer masih mengambil peluang untuk bergambar.






Bila dah masuk checkpoint kedua dan ketiga, kecuraman makin mencabar. Muka masing-masing dah tak rupa manusia dah.

Mana muka yang bersemangat tadi??




Penampakan satu entiti terdampar di puncak Gunung Semanggol.

Selepas 2 jam yang agak mencabar, kami tiba di puncak Gunung Semanggol. Pak Ngah kata paling cantik mulakan pendakian pukul 5.30 pagi supaya boleh menyaksikan sunrise di puncak Gunung Semanggol. Semasa kami tiba, matahari dah mula terik tetapi pemandangan masih terbaik. Dahla otw nak naik tu macam-macam jadi. salah satunya phone Ain jatug gaung tapi tersangkut di celah kayu. Nasib baik Ashmir menjadi Hero dan turun untuk selamatkan phone Ain.

Ramai juga yang fatigue kerana tidak mengisi perut langsung sebelum mendaki. Kami sangka Gunung Semanggol ini biasa-biasa sahaja, akan tetapi boleh tahan kecabarannya. Kami juga berkongsi-kongsi makanan dan air supaya semua mendapat glukosa sama banyak. Ada juga beberapa orang yang membawa air manis sebagai bekalan. Memang teamwork kami diuji sepanjang pendakian, nasib baik ramai produk Kem Ganas yang menyertai program ini. Tarot yakin ramai juga bakal-bakal produk Kem Ganas akan datang.

Promoting Jersey Empayar Kontra





Salah dua orang produk Kem Ganas 2.0 yang diadakan di Gerik dan Besut pada satu ketika dahulu.


Barisan Majlis Tertinggi dan Exco sepanjang program ini.


Dedi, Tarot dan Abe Fitri.



Sekumpulan Hipstur di Pucak Gunung Semanggol.




Geng Tiga Serangkai.









President KSU bersama anak-anak buahnya. Tarot harap banyak program sukarelawan yang best akan diadakan.



Geng Tiga Serangkai siap beli bekalan nasi lemak sebelum mendaki bukit. Memang berfikiran jangka masa panjang.

Tarot sarankan supaya mental dan fizikal harus bersedia sebelum mandaki Gunung ini.





Inilah trademark Kebudayaan. Memang terserlah kebudayaan di situ.




Apa yang kami boleh cakap, pemandangan di atas Gunung ini sangat menakjubkan yang meliputi 360 darjah. Dari sini kami melihat dan menikmati pemandangan sawah yang terbentang luas, Bukit Larut, tasik, highway dan macam-macam lagi. Akan tetapi, anda dinasihatkan untuk mendaki sebelum Subuh untuk menyaksikan sunrise. Waktu itu juga anda akan menyaksikan fenomena cloudbed. Kami tidak berpeluang untuk menyaksikan semua itu. Matahari terik memancar ke muka adalah. Tarikan sinar matahari ini tidak menjejaskan pemadangan yang cukup indah itu.

Setelah hampir satu jam kami, manikmati, selfie, tangkap gambar, berlari dan melompat, kami turun. Apa yang Tarot boleh cakap, turun lebih cepat tetapi lagi mencabar. Kebanyakkan daripada kami tergelincir sebab tanah yang licin. Kami juga terpaksa bersangkut paut dengan each other supaya tidak tergolek sampai bawah. Sekali lagi, ilmu-ilmu Kem Ganas dipraktikkan semasa turun Gunung ini. HAHAHA, Kem Ganas macam overatted kan.

Asalnya, kami turun pecah 2 kumpulan sahaja. Sampai-sampai bawah, semua berpecah-pecah. Ada yang tertinggal, ada yang kedepan.


Setibanya dibawah, kami tunggu di masjid betul2 di starting point. Orang kampung siap sediakan air minum untuk pendaki-pendaki secara percuma. Terima Kasih Penduduk Kampung Semanggol!!! Kami tunggu sehingga orang terakhir tiba di masjid tersebut. Sepatutnya, Tarot yang menjadi orang terakhir, kiranya jika Tarot dah sampai bawah maksudnya semua dah ada di bawah. Tetapi Tarot tidak sengaja meninggalkan orang di belakang. Tarot ingin minta maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Selepas semua tiba, Pak Ngah menawarkan untuk hantar kami menggunakan lorinya. Kami dengan eksaited-nya menerima malah memujuk untuk naik lori tersebut walaupun dekat. Walaupun pernah naik lori sebelum ini, tetapi perasaan dia lain bila dengan member. Lagi-lagi member kebudayaan yang sekepala dengan Tarot. Semasa kami naik lori ramai-ramai tu, sumpah macam orang jakun. Dok terjerit-jerit dan melompat-lompat macam anak beruk. HAHA. Yang penting semua enjoy!!


Terima Kasih Pak Ngah !!

Berikut merupakan sebuah tugu yang ditinggalkan si atas Gunung Semanggol. Sebagai satu tanda, UniMAP pernah melakukan ekspidisi pendakian di Gunung Semanggol.

Kami jalan kaki ke homestay.

Setelah pulang ke homestay, kami bersiap dan packing. Kami juga makan tengah hari dahulu (sepatutunya nasi lemak tu beli untuk sarapan, takpelah jimat duit), sebelum menaiki bas. Tepat pukul 2.00 petang, kami bersedia untuk pulang. Dalam perjalanan itu, semua syahid sebelum sampai ke kolej kediaman masing-masing.


11 comments:

  1. Cantiknya permandangan kat atas Gunung Semanggol ni. Kalau stamina kuat tu masa muda2 exercise macam ni lah. Dulu2 pernah la mendaki bukit jugak. Bab takut kalau jalan licin dan bukit curam. Yang menaikkan semangat kalau pergi ramai2 dengan kawan2.

    ReplyDelete
  2. cantiknya permandangan dari atas gunung..lama dah tak hiking,..bila lah nak start balik buat aktiviti hiking ni

    ReplyDelete
  3. First time baca orang tulis pasal gunung Semanggol. Saya orang Taiping so tau la tempat ni. But tak pernah naik pun. Lalu je kot. Pemandangan dia memang cantik.

    ReplyDelete
  4. Kenangan.. hopefully dpt jumpa lagi ya😭

    ReplyDelete
  5. Dah lama sis tinggalkan bidang hiking ni dik...seronok tgok korang bergambar kat puncak gunung tu..pemandangan pun cantik kan tapi berbaloi selepas melalui liku- liku kan..tahniah buat korang semua

    ReplyDelete
  6. dah lama sangat tak hiking.. kalau boleh hiking kat sini dengan kawan2 pun seronok pemandangan pun lawa kat atas sana

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnye...lama tak naik bukit..

    ReplyDelete
  8. one of my bucket list ni..seronok kan dapat jalan2 ngan member datang kattempat yang ada macam2 aktiviti...kenangan mahal ni heheh

    ReplyDelete
  9. syok nya masa sampai ke puncak... susah-susah penat-penat naik, berbaloi juga.. cantik viewnya..

    ReplyDelete
  10. syok tengok orang hiking..dah lama tak hiking lepas habis belajar..sibuk kerja, dah kawin sibuk dengan keluarga..hahaha..lepas ni nampaknya kene hiking bila anak dah besar..enjoy hiking dengan kawan2

    ReplyDelete
  11. easy kan.. jom lah ikut i pegi gunung bar gading, tapah 14-15 march 2020 and Gunung Rajah via Bentong 4-5 April 2020 (both campsite tepi waterfall).. anything can dm me through ig : edasyazwanim23 :)

    ReplyDelete