nuffnang adds

Monday, July 9, 2018

Paradise Holiday - Pulau Sapi | Pasar Filipina ( DAY 4 )






Hari ini sudah hari keempat kami berada di negeri bawah bayu. Napi mencadangkan kami meluangkan masa sepenuhnya di pulau hari ini. Dari Kundasang, masa yang diperlukan untuk ke Pulau lebih kurang 2 jam. Bangun pagi, kami terus packing barang dan bergegas untuk bertolak. Masa nak bertolak tu, kami ditimpa satu lagi masalah. Remote kunci kereta tak dapat bukak kereta tu, bateri dah habis ke tak tahu lah. Lepas tu terpaksa pakai kunci secara manual untuk bukak kereta, tetapi bunyi alarm yang sangat kuat. Nasib baik kat sekeliling kami tiada orang, jadi tidak mengganggu siapa2. Last2 kena tutup balik kereta dan alarm pon hilang.

Kami terpaksa fikir cara lain, kami bukak semula dan terus start enjin. Akan tetapi bunyi alarm tidak hilang. Hakim siap call tuan kereta tu untuk ceritakan masalah ini tetapi beliau tidak mampu buat apa-apa, dia hanya mampu berkata bateri sudah habis. Last2, Hakim pergi google lepas tu dia tekan butang apa ntah ikut sumber google itu dan akhirnya berjaya hilangkan bunyi alarm tersebut. Memang penuh dugaan percutiaan kali ini.


Agak sedih terpaksa meninggalkan tempat ini, seumpama berada di atas awan.




Tarot with gaya Kundasang...ada ke gaya Kundasang.






Pemandangan New Zealand.

Sebelum turun ke KK balik, Napi suruh singgah satu port untuk tangkap gambar. Port ini memang terbaik sebab memang nampak entire Kundasang. Kitorang memang tangkap sebanyak-banyaknya gambar sampai puas hati. Dalam perjalanan kami, kami memang menikmati pemandangan yang sangat mahal ini.

Selepas puas bergambar, kami terus turun sebab nak kejar bot untuk ke Pulau.








Selepas 2 jam, kami tiba di jeti untuk ke Pulau Sapi. Ada banyak pakej untuk ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik. Akan tetapi akak di kaunter tu bagitahu yang kami sudah sedikit lewat dan hanya sempat melawat 1 pulau. Kami decide untuk ke Pulau Sapi. Harga ke Pulau Sapi termasuk tiket bot pergi dan balik ialah RM30.00. Dan setibanya di pulau, kmai perlu bayar RM5.00 untuk tiket masuk ke pulau.

Kami cepat-cepat salin baju dan pilih kawasan yang redup dan tidak ramai orang. Kami berendam sepuasnya kerana pantai di sini sangat bersih. Kami berseronok sampai hangus la muka di bawah sinaran mentari yang terik. Napi cadangkan kami tidak makan di sini kerana harga makanan di sini amatlah cekik darah.










Gaya signature Shafiq Hipstur. Siap beli waterproof beg untuk tangkap gambar di dalam air.

Kononnya nak study peta pulau ini, padahal bukan besar mana pon.















Setelah selesai berseronok di Pulau Sapi, kami bersiap kerana bot kami akan berlepas pada pukul 6.00 petang. Selepas itu, kami ke Pasar Filipina untuk bershopping. Di sini kami membeli macam-macam untuk orang di Semenanjung. Dari gelang mutiara, butang baju melayu, ikan bilis mata biru, baju batik, kain batik, t-shirt dan kerongsang. Harga juga bole tahan dan boleh ditawar. 

Selepas selesai membeli-belah, kami pualng ke rumah Napi untuk berehat. Kami harus kumpul tenaga untuk hari esok.


NEXT : 

Paradise Holiday - Lok Kawi Wildlife Park (DAY 5)



1 comment: