nuffnang adds

Wednesday, July 4, 2018

Paradise Holiday - Poring Hot Spring | Canopy Walk ( DAY 3 )


Selepas kami makan tengah hari di Tawau, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Poring Hot Spring, Ranau. Hari ini kami perlu bergerak dengan pantas kerana banyak tempat untuk dilawati pada hari ini. Bayaran untuk masuk tempat ini ialah Rm 3.00 seorang, jadi kami terus bayar dan masuk.

Sebenarnya, di sini sesuai untuk dijadikan tempat mandi dan tempat berkelah untuk keluarga kerana terdapat banyak ruangan mandi. Bagi kami yang tidak membawa pakaian mandi dan ingin mengejar masa, kami hanya rendam kaki sahaja. Buat cukup syarat sudah. Air yang panas di sini bagus untuk melancarkan peredaran darah, tetapi Tarot tidak tahan. Dahla suhu dah mula panas, semasa di Tawau dah rasa yang makin pansa sebab kawasan Tawau tu dah mula rendah berbanding dengan kawasan Kundasang yang lebih jauh sejuknya.






Kami lepak kat sini dalam setengah jam jugak la, rendam2 kaki dalam air panas ini.



Selepas sudah puas rendam kaki, kami ke tempat seterusnya iaitu Canopy Walk. Sebenarnya tampat ini asing dengan Poring Hot Spring walaupun berada dalam tempat yang sama. Kami akan melalui satu lagi kaunter sebelum ke Jambatan Atas Pokok atau nama lainnya Canopy Walkway...pandai diorang buat business.

Lagi satu betapa pandainya diorang buat business, tak boleh pergi Canopy Walk sahaja. Kena beli tiket ikut pakej dan pakej yang paling murah ialah pakej Canopy Walk dan Butterfly Garden iaitu RM10.00. Jadi kami beli tiket untuk pakej itu walaupun tidak rasa ingin untuk melihat rama-rama.




Tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh President Amir Hakim.

Bang, seluar tu dah kenapa, banjir ke??

Nak promote UniMAP.


Bila dah lepas melalui taman rama-rama, kami perasan ada bau telur. Tarot tercari siapa yang rebus telur tengah-tengah taman ini, ingat ada orang berkelah ke apa. Rupanya ini sebabnya.



Kitorang tidak mengambil masa yang lama pon di Taman Rama-Rama kerana tiada apa yang boleh dikenangkan. Kami bergegas ke Titian Kanopi Poring. Napi kata tempat ini merupakan tempat wajib jika ke Sabah lebih-lebih lagi ke Kundasang. Di sini, sekali lagi diorang bijak ber-business, diorang cakap jika ingin tangkap gambar, kami perlu bayar tiket kebenaran mengmbil gambar. Satu tiket yang dibeli untuk satu phone dan diorang cakap kalau jadi apa-apa dekat phone yang tak dibayar tiket, diorang tidak akan bertanggungjawab. Padahal kat atas tu tiada sipa yang check, boleh je pakai phone mana-mana. Memang otak business, melayang RM5.00 Tarot. At least kalau jadi apa-apa kat phone tu, diorang akan bertanggungjawab.

Kami mula hiking, walaupun pakaian kami sememangnya tidak sesuai untuk mendaki bukit. Lepas beberapa minit, kami mula rasa ragu-ragu. Kami sangka kami dah salah jalan atau salah tempat sebab rasa macam tak sampai-sampai. Dahla dengan pakai jeans, kami dah mula peluh-peluh dan tak selesa. Selepas 10 minit kami tiba. Rupanya memang jambatan tu digantung di pokok yang paling tinggi di kawasan yang paling tinggi, nama pon jambatan gantung.



Masa ni, rasa mendaki tanpa henti.





Jambatan gantung di sangatlah tinggi dari tanah. Tarot tak sarankan kepada mereka yang takut ketinggian. Dahla laluan di bergoyang-goyang.




Jambatan gantung dia ada 4, dan yang ke-4 mempunyai pemandangan paling cantik. Yang first sampai third tu macam dilindungi pokok-pokok.



Masa nak turun tu, sempat videocall dengan Ijam.


Selepas turun tu, kami bergegas ke kereta, selfie beberapa keping sebagai kenangan sebab hari semakin petang. Kami ada beberapa tempat lagi nak lawat harini ini. Seterunya kami ke Kampung Luanti.


Time-Lapse semasa perjalanan balik dari Kanopi Walk.


NEXT : 

Paradise Holiday - Sungai Moroli, Kampung Luanti | Fish SPA ( DAY 3 )


3 comments:

  1. lama dah x join aktiviti2 camni..

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete
  2. ookay ni da pernah naik. adoiyaaaai sejenis yang gayat memang lemah lutut rasanya.. sekali cukuplah =P

    ReplyDelete
  3. aku dh baca blog kau mcm kau suruh

    ReplyDelete