SILA KLIK UNTUK JOIN
APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN???
Bagi Tarot, terdapat DUA unsur ataupun elemen yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tidak kisahlah hubungan adik beradik ke, ibu anak ke, suami isteri, sahabat karib atau hubungan sesama manusia.
PERTAMA - persefahaman. Jika kita ingin kekalkan sesebuah hubungan itu, kita tidak perlu cari perkara yang sama pon antara dua individu tersebut. Tidak semestinya, kena main bola bersama, suka makan makanan yang sama atau mempunyai cita rasa yang sama. Kalau ada ciri-ciri yang sama ini, bonus la untuk mengekalkan perhubungan. Akan tetapi persefahaman itu yang penting dalam hubungan tersebut. Sebagai seorang manusia, kita perlu faham manusia yang lama. Faham di sini bermaksud kita memang betul-betul kenal individu tersebut. Ya memang betul, kalau betul-betul hendak membina satu hubungan, kita memang kena kenal dahulu. Di situ wujudlah persefahaman.
KEDUA - tolak ansur/ toleransi. Walaupun elemen kedua ini seakan-akan elemen pertama tetapi ada bezanya. Persefahaman penting untuk wujudkan hubungan, manakala tolak ansur penting untuk kekalkan hubungan. Dalam perhubungan, memang akan ada banyak komunikasi, perbalahan, percanggahan dan diskusi. Jika tiada unsur toleransi, tercetuslah bergaduhan dan pertikaman antara dua individu. Toleransi sangat penting kerana memang akan ada pihak yang perlu kurangkan ego dan mengalah jika betul-betul pentingkan hubungan tersebut.

Bagi Tarot, DUA unsur ini merupakan elemen terpenting dalam sebuah perhubungan.
Semoga berjaya :)
ReplyDeletegoodluck :)
ReplyDeletegoodluck :D
ReplyDeletegood luck
ReplyDelete