nuffnang adds

Thursday, July 5, 2018

Kisah Malam Study Week : Ditimpa Nasib Malang Berkali - Kali


Kami dah set untuk dinner di Ana Burger first day study week, kami tu termasuklah Syaf, Nasha, Ijam, Aryna, Harith (Dedi) dan Shah Diploma. Setelah beberapa kali cancel dan plan jadi jugak kitorang nak dinner kat Ana Burger bersama. Kitorang gerak dari pauh manakala Aryna ngn Nasha gerak dari Wang Ulu. Walaupun mereka yang dekat tapi mereka yang sampai lambat.

Masa ini, tiada apa yang berlaku. Makan seperti biasa dan kami enjoy dengan menu yang dipilih. By the way, dekat sinilah tercetusnya panggilan Dedi kepada Harith sebab dia memang act seperti bapak kepada anak-anak.





Maka, masa inilah semua cerita menarik terjadi. Mula-mula, lepas habis makan kami decide untuk tidak mahu balik. Kami mahu berjimba dulu, baru 1st day study week kot. Kitorang decide pergi Changloon sebab baru-baru ini ada fun fair kat sana. Terus kitorang shot ke Changloon. Kami memang sudah was-was, adakah fun fair di Changloon itu masih wujud?? Cahaya spotlight sudah tidak kelihatan berpancar di langit.

Setibanya di Changloon, kami perasan yang tapak fun fair tu kosong...memang dah tiada apa. Kami baru sedar bahawa fun fair sudah lama tiada di situ. Jadi kami berbincang mengenai plan seterusnya. Waktu itu kami dalam dilema, pergi ke Kuala Perlis atau tengok wayang di Aman Central. Selepas beberapa minit perbalahan dan pecanggahan idea, kami decide untuk pergi tengok wayang cerita Jumanji. Akan tetapi, Ijam berkeras untuk balik sebab beliau tidak mahu menyertai kami, mahu study agaknya. Walaupun berkali-kali memujuk beliau, namun pujukan tersebut tidak berjaya. Akhirnya kami semua sumbat dalam kereta Nasha, manakala Ijam balik dengan kereta Syaf.

Walaupun waktu sudah agak lewat, jika kami bawa dengan laju..kami akan tiba tepat pada waktu untuk tayangan terakhir Jumanji. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba kami ternampak cahaya menerangi alam, nampak macam meriah. Tiba-tiba kami ternampak fun fair cawangan Alor Setar di sebelah kiri. Kami pon sekali lagi dilema, ingin teruskan perjalanan atau singgah fun fair.

Kami buat keputusan serta merta untuk singgah fun fair. Jadi kami parking dan ingin bergembira di sini. Yang paling best, kami tengok kaunter tiket dah tutup, game pon sudah tutup dan rumah hantu pon sudah tutup. Kami cuba cari apa yang masih available tetapi semua dah sampai masa untuk tutup. Kami sangat kecewa dan buat keputusan untuk pergi balik ke Aman Central untuk tengok wayang.  Kami buang masa yang agak banyak di sini dengan tidak membuat apa-apa.


Lagi best, Aman Central dah tutup pintu masuk jadi kami tidak tahu nak masuk ikut pintu yang mana. Dedi terjah pintu belakang yang menakutkan, dan kami berlari naik...rasa macam tak sampai-sampai. Lepas kami dapat masuk ke dalam shopping mall, kami terpaksa berlari naik escalator. Dah macam reality show running man, berlari-lari dalam shopping mall tengah-tengah malam. Dah la aku pergi buat story guna akaun Razi dalam instagram, budak tu tengah buat apa entah dekat Kelantan sana tiba-tiba ada story dekat Aman Central. Mesti dia blur-blur dan tidak faham paa yang jadi.

Satu benda yang lagi kecewa, kaunter wayang dah tutup sebab kami terlewat sedikit. Semua sebab kami singgah fun fair tu kalau tak sempat je. Kami dengan kecewanya beredar dari Aman.

Kami kembali ke kereta dan berbincang untuk aktiviti malam ini. Nasha cadangkan kami pergi ke uptown di stadium, kami pon pergi. Kami berjalan-jalan dengan tiada perasaan kerana kehambaran suasana di sana. Kami siap google dan tanya kepada pekedai-pekedai mengenai pusat karaoke berdekatan. Mereka siap bagi nombor lagi, apabila kami call tempat tu dah tutup.



Uptown, terserlah kehambaran di situ.

Tarot cadangkan untuk balik sahaja, kerana memang sudah tiada idea untuk aktiviti malam ini. Selepas itu, ada orang (tak ingat siapa) cadangkan untuk kami pergi ke McD. so kami pon pergi sambil makan McFlurry. Kami turut dihadiri oleh seorang rakan Syaf. Kami menceritakan apa yang terjadi sepanjang malam ini. Dia bertanya kenapa kami tidak pergi Tasik Darul Aman kerana di sana ada festival muzik apa entah waktu itu. Kami terkedu. Memang kami ditimpa nasib malang berkali-kali. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi dan kami balik dalam keadaan tenang mengenangkan nasib yang ditimpa sepanjang malam ini.


Tarot baru perasan Mamat belakang tu turut posing pandang camera.

2 comments:

  1. Sangat best cerita ini, mohon share saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih saudara kerana berminat dengan hasil coretan pena Tarot, Tarot benarkan saudara share

      Delete