Perjalanan dari Desa Dairy Farm mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Semasa dalam perjalanan tersebut, kami menikmati susu yang dibeli sebentar tadi. Kalau nak tunggu lewat-lewat, takut basi susu tu, sementara tengah fresh ni...lebih baik menikmati dahulu.
Tugu Peringatan Perang Kundasang (Kundasang War Memorial) adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan English yang tumpas di Sandakan dan tewas dalam kematian yang kejam semasa perjalanan ke Ranau pada Perang Dunia II.
Tugu Peringatan dibina seperti benteng dirancang oleh arkitek bernama J.C. Robinson. Tempat ini terdiri dari empat taman yang saling berkait tetapi tetap terpisah, yang melambangkan tanah air mereka yang gugur: Taman Australia, Taman mawar Inggris yang rasmi, Taman Borneo dengan bunga liar dari Kinabalu dan di bahagian atas adalah Taman Kontemplasi dengan kolam refleksi dan pagoda.
Tugu ini dibuka untuk pengunjung, tidak hanya untuk melihat taman yang sempurna, tetapi untuk mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain. Terbuka dan bayaran tiket juga sangat murah iaitu Rm2.00 untuk warganegara.
Amir Hakim selaku driver tidak dapat menikmati lagi susu kotaknya. Dia terpaksa minum dan menghabiskan di sini.
Bergambar di pintu masuk Kundasang War Memorial.
Tarot try-hard untuk bergaya di laluan masuk.
Di sini mereka juga menggantung nama-nama askar-askar yang telah terkorban pada Perang Dunia ke-2. Berikut merupakan quote yang ditinggalkan oleh Nelson Short.
Ini merupakan pemandangan yang dapat dilihat dari sini. Memang pemandangan yang menakjubkan.
Hasil tinggalan, foto dan dokumen yang ditinggalkan sepanjang peristiwa tersebut.
Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.
Selepas melawat Kundasang War Memorial, Napi selaku tour-guide mencadangkan supaya kami makan tengah hari dahulu. Waktu tu pon dah semakin tengah hari, sebelum kami ke destinasi seterusnya iaitu Poring Hot Spring kami isi perut dahulu.
WAH SERONOKNYA JLN2 DI KUNDASANG TEMPATNYA INDAH
ReplyDeletebaru sekali sampai ke Kundasang tapi tak kesini. boleh masuk dalam list sekiranya ke sana lagi =)
ReplyDeleteBila la nak boleh travel balik?
ReplyDelete