nuffnang adds

Tuesday, December 12, 2017

Incredible Scenery of My Journey - Bukit Keluang, Besut

Hari ini merupakan hari terakhir kami menjalani kursus kepimpinan - Kem Ganas 2.0 dan hari ini kami diberi peluang untuk mendaki Bukit Keluang. Tapak kami iaitu Kem BTN hanya beberapa kilometer sahaja dari Bukit Keluang ini, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk mendaki bukit ini.
Kami bangun seawal pukul..... (berapa entah, tak ingat) tetapi kami sudah bersedia pada pukul 7.00 pagi. Kami memulakan dengan sarapan sebagai sumber tenaga untuk menawan Bukit Keluang ini. Selepas semua sudah bersedia, kami terus bertolak mengikut kumpulan menaiki dua buah bas.





Permulaan Bukit Keluang ini agak curam dan mencabar tetapi memang tiada masalah bagi kami yang sudah dicabar mental dan fizikal sepanjang kem ini. Laluan trek di sini agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Kami mendaki bersama-sama jadi perjalanan ke puncak mengambil sedikit masa. Kami mengambil masa dalam 30 minit untuk tiba di puncak Bukit Keluang.



View dari puncak Bukit Keluang yang sangat menakjubkan.







Sewaktu berada di puncak, memang terdapat pagar sebagai keselamatan para pengunjung. Akan tetapi pagar tersebut boleh dipanjat dan dibolosi atas tujuan mendapatkan gambar yang cantik. Memang kena berhati-hati dan pandai jaga diri untuk megelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Memang ada kes, pengunjung jatuh dari Bukit Keluang sebab nak berselfie. Para pendaki kena berhati-hati dan jaga keselamatan diri sendiri.









Selepas menikmati pemandangan yang indah di puncak, dah settle selfie wefie semua, kami terus pulang. Laluan untuk turun juga agak mencabar kerana kecuraman yang agak curam. Kami menikmati setiap perjalanan kerana ini merupakan detik terakhir kami di Kem Ganas ini. Memang kami enjoy walaupun masing-masing baru kenal each other.

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat.

Pendakian peserta Kem Ganas 2.0 di Bukit Keluang ini merupakan penutup atau penutup tirai untuk kursus kepimpinan ini. Harapan saya lebih ramai peserta dan produk kem ganas yang akan dihasilkan pada kursus akan datang iaitu Kem Ganas 3.0. Kami juga harap lebih ramai pemimpin-pemimpin dan pelapis dilahirkan melalui Kem Ganas ini. 

YANG PALING PENTING !!!

Mental Kena Kuat !
Hati Jangan Sentap !
Jangan Cepat Koyak !

~Produk Kem Ganas 2017~    



1 comment: