nuffnang adds

Thursday, April 15, 2021

PART 1 - 3 Baboons on Selangor Road Trip - Air Terjun Sungai Kanching, Taman Eko Rimba Kanching

 


Road Trip di Selangor ini memang sangat unexpected dan tiada long-term punya plan. Cerita dia bermula apabila Razi tiba-tiba call Tarot kata nak mari KL beberapa sebelum itu. Itu pun dia cakap tak confirm lagi nak datang atau tidak.


Apabila beliau betul-betul confirm, Tarot minta cuti untuk bawa dia pusing-pusing makan angin. Asal dia nak bawa Razi pergi Port Dickson atau Janda Baik tetapi kita tidak boleh rentas negeri jadi kena bawa sekitar Selangor sahaja. Tarot cadangkan kami pergi hiking kerana Kanching Waterfall memang sangat menarik dan cantik.


Razi datang KL sehari sebelum itu untuk hadirkan diri ke satu program bawah Niosh. Pada belah petang, beliau sudah free. Habis sahaja kerja, Tarot pergi bawa di shopping makanan untuk esok. Tarot juga decide untuk ajak Amin sekali memandangkan beliau juga suka hiking2 ni.

Kami decide untuk gerak jam 6.00 pagi untuk menyaksikan keindahan sunrise di sana. Razi memang tidur di rumah Tarot jadi senang untuk gerak sekali manakala Amin baru habis kerja (beliau syif malam), kami ambil dia di rumah. Mak Tarot telah menyediakan bekalan secukupnya seperti nasi lemak dan sandwiches.

Pagi itu kami bangun awal tapi sebab kalut-kalut akhirnya kami bertolak hampir pukul 7.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan jalan agak lengang. Maybe semua orang masih belum keluar kerja lagi. Kami menyuruh Amin supaya tidur sejenak memandangkan beliau masih belum tidur sejak balik dari kerja dan beliau tak tidur pon.

Kami tiba di sini lebih kurang jam 7.50 pagi dan kami lihat pagar di berkunci. Kelihatan beberapa kereta dan orang tunggu di luar pagar. Selepas itu, kami lihat ada satu notis menyatakan tempat ini akan mula operasi pada jam 8.00 pagi jadi kami tunggu selama 10 minit. Kami decide untuk parking jauh sikit sebab parking yang jauh sikit itu percuma. Kalau parking dalam kawasan itu dalam RM5.00.


Kanching Waterfall ini dibawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor di mana akan berada bawah Kementerian Pelancongan. Harga per entrance ialah RM2.00 satu orang. Mungkin harga dia murah sebab ada subsidi kerajaan.



Tarot pernah datang ke sini sebelum ini dan ini merupakan kali ketiga Tarot. Trail hiking di sini boleh dikatakan mencabar tapi tidak ada masalah bagi para hikers di luar sana. Kanching Waterfall dilengkapi dengan 7 checkpoints dan setiap checkpoint ialah port untuk mandi. Sebelum mulakan ekspidisi ini, Tarot bekalkan semua orang 2 energy bar supaya tidak pengsan nanti.






Di sini merupakan checkpoint ketiga, di sini tempat mandi paling luas dan sesuai untuk mereka yang hadir dalam kelompok yang besar atau mempunyai anak kecil.

Kami teruskan perjalanan ke checkpoint seterusnya. Di sini sudah mula anak tangga dan level of difficulty dia juga agak mencabar.




Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera.

Saat ini kami sudah sampai ke checkpoint 4, di sini ruang agak sempit untuk mandi kerana di sini dipenuhi batu-batu.

Checkpoint 5, nampak la muka Razi dan pucat setibanya di sini. Di sini juga orang agak kurang kerana di sini air agak tohor.

Saat kami sudah tiba di checkpoint terakhir iaitu checkpoint 7, kami decide untuk sambung perjalanan. Perjalanan selepas checkpoint 7 sudah tiada trail yang proper cuma ada batu sahaja. Jadi kami akan memanjat batu tersebut dan ada bahagian yang connect ke bahagian air terjun. Pemandangan memang sangat cantik tetapi agak bahaya kerana permukaan batu yang licin. Tarot nasihatkan agar berhati-hati jika sampai ke kawasan ini.


Antara pemandangan yang dinikmati, memang lebih cantik semasa lihat menggunakan mata sendiri pada waktu itu. Sangat bersyukur dengan ciptaan Allah pada waktu itu.




Selepas kami menikmati suasana di puncak atau almost puncak itu, kami decide untuk turun ke checkpoint 6 kerana kami rasa checkpoint ini paling menarik dan sesuai untuk kami mandi.

Kami terus salin baju dan terjun ke dalam sungai ini. Pada waktu itu, jam hampir pukul 9.00 pagi dan air dia sangat amat terlampau sejuk. Kami berendam sambil menggigil tetapi bila lagi kan nak rasa pengalaman macam ini. Lagi menarik, kami merupakan group pertama yang menapak di checkpoint ini pada hari tersebut.










Pada saat ini, dua-dua sedang menahan kesejukkan air sungai Kanching ini.

Dalam beberapa minit, kami terus makan sebab masing-masing terus lapar. Badan perlukan makanan sebab tenaga habis nak counter kesejukkan. Tarot bukalah semua juadah yang ada seperti sandwich telur, nasi lemak dan sandwich tuna. Selepas makan, kami sambung berendam. Tempat ini sangat sesuai untuk rehatkan badan dan tenangkan fikiran.



Apabila jam hampir 10 lebih, orang semakin ramai. Banyak group sudah datang menapak di checkpoint ini. Itu ok lagi, yang legi best kami mula diserang oleh kera-kera. Kami dapat merasakan pada waktu itu merupakan waktu makan mereka jadi mereka quite aggresive. Lagi best, Razi tengah makan waktu itu juga hampir diserang. Kami terpaksa baling batu atau kayu untuk menghalau mereka. Kami juga rasa itu petanda untuk kami turun jadi kami berkemas dan turun.


Kami sampai ke base balik almost jam 11.00 pagi. Kami terus ke tempat seterusnya kerana Selangor Road Trip masih belum berakhir....(bersambung)

Tuesday, April 13, 2021

Pastry Paradise - My 24th Birthday Celebration at Gula Cakery, Kota Damansara

 


Negara kita sudah capai setahun dari hari pertama lockdown disebabkan covid-19. Seluruh rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk berada di luar. Sejak hari itu, banyak syarikat yang terjejas dan salah satu sektor yang terkesan ialah sektor perkhidmatan (makanan/ restoran). Dalam masa yang sama, Tarot juga memang sudah lama tidak dapat rasa pengalaman makan di luar. Kira langkah ini bagi tujuan meningkatkan semula ekonomi yang terjejas tempoh hari.

Amin decide nak belanja Tarot pada hari lahir Tarot walaupun sudah hampir sebulan berlalu. Orang nak belanja, jadi Tarot ON sahaja. Family Tarot tiada di rumah kerana mereka semua menghadirkan diri ke kenduri Suhail di Terengganu. Tarot tidak dapat hadirkan diri kerana terpaksa bekerja.

Naquib mencadangkan untuk celebrate di Gula Cakery kerana di sini tempat makan yang baharu dan menghidangkan pelbagai kek yang lazat. Gula Cakery terdapat beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan kami memilih cawangan di Kota Damansara kerana paling hampir dengan kami.

Pengasas bagi Gula Cakery ialah Arieni Ritzal dan beliau memulakan perniagaan bersama keluarga beliau. Pada mulanya, beliau membuka kedai kek dan kelas bakery bawah nama Gula Bakery. Setelah menimba ilmu dalam dunia pastry, beliau telah mengembangkan perniaagaannya dan rebrand menjadi Gula Cakery.

Di sini terdapat pelbagai jenis kek yang unik dan kelihatan sangat lazat. Tarot rambang mata untuk pilih.

Semestinya, kepelbagaian kek yang menjadi tarikan. Akan tetapi, menu-menu utama seperti nasi, pasta dan burger juga boleh dinikmati di sini. Pendapat Tarot, anda perlu mencuba setiap kek di sini jadi memang kena datang sini berkali-kali sebab perisa kek di sini pelbagai.

Tarot bekerja pada hari ini jadi kami bergerak selepas Maghrib kerana agak sukar untuk solat di luar lagi-lagi musim PKP ini. Lokasi Gula Cakery di Kota Damansara di dalam Tropicana Gardens Mall di CC 47, Concourse Floor. Ruang untuk dine in di sini tidak begitu besar jadi agak sukar jika anda hadir dalam kelompok besar. Jika datang dalam 2 atau 3 orang lebih mudah.







Passion Minty Lime Sparkler 



Signature Tomato Rice with Ayam Masak Merah, Spaghetti Masak Lemak Cili Api dan Classic GC Beef Burger.




Kami memilih menu yang pelbagai kerana ingin merasa kepelbagai juadah di sini. Pandangan jujur Tarot, nasi tomato sedap cuma rasa dia standard rasa tomato dan ayam masak merah kat kenduri. Yalah, nasi tomato dan ayam merah nak buat rasa macam mana lagi kan. Kalau terlampau lain, lagi pelik rasa dia nanti. Untuk spaghetti masak lemak cili api, memang kelainan yang unik untuk dirasa di lidah anda. Pada awalnya, Tarot agak terkejut sebab spaghetti dan masak lemak macam tidak kena tapi agak mengejutkan kerana rasa dia blend ini dan sedap juga untuk dinikmati. Manakala beef burger dia memang menghidangkan beef patty yang sangat lazat.

Amin menyuruh Tarot untuk membuat pilihan kek dan menyarankan untuk pilih 2 slice kek. Tarot sangat rambang mata sehingga tidak dapat buat pilihan. Semua kek nampak lazat dan sememangnya kek di sini menjadi keistimewaan di Gula Cakery.

Akhirnya, Biscoff Cheesecake menjadi pilihan Tarot. Kek ini sangat lazat dan Tarot akan manjadikan perisa ini sebagai pilihan selepas ini.

Chocolate Pavlova.




Sememangnya pengalaman kami menikmati juadah di sini sangat best terutamanya kek dia. Harga untuk satu slice kek agak pricey tetapi memang sangat berbaloi dan kita tidak akan complaint setelah menikmati kelazatan kek ini. Gula Cakery juga menyediakan perkidmatan delivery (kek sahaja) jadi anda boleh lawat akaun instagram gula cakery gulacakery dan boleh lakukan pesanan di akaun tersebut.
    Happy Birthday to me. Thank you Amin dan Naquib for special treat.


    Tuesday, November 10, 2020

    KAZMAN FARIS - YOUR ONLINE COWAY ADVISOR (620078)

     












    Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

    Bermula 9 NOVEMBER 2020, hampir kesemua negeri akan melaksanakan PKPB kerana kenaikan kes yang mendadak sejak PRN Sabah. 

    Sedar akan bahaya COVID-19, saya Kazman Faris ingin menghulurkan bantuan kepada anda semua supaya dapat duduk di kediaman masing-masing dengan selamat dan selesa. 

    Di sini saya menyatakan bahawa saya ingin memberikan FREE TRIAL AIR PURIFIER dan FREE DISINFECTION SERVICE kepada semua terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang. 

    FREE TRIAL AIR PURIFIER ini adalah untuk kegunaan anda semalaman. Barang baik ini bakal membuatkan anda rasa perbezaan apabila mempunyai  air purifier di rumah. Tambahan, Air Purifier ini mampu menapis habuk, bulu kucing, bau yang kuran enak dan yang paling penting sekarang adalah mampu MENAPIS BACTERIA & VIRUS 99.9%. 

    FREE DISINFECTION SERVICE ini pula mampu membunuh kuman dan virus di seluruh rumah anda sehingga 99.9%. Selalunya, disinfection service ini dilanggan dengan harga lebih kurang RM300.00 namun saya ingin berikan secara percuma sahaja demi membanteras COVID-19. 

    Saya juga ingin mengumumkan tentang promosi yang diberikan oleh Coway berkaitan air purifier Storm & Lombok iii. Harga asal Storm adalah RM90 sebulan manakala Lombok iii adalah RM109 sebulan. Namun disebabkan PKPB, Coway menawarkan promosi harga untuk Storm cuma RM70 sebulan dan Lombok iii cuma RM90 sebulan.

    Jika anda berminat atau mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya menggunakan aplikasi whatsapp (012-451 4786) atau email

    Whatsapp

    Email
    kazmanfaris@gmail.com


    Apalah sangat jika dibandingkan RM2.33, RM3.00 sehari dengan kesihatan & nyawa anda sekeluarga?

    #RakyatJagaRakyat #CowayByKazman