Sehari selepas sambut reunion Gedik's Family di Kay Lobster, kami terus ke vacation Gedik's Family di Avillion Port Dickson. Asalnya, Tarot bercadang untuk pilih homestay ala-ala Templer Park akan tetapi homestay sebegitu semua fully booked. Rakyat Malaysia yang melancong pada waktu ini memang seperti ayam terlepas reban. Akhirnya, kami telah memilih Avillion Water Chalet sebagai destinasi pilihan.
Sepatutnya, setiap tahun sejak 2019 Gedik's Family akan plan sebuah pecutian pada bulan 1 untuk sambut anniversary Mak dan Abah. Pada tahun 2019, kami sambut di Templer Park diikuti dengan Regalia Suites pada tahun 2020. Akibat pandemik, kami tidak ke mana-mana pada tahun 2021, hanya lakukan sambutan di rumah sahaja.
Kami berpecah kepada dua kumpulan dan gerak dalam jam 2.00 petang. Tarot dan bapa Tarot yang memandu dan Tarot sampai dulu. Tips pertama untuk melancong di sini (atau melancong ke mana-mana sahaja), sila gunakan waze anda. Bapa Tarot gunakan jalan biasa yang lebih dekat tetapi jalan tersebut jammed menyebabkan mereka lambat sedikit. Manakala kami gunakan jalan kampung sebab itu kami sampai dulu jaraknya lebih panjang.
Sebaik sampai, Big Bro berurusan di kaunter kerana kami tidak mahu menunggu lama di bahagian lobi. Bahagian lobi yang open sangat selesa dan mengidangkan pemandangan yang menakjubkan. Resort ini 4 star dan harga juga agak kayangan tetapi ada potongan harga semasa kami menempah. Mungkin promosi selepas PKP untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan.
Sebelum kami sampai ke bilik, terdepat reban kecil yang memuatkan beberapa binatang. Kami dapat melihat burung merak yang sedang kembangkan ekornya.
Dak Zayden kelihatan teruja dengan binatang-binatang di sini.
Water Chalet ini sangat cantik dan resort ini betul-betul di atas laut. Sepanjang kami di dalam resort ini, kami didengarkan bunyi pukulan ombak yang sangat menenangkan.
Pemandangan dari bilik kami. Memang pemandangan yang mahal dan worth every penny. Pada waktu ini air laut tengah surut.
Toilet di Chalet ini, memang sangat besar dan luas. Siap ada satu ruang open di bahagian bawah so kita boleh nampak laut. Boleh dikatakan agak bahaya untuk anak-anak kecil.
Kami booked 3 bilik dan bilik kami dekat-dekat sahaja. Resort kami betul-betul berada atas laut dan menghadap pantai. Bilik kami dibina mostly kayu dan keadaan semasa mula-mula masuk sangat panas. Jadi, benda pertama yang perlu dilakukan ialah pasang aircond sebab Tarot berpeluh teruk sebaik-baik sampai ke bilik. Tarot berehat sejenak sementara tunggu matahari redup. Manakala anak-anak buah Tarot semua sudah tidak sabar untuk terjun kolam.
Anak-anak buah Tarot sudah bersiap sedia untuk terjun kolam dan main pasir.
Gelagat Dak Zafran bergurau dengan Tok Linya.
Tiba-tiba mereka dapat kawan baru semasa membina Istana Pasir.
Ini merupakan kolam orang dewasa dan hanya orang dewasa sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan kolam ini. Kolam untuk kanak-kanak disediakan di kawasan lain.
Kami dihidangi dengan suasana matahari terbenam atau bahasa omputihnya sunset yang sangat indah sekali. Bayaran resort ini extra mahal atas sebab pemandangannya sekali.
Pada sebelah malam, kami mulakan acara kami iaitu sambutan anniversary Mak dan Abah sekali dengan Birthday Filzah. Menu-menu dibawa dari rumah termasuklah nasi impit, kuah kacang, ayam rendang, nasi putih, kek secret recipe, Shepherd's Pie, sate, cream puff dan cheese tart. Ruang bilik tidak begitu sesuai untuk membuat sambutan sebab saiznya yang normal tidak dapat memuatkan bilangan orang yang ramai. Selepas melantak, kami berbual dan terus tidur. Badan yang penat dan perut yang kenyang merupakan kombinasi terbaik untuk tidur awal dan nyenyak.
DAY 2
Selepas solat Subuh, Tarot terus lepak di bahagian balkoni untuk menyaksikan sunrise. Pemandangan yang cukup indah, sama indah dengan sunset semalam. Tarot siap berjalan keluar untuk menikmati angin pagi. Terdapat beberapa orang turut keluar berjalan malah ada yang berjogging.
Breakfast tidak included dalam booking kami jadi Tarot dan Abah hanya makan makanan semalam sebagai sarapan. Manakala yang lain sanggup pergi breakfast kerana ingin merasai suasana breakfast di hotel. Bayaran dikenakan ialah RM35.00 untuk satu orang. Selepas mereka makan, kami terus menemani anak-anak buah untuk mandi kolam sehingga mereka puas dan checked out pada jam 12.00 tengah hari.
Review tentang Avillion Port Dickson :
Pemandangan dan struktur hotel memang classy dan bertaraf 4 bintang sangat kena dengan harganya.
Parking sangat banyak dan staf di bahagian parking sangat membantu.
Layanan dari salah seorang staf resort sangat bagus kerana meminjamkan payung kepada kami. Waktu kami sampai hujan seketika jadi mereka bantu kami dengan memberi pinjam payung tersebut.
Salah seorang staf agak tidak memuaskan kerana agak kasar menyuruh Big Bro beratur satu line sedangkan ada 2 kaunter. Tiba-tiba ada seorang pengunjung beratur sesuka hati tetapi tidak ditegur mungkin kerana beliau nampak lebih kaya, maybe. BIAS di situ.
Bellboy sangat friendly dan membantu. Lobby ke bilik kami agak jauh jadi beliau menawarkan untuk membawa beg-beg kami.
Keadaan bilik okay. tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tarot paling suka sofa di sini dijadikan ala-ala katil dan ditempatkan betul-betul sebelah tingkap.
Toilet di sini paling best. Kalau sudah masuk, memang tidak mahu keluar. Air shower sangat laju serta bath tub yang sangat selesa. Rasa macam nak mandi 2 - 3 jam.
Facilities juga sangat best. Swimming pool besar malah ada 2 kategori. Terdapat haiwan-haiwan di dalam sangkar, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa turut teruja menyaksikan binatang tersebut.
Resort dihubungkan dengan pantai awam, boleh berjalan-jalan bersama keluarga.
Keadaan water chalet agak bahaya dan tidak child-friendly. Sesiapa yang ada anak kecil, minta berhati-hati.
Di bahagian balkoni, di kawasan kaki lima water chalet sangat cantik tetapi sangat panas. Bersedia untuk mandi peluh.
Apa-apa pon, kami sangat berpuas hati dan pengalaman kami di sini sangat amazing. Tarot syorkan kepada para pembaca untuk melancong di sini untuk mencipta memori manis bersama yang tersayang.
Gediks Family sudah lama tidak reunion satu family complete dan my Big Bro yang sudah lama stranded di Singapore menyebabkan kami tidak dapat untuk berkumpul bersama. Kali terakhir kami bertemu beliau ialah pada bulan Julai 2019, sudah 1 tahun 7 bulan. Tanggal 7 Januari 2022 merupakan tarikh yang amat istimewa kerana beliau akan pulang ke Malaysia selama seminggu. Walaupun banyak rintangan yang ditempuhi namun beliau berjaya balik ke Malaysia nak berjumpa keluarga tercinta.
Gediks Family telah aturkan makan malam/ dinner yang special dan percutian kayangan untuk melakar memori indah bersama. Untuk makan malam, Big Bro telah pilih kedai dan Kay's Steak and Lobster telah menjadi pilihan hati. Tarot juga selalu nampak kedai ini lalu di sosial media Tarot namun harganya telah membantutkan hasrat Tarot untuk cuba menikmati hidangan di sini.
Lobster Thermidor
Black Angus Tomahawk
Abah sedang tekun meratah Lobster di sini.
Aksi Meat-Cutting oleh Chef
Mari Tarot review makanan dan kedai ini satu per satu.
Makanan
Lobster Thermidor. Memang terbaik rasa dia, Tarot memang bagi 10/10 dan lobster ini memang must-try at least sekali seumur hidup. Dia punya sedap tu sampai masuk dalam mimpi malah Bapa Tarot plan untuk makan di sini untuk makan Lobster sekali lagi. Cuma isinya tidak banyak dan perlu guna alatan disediakan untuk mecungkil setiap isi di pelosok badan lobster itu. Sangat sedap, manis dan juicy. Harga mengikut gram dan memang boleh dikatakan harga kayangan tetapi sangat berbaloi. Agak susah untuk kenyang jika makan lobster semata-mata.
Grilled Lobster with Spicy Coriander. Juga sangat sedap cuma yang ini pedas sedikit daripada yang Lobster Thermidor.
Black Angus Tomahawk. Daging ini yang available cuma 1.9 kilograms, so kami decide untuk order juga. Menariknya hidangan ini, chef tampil ke meja kami untuk mempertonton aksi memotong daging ala-ala salt bae yang popular itu. Daging ini sangat sedap dan mouth-watering cuma badan akan panas apabila consume daging seperti ini. Rasa yang sedap serta kuah yang pelbagai berjaya menambat hati kami dan ratingnya 9/10. Dagingnya yang agak tebal menyebabkan beberapa bahagian daging masih mempunyai darah dan pelayang tersebut kata kami boleh request untuk bakar sekali lagi. Akan tetapi, kami tidak teringat-ingat dading ini kerana kami tidak boleh move on akan Lobster itu.
Kay's Wagyu Cheeseburger. Tarot beri 8/10. Tarot bayangkan saiznya lebih besar tetapi daging memang enak. Cuma Tomahawk dan Lobster menjadi main dish sehingga kami tidak beri perhatian kepada burger ini walaupun burger ini enak sahaja.
Rosemary & Sea Salt Fries. Kami order ini untuk anak buah Tarot yang gemarkan fried dan sebagai hidangan pembuka selera. Kami boleh katakan fries di sini antara yang sedap dan kurang masin.
Service
Kay's Steak & Lobster terdapat dua cawangan iaitu Ampang dan Putra Heights. Di sini, kita dibenarkan untuk booking terlebih awal lebih-lebih lagi family besar seperti Tarot untuk mengelakkan tiada tempat duduk.
Kedai agak kecil tetapi tidak sesak. Tempat duduk sangat selesa untuk orang tua dan kanak-kanak lebih-lebih lagi bahagian cushion.
Disediakan toilet dan surau. Senang untuk kami solat Maghrib kerana kami bertolak ke kedai ini pada waktu petang.
Pelayan di sini memang tip top, service terbaik dan Tarot rasa yang terbaik dalam hidup Tarot. Mereka sangat friendly, informative dan sangat bagus. Mereka akan bersama kita daripada awal masuk sehingga kami keluar kedai. Sentiasa available dan offer extra service seperti bantu untuk tangkap gambar tanpa perlu diminta. Mereka juga mesra dan sentiasa menghiburkan bagi pengalaman kami lebih diingati.
Tarot recommend pembaca untuk makan di sini kerana Tarot beri 11/10. Tahap dia sehingga kami juga ingin datang lagi ke sini. Cuma harga dia memang harga kayangan dan kami cadangkan untuk datang ke sini jika ada special occassion sahaja. Seperti kami, reunion Gediks Family setelah hampir 2 tahun terpisah akibat Covid 19.
Memandangkan 2 tahun tidak celebrate birthday Big-Bro, Tarot hadiakan tali pinggang Levis untuknya.