nuffnang adds

Thursday, August 1, 2019

Senarai Barang yang Perlu Dibawa ke Universiti | Checklist Anda !!





Memandangkan result UPU baru keluar, jadi ramai para lepasan matrikulasi, asasi, form 6, diploma dan ramai lagi baru dapat keputusan sambung pengajian sebagai sarjana muda. Sudah empat tahun Tarot melalui peristiwa tersebut, masih ingat lagi perasaan berdebar dan nervous menantikan keputusan UPU sewaktu itu. Sekarang Tarot sudah tamat pengajian dan InshaAllah akan menunggu waktu graduasi pada bulan November ini.

Tarot dapat tahu yang ramai tengah gembira dan seronok dengan keputusan UPU masing-masing dan ada juga mereka yang tidak bernasib baik. Tidak mengapa, rezeki anda bukan waktu ini..mungkin boleh membuat rayuan atau cuba lagi pada masa akan datang.

Jadi entry kali ini, Tarot ini menyenaraikan barang-barang yang perlu dibawa ke unversiti. Mungkin kebanyakkan antara anda sudah biasa dan berpengalaman, mungkin senarai di bawah akan memudahkan lagi checklist anda. Checklist ini lebih berguna kepada pelajar yang berniat untuk join pelbagai program dan aktif dalam tempoh pengajian mereka.

DOKUMEN/ BARANG WAJIB


  • Kad pengenalan & salinan
  • Surat tawaran kemasukan unversiti & salinan
  • Slip SPM & salinan
  • Slip PMR & salinan
  • Salinan sijil tamat persekolahan 
  • Semua sijil-sijil & salinan
  • Salinan slip gaji ibu dan bapa
  • Salinan slip gaji adik beradik (penting untuk mohon biasiswa)
  • Dokumen-dokumen berkaitan akedemik dan kokurikulum
  • Laporan pemeriksaan kesihatan (jika perlu, terdapat universiti yang menyediakan pemeriksaan kesihatan)
  • Buku akaun & salinan muka hadapan
  • Beberapa keping gambar passport
#Semasa hari pendaftaran, sediakan fail supaya senang anda nak bawa kehulu kehilir.

PAKAIAN


  • Baju formal
  • Seluar slack
  • Baju kemeja T 
  • T-shirt
  • Seluar jeans
  • Seluar tracksuit
  • Baju Melayu, Sampin, Songkok (bawa 1 set, Tarot bawa 3 set sebab selalu attend event formal)
  • Sweater
  • Tali leher
  • Blazer (optional, boleh korang pakai masa present)
Perempuan
  • Baju kurung/ Jubah
  • Baju untuk ke kuliah
  • Seluar slack
  • Tudung (bawak la banyak sikit colour, senang nak match ikut event)

KASUT/ FOOTWEAR


  • Kasut formal
  • Kasut casual
  • Kasut sukan
  • Kasut futsal
  • Kasut tumit tinggi ( perempuan SAHAJA, boleh pakai pergi dinner)
  • Kasut getah ( berguna sebab Tarot selalu masuk hutan)
  • Slipper
  • Slipper jamban
  • Stokin (tolong beli banyak sikit)
  • Kiwi kasut
  • Tali pinggang


ALATAN MANDIAN (TOILERIES)


  • Sabun (digalakkan untuk pakai sabun cecair)
  • Pencuci muka
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Syampoo rambut
  • Shaving foam
  • Shaver

ALATAN TULIS


  • Pen/ Pensel/ Pemadam...(korang tahu-tahu je lah yang ni takkan nak bagitahu jugak)
  • Test pad & A4
  • Wooden writing board
  • Stapler
  • Puncher
  • Ring (Untuk kepilkan lecture note korang)
  • Fail (yang ni kene banyak, lagi-lagi subjek yang banyak notes)
  • Gam Gajah
  • Journal (senang plan aktiviti korang)

LAUNDRY


  • Baldi
  • Gayung
  • Hanger (yang ni kena banyak, lagi-lagi kalau korang jenis banyak baju)
  • Penyepit baju (lagi penting, supaya baju korang tak terbang sini sana)
  • Sabun basuh baju (digalakkan cecair)
  • Pewangi


BILIK


  • Extension (sangat penting)
  • Kipas angin ( try seminggu dulu, kalau tak tahan baru beli)
  • Seterika ( untuk iron pakaian SAHAJA)
  • Kalender
  • Cadar dan sarung bantal (bawaklah lebih sikit)
  • Bantal
  • Selimut
  • Tuala
  • Tuala kecil
  • Alas kaki
  • Padlock
  • Jam loceng (kalau alarm jam tak cukup)
  • Tong sampah kecil & banyak plastik
  • Rice cooker (sumpah berguna)
  • Water Heater
  • Hair Dryer 
  • Pewangi almari
  • Pegantung
  • Febreeze
  • Mosquito repellent (penting untuk yang suka masuk hutan)
  • Cermin


MAKANAN


  • Milo 3-in-1 (senang dan mudah)
  • Biskut-biskut
  • Maggi
  • Air mineral
# Ikut korang la apa yang korang suka, kalau kolej tertentu, anda dibenarkan untuk masak so senang masak nasi dan lauk.


GAJET


  • Power bank
  • Charger
  • Laptop 
  • USB
  • External
  • Pendrive
  • Earphone (tolong bawak, takde sapa nak dengar lagu korang)
  • Headphone
  • Speaker
  • Laptop (bagi yang mampu, lagi senang kalau anda miliki)


BARANGAN KEBERSIHAN


  • Deodorant (sangat penting)
  • Perfume (ini lagi penting)
  • Bedak
  • Pomade atau apa-apa pakai kat rambut (penting masa presentation nanti)
  • Cotton buds
  • Pengetip kuku
  • Sikat
  • Minyak rambut


SOLAT


  • Kain pelikat (LELAKI)
  • Telekung (WANITA)
  • Kopiah
  • Sejadah
  • Al-Quran
  • Yassin

---TIPS PENTING---

Antara bukan barang wajib untuk dibawa, tetapi mungkin banyak jugak kelebihan jika anda bawa jika ada.

  • Bag kecil dan beg hiking. Senang jika program anda hanya satu atau dua hari, boleh guna beg kecil tersebut. Takkan la nak bawak luggage ke mana-mana.
  • Beg kasut. Kadang-kadang kita kene bawa kasut bersama untuk ke program, beg kasut memudahkan anda untuk bawa kasut anda.
  • Beg laptop. Senang untuk kita bawa laptop ke mana-mana.
  • Cermin mata hitam. Andai kata kita pergi ke unexpected trip, boleh pakai untuk bergaya. 
  • Passport. Kalau dapat UniMAP macam Tarot, senang keluar masuk Thailand.
  • Laundry Bag. Takyah la pakai baldi untuk isi baju kotor, elok asingkan baju kotor kita.
  • Sudu, garpu dan mangkuk. Kalau nak makan, tak perlu nak kongsi-kongsi dengan orang lain.
  • Toaster. Anda boleh nikmati roti anda dengan lebih enak.
  • Meja kecil, senang kalau hendak buat kerja atau belajar atas katil.
  • Helmet. Walaupun anda tidak membawa motor, lebih senang jika anda miliki sebiji topi keledar.

5 comments: