Gediks Family sudah lama tidak reunion satu family complete dan my Big Bro yang sudah lama stranded di Singapore menyebabkan kami tidak dapat untuk berkumpul bersama. Kali terakhir kami bertemu beliau ialah pada bulan Julai 2019, sudah 1 tahun 7 bulan. Tanggal 7 Januari 2022 merupakan tarikh yang amat istimewa kerana beliau akan pulang ke Malaysia selama seminggu. Walaupun banyak rintangan yang ditempuhi namun beliau berjaya balik ke Malaysia nak berjumpa keluarga tercinta.
Gediks Family telah aturkan makan malam/ dinner yang special dan percutian kayangan untuk melakar memori indah bersama. Untuk makan malam, Big Bro telah pilih kedai dan Kay's Steak and Lobster telah menjadi pilihan hati. Tarot juga selalu nampak kedai ini lalu di sosial media Tarot namun harganya telah membantutkan hasrat Tarot untuk cuba menikmati hidangan di sini.
Makanan
- Lobster Thermidor. Memang terbaik rasa dia, Tarot memang bagi 10/10 dan lobster ini memang must-try at least sekali seumur hidup. Dia punya sedap tu sampai masuk dalam mimpi malah Bapa Tarot plan untuk makan di sini untuk makan Lobster sekali lagi. Cuma isinya tidak banyak dan perlu guna alatan disediakan untuk mecungkil setiap isi di pelosok badan lobster itu. Sangat sedap, manis dan juicy. Harga mengikut gram dan memang boleh dikatakan harga kayangan tetapi sangat berbaloi. Agak susah untuk kenyang jika makan lobster semata-mata.
- Grilled Lobster with Spicy Coriander. Juga sangat sedap cuma yang ini pedas sedikit daripada yang Lobster Thermidor.
- Black Angus Tomahawk. Daging ini yang available cuma 1.9 kilograms, so kami decide untuk order juga. Menariknya hidangan ini, chef tampil ke meja kami untuk mempertonton aksi memotong daging ala-ala salt bae yang popular itu. Daging ini sangat sedap dan mouth-watering cuma badan akan panas apabila consume daging seperti ini. Rasa yang sedap serta kuah yang pelbagai berjaya menambat hati kami dan ratingnya 9/10. Dagingnya yang agak tebal menyebabkan beberapa bahagian daging masih mempunyai darah dan pelayang tersebut kata kami boleh request untuk bakar sekali lagi. Akan tetapi, kami tidak teringat-ingat dading ini kerana kami tidak boleh move on akan Lobster itu.
- Kay's Wagyu Cheeseburger. Tarot beri 8/10. Tarot bayangkan saiznya lebih besar tetapi daging memang enak. Cuma Tomahawk dan Lobster menjadi main dish sehingga kami tidak beri perhatian kepada burger ini walaupun burger ini enak sahaja.
- Rosemary & Sea Salt Fries. Kami order ini untuk anak buah Tarot yang gemarkan fried dan sebagai hidangan pembuka selera. Kami boleh katakan fries di sini antara yang sedap dan kurang masin.
- Kay's Steak & Lobster terdapat dua cawangan iaitu Ampang dan Putra Heights. Di sini, kita dibenarkan untuk booking terlebih awal lebih-lebih lagi family besar seperti Tarot untuk mengelakkan tiada tempat duduk.
- Kedai agak kecil tetapi tidak sesak. Tempat duduk sangat selesa untuk orang tua dan kanak-kanak lebih-lebih lagi bahagian cushion.
- Disediakan toilet dan surau. Senang untuk kami solat Maghrib kerana kami bertolak ke kedai ini pada waktu petang.
- Pelayan di sini memang tip top, service terbaik dan Tarot rasa yang terbaik dalam hidup Tarot. Mereka sangat friendly, informative dan sangat bagus. Mereka akan bersama kita daripada awal masuk sehingga kami keluar kedai. Sentiasa available dan offer extra service seperti bantu untuk tangkap gambar tanpa perlu diminta. Mereka juga mesra dan sentiasa menghiburkan bagi pengalaman kami lebih diingati.
No comments:
Post a Comment