nuffnang adds

Sunday, May 27, 2018

Paradise Holiday - New Zealand Look-Alike, Desa Dairy Farm Kundasang (DAY 3)


Pada hari ketiga, kami bangun awal pagi. Kami dikejutkan dengan cuaca yang sangat dingin. Suhu pagi itu dalam 9 ०C dan masa itu agak menyesal tidak bawa mafflur. Selepas sembahyang, kami berjalan-jalan di luar untuk menikmati cuaca dan pemandangan yang sangat indah, memang tak dapat di Malaysia semenanjung.

Semasa ini, Hakim masih tidur lena. Driver memang perlukan tenaga lebih. Lepas kami dah puas menikmati pemandangan yang sangat indah itu, kami bergegas untuk bersiap. Manakala Tarot panaskan air untuk sarapan, Maggi!



Dari bilik boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.






Selepas kami bersiap, kami terus bergerak ke destinasi pertama kami, Desa Dairy Farm. Tempat ini memang landmark la kalau pergi Sabah. Tempat ini memang wajib pergi. Suasana dan pemandangan macam New Zealand menjadi tarikan pelancong untuk bergambar. Tiket per entry RM5.00 untuk satu kepala. Kelihatan ramai pelancong-pelancong dari luar negara kat sini, tetapi kebanyakkannya pelancong dari Semenanjung Malaysia. Apa yang Tarot boleh bagitahu, suasana, pemandangan dan cuaca dekat sini memang terbaik. Tidak dapat di Semenanjung Malaysia.

Kami memang ambil gambar di setiap sudut, semua gaya dan semua angle untuk dapat gambar yang paling bergaya.  Awal-awal lagi, Tarot sudah bergegas masuk ke dalam kedai untuk beli yoghurt perisa chocolate. Memang dah buat research sebelum ini, semua orang cakap yoghurt kat sini memang terbaik. Dia extract kat sini daripada susu segar, memang betul-betul fresh la. Lembu dia juga bukan lembu biasa-biasa, semua sihat-sihat serta diberi makanan yang berkualiti. Susu dan yoghurt yang dihasilkan juga sangat berkualiti. Masa Tarot beli, kelihatan hanya beberapa orang yang beratur, jadi Tarot mengambil peluang untuk terus membeli yohurt tersebut walaupun masa masih awal dan tidak begitu sesuai untuk menikmati yoghurt.






Chocolate Yoghurt fresh yang hanya boleh didapati di Desa Dairy Farm.











Kami menikmati pemandangan dan suhu yang sejuk di sini sepuas-puasnya. Bukan senang hendak sampai ke sini. Seterusnya kami ke kandang lembu dan kambing di mana mereka meletakkan anak-anak lembu dan kambing. Mereka juga turut menjual rumput dan susu botol untuk diberikan kepada anak-anak lembu dan kambing. Ramai pengunjung termasuk kami sendiri, yang membeli kerana ingin mengambil peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut. Memang otak business.

Di sini juga terdapat sebuah kawasan yang sangat menarik untuk photoshoot. Memang kawasan ini berlatarbelakangkan bukit menghijau dan gunung yang dipenuhi rumput menghijau. Kawasan ini memang 5 bintang la untuk bergambar. Memang orang kata macam New Zealand la pemandangan di sini.






Tarot & Hipstur, photoshoot with New Zealand-like view.




Selepas itu kami melawat kawasan kandang lembu, di mana mereka diberi makan, dimandikan serta "membuang isi perut". Di sini memang lembu-lembu tersebut dijaga dengan rapi, sebab itulah hasil tenusu di sini sangat berkualiti. Lembu di sini juga sangat sihat, tiada yang kurus kering. Lembu ini juga diberi makan dengan makanan yang berkualiti, kira memang mereka jaga lembu di sini sebaiknya.

Selesai melihat proses-proses penjagaan lembu, kami bergegas untuk berangkat. Harini ini kami ada banyak tempat untuk dilawati. Dalam perjalanan pulang, kami lalu kedai cenderamata dan kedai hasil tenusu tadi. Hasil tenusu yang dijual termasuklah susu, cheese dan yoghurt. Kelihatan ramai orang beratur di kaunter yogurt kerana cuaca dah mula panas sedikit. Memang sesuai untuk menikmati yoghurt pada waktu ini. Nasib baik kami dah cuba yoghurt tersebut lebih awal. Tarot dan rakan-rakan hanya membeli susu, susu di sini memang confirm fresh!!



Pengunjung dah mula beratur panjang untuk dapatkan Yoghurt.

Pelbagai jenis cheese yang dijual di sini, rasa nak beli tetapi takut tak tahan sampai balik semenanjung.


"I wish I had someone that look at me the way Hanafi looks at the chocolate milk"

Hipstur juga turut menikmati susu chocolatenya. Dia beli yang kotak besar sebab lagi puas minum.





Selepas puas menikmati pemandangan New Zealand, cuaca sejuk dan susu, kami terus ke destinasi seterusnya. Hakim-the-driver macam biasa kena jadi driver untuk bawa kami ke halatuju seterusnya iaitu Kundasang Memorial Park.

NEXT : 

Paradise Holiday - Kundasang War Memorial (DAY 3)


Friday, May 25, 2018

SUMBANGAN UNTUK PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS





Majlis Perwakilan Pelajar anjuran bersama Sahabat Pusat Islam dan Kelab Sukarelawan UniMAP akan menganjurkan sebuah program kebajikan seperti maklumat berikut:


Nama Program : Program Tautan Kasih 2018

Tarikh                : 30 Mei 2018 (Rabu)

Masa                  : 5.30 petang - 10.00 malam


Kami telah merancang program ini untuk membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Jadi, kami telah menubuhkan satu kumpulan untuk mengumpul segala bentuk sumbangan untuk menjayakan program ini. Program ini secara asasnya merupakan sebuah program berbuka puasa bersama anak yatim. Kami juga akan menyerahkan segala bentuk wang sumbangan yang dikumpulkan di masjid, pensyarah dan sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis. Bilangan anak yatim di pertubuhan ini adalah seramai 42 orang.

Bentuk sumbangan untuk menjayakan program termasuklah:
  • Beras
  • Air Mineral
  • Kurma
  • Susu tin/ tepung/ gula
  • Baju Melayu/ Baju Kurung (Baju Raya)
  • Keperluan Seharian (berus gigi, sabun, bedak)
  • Wang Tunai
  • Buku atau Alatan Tulis

Satu usaha kami untuk mengutip sumbangan dari orang ramai.


DERMALAH 

untuk Saham Akhirat anda.


Untuk sebarang maklumat, sila hubungi:
MUSTAZA - 0132035062
HANAFI     - 0145524738
FISHA         - 01137818525


Anda juga boleh terus hubungi ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis - 04-9763455

Tuesday, May 22, 2018

Paradise Holiday - Sabah, Percutiaan di Bawah Bayu (DAY 1 & DAY 2)


Tarot dan member - member dah plan vacation ke Sabah ini nak dekat setahun. Cerita dia, masa lepas Kem Teambuilding Festkon, kami dah cipta satu pakatan baru, Pakatan Sekretariat Manufact. Lepas tu, kitorang terfikir satu idea yang agak luar jangkaan. Masa tu Tarot scroll2 Facebook, lepas tu keluar la promo Air Asia & kitorang terus beli tiket malam itu juga.

Pada 29 Januari 2018, seawal pagi kami gerak ke KLIA 2 untuk menaiki flight. Percutian kami mengambil masa 6 hari 5 malam dan basically, 1st day dan last day itu kami tidak berjalan sangat. Hari pertama kami, Napi selaku tourist guide kitorang, mempunyai sedikit masalah dari segi urusan penginapan dan pengangkutan. Sebab itu hari pertama kami tidak dapat ke mana-mana.

Ready for departure.


Touchdown!!

Basically, hari pertama tiada apa yang menarik yang berlaku. Kami disambut oleh Hanafi selaku tuan rumah dan tourguide kitorang.


DAY 2







Hanafi dah susun jadual kami dengan tersusun. Dalam perancangan hari ini kami akan dibawa pusing-pusing bandar Kota Kinabalu. Tempat pertama yang kami pergi ialah Akuarium dan Muzium Marine. Tempat ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah dan mereka memang jadikan muzium ini tempat pelancongan. Sebab UMS memang ada jurusan marine, so basically diorang buat research pasal hasil-hasil maritim. Selepas itu, research diorang diletakkan di muzium ini. 




"Hi! I'm Yertle the Turtle"


Ikan ni malu-malu nak selfie dengan kami




Selepas itu, Napi bawak kami bawak pusing bandar Kota Kinabalu dan bawak tengok keunikan bandar Kota Kinabalu. Salah satu mercu tanda di sini merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di kepulauan Borneo.

Berikut merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.


Napi bawak kami pergi Muzium Sabah yang terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang unik ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.


Tembikar, senjata tradisional dan busana mencerminkan kepelbagaian budaya negeri ini dan menyusur galurkan perhubungan dagang terawal antara Sabah dengan negara jirannya di Asia Tenggara dan China. Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual.


Hipstur di Hadapan Muzium Sabah.


4 monkeys on vacay.

YDP menjadi model untuk Perkampungan Budaya.

Penampakan entiti di belakang Hakim.


Selepas melawat muzium dan perkampungan budaya, Napi bawak kami makan dan solat. Tapi apa yang kami boleh cakap, Sabah ini bukan syurga makanan. Napi sendiri cakap makanan di semenanjung jauh lebih sedap berbanding makanan di Sabah. 

Masjid Negeri terletak betul-betul di tengah bandar Sabah. Kami solat jamak dan kami berbincang untuk terus naik Kundasang petang ini jugak. Abang ipar Napi merupakan orang berpengaruh jadi kami dapat penginapan percuma di Pusat Latihan Islam, Kundasang.


Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu


Lepas solat, kami bergegas bertolak ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, kami perlu melalui jalan yang sangat berbukit. Kami juga dibelanja dengan pemandangan yang sangat cantik. Setibanya kami di kawasan Kampung Bongol, Tamparuli, kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar. Memang sumpah pemandangan dia terbaik beb!!










Dalam 1 jam setengah perjalanan yang agak menyegarkan, kami tiba di pekan Kundasang. Napi sarankan kami beli segala kelengkapan makanan sebab Pusat Islam terletak di kaki bukit Kinabalu jadi memang jauh dengan kedai-kedai. Pekan ini merupakan kedai yang paling dekat itupun dalam 20 kilometer.

Saya dan Syafiq memutuskan untuk beli mee maggi, biskut dan roti supaya kami tidak kebuluran malam ini. Napi dan Hakim membeli ayam dan beras untuk makan malam ni. Napi kata ada dapur gas di sana, tapi tak yakin. Kira kami macam gamble la.

Pekan Kundasang, masa ni suhu dan mencecah 16 ०C.

Selepas membeli semua keperluan yang diperlukan, kami terus gerak ke Pusat Latihan Islam, Kundasang. Perjalanan agak menakutkan sebab gelap dan berbukit. Jalan dia juga berada dalam keadaan kurang baik kerana kejadian gempa bumi pada tahun 2015. Kami juga sampai tersesat sebab salah masuk simpang. Dalam perjalanan itu, kami nampak banyak homestay yang direka ala-ala rumah di Eropah. Memang Tarot berhasrat untuk datang lagi dengan keluarga pula.

Suasana malam di Pusat Latihan Islam, Kundasang.

Setibanya dalam pukul 10.00 malam, kami terima kunci daripada Pak Guard. Kami dapat menginap di Banglo kerana abang ipar Napi merupakan orang yang agak berpengaruh di sini. Masuk2 banglo tersebut kami sangat excited kerana cuaca yang semakin sejuk dan banglo yang sangat besar. Manakala Napi terus cari dapur gas. Dia keluar dengan perasaan yang hampa kerana bukan setakat dapur gas malah heater pun tiada di sini. Kami terus masuk bilik yang besar dan luas. 

Lepas tu, kitorang ikhtiar hidup untuk masak nasi dan ayam tu. Akhirnya, Napi decide untuk rebus nasik dan ayam tu pakai air panas. Kami turun untuk pinjam heater dari Pak Guard dan Hakim jerang air dan rendam ayam nak dekat 9 kali. Nasi tu pon Hakim menggunakan kaedah yang sama. Yang lagi bes, heater tu kita guna banyak kali sampai tendang. Satu rumah plug tak boleh pakai sampai Hakim kene pergi betulkan balik.

Akhirnya, kami makan nasi separa mentah dan ayam rebus yang tak berapa nak siap. Masih mentah-mentah lagi. Kami terpaksa tambah sos dan kicap untuk tutup rasa mentah tu. Tidak mengapa, kata produk Kem Ganas. Malam tu kami tidur kumpul tenaga untuk hari esok.


NEXT : 


Paradise Holiday - New Zealand Look-Alike, Desa Dairy Farm Kundasang (DAY 3)