nuffnang adds

Monday, November 1, 2021

TTDI Meat Point Halal Steakhouse, Kuala Lumpur - Salah Sebuah Kedai Pernah Masuk Jalan-Jalan Cari Makan

 












Salam semua, pada minggu ini sahabat baik Tarot, Dr. Naquib (Iya, sekarang beliau sudah bergelar Doktor la ya) akan pulang beberapa hari untuk berehat. Beliau sudah lebih 3 bulan berkhidmat sebagai doktor gigi di Melaka. Jadi Tarot mengambil peluang ini untuk jumpa dan celebrate birthday beliau yang sudah lepas.

Jadi, Tarot telah survey beberapa kedai makan dan TTDI Meat Point Halal Steakhouse berjaya mencuri perhatian Tarot. Hari ini, walaupun negara kita telah membenarkan rakyat untuk rentas negeri tetapi SOP masih perlu dipatuhi. Jadi, kami pilih kedai yang diyakini kurang orang supaya mengurangkan penularan wabak covid 19.

Kedai ini terletak di TTDI, berhampiran dengan kawasan One Utama. Tarot telah lakukan tempahan awal kerana staf di sini maklum tempahan awal digalakkan bagi mengelakkan pelanggan berlebihan. Kami menempah untuk makan pada jam 8.30 malam. Kawasan ini agak padat dan parking agak sukar, ada kemungkinan pelanggan perlu parking agak jauh dari kedai. Setibanya di sini, kami melihat ramai yang beratur untuk masuk ke kedai ini dan mereka merupakan pelanggan walk-in. Bagi yang sudah membuat tempahan awal, beritahu nama dan mereka akan berikan nombor meja.


Kami dapat tingkat atas, jadi kami terus naik dan cari tempat duduk kami. Pada waktu itu, keadaan kedai ini full house. Kami beranggapan kedai high-end seperti ini tidak terlalu sesak dan sebab itulah kami memilih kedai ini. Mungkin semua orang fikir begitu menyebabkan kedai macam ini menjadi pilihan semua orang.



Dalam bahagian peti ini, ada salmon dan daging waghyu. Bagi sesiapa yang nak order daging dalam packaging macam ini, boleh terus pilih dan maklumkan kepada pelayan, mereka akan uruskan. Harga juga sudah disertakan di setiap packaging. Setiap bungkusan beharga lingkungan RM100.00 sehingga RM700.00. Kami memang tidak datang  ke peti ini, ini memang untuk yang have-have sahaja. hahahaha.



Kita boleh tengok menu dengan scan QR Code, dan panggil sahaja waiter dengan menekan butang "call". Akan tetapi, kami menekan hampir 7 kali dan tiada siapa yang hadir kepada kami. Waktu peak hours + weekend merupakan combo yang padu untuk tidak dilayan. Tarot terpaksa panggil waiter sendiri untuk order.

Selepas itu, kami didatangi dan dilayan oleh seorang antie yang sangat ramah. Kami melihat nametag nya tertulis Customer Relation. Jadi beliau memang ditugaskan untuk melayan dan entertain pelanggan yang tidak sabar, marah dan lapar kerana menunggu lama. Jadi di situ kami tahu bahawa waiting time untuk order mengambil masa yang lama. Kami menghabiskan masa dengan bersembang dan ber-selfie sementara dan tunggu makanan sampai.





Lychee Passion Tea dan Iced Mango - RM12.00 each




Jadi Tarot berikan review tentang Meat Point Halal Steakhouse :

  • Ketiga-tiga makanan kami sangat sedap dan Tarot berikan 5 bintang. Di sini memang special dia daging/ beef-based jadi Tarot recommend untuk pilih menu yang berasaskan daging. Tahap sedap dia, sampai Tarot nak datang lagi walaupun sebelum makan Tarot cakap yang Tarot selalunya makan kedai macam ini sekali sahaja. Malah, terdapat ramai rakan Instagram Tarot yang komen mereka pernah makan di sini dan menyatakan makanan di sini sangat sedap. Patutlah kedai ini pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.
  • Salah satu cons utama di sini ialah waktu menunggu. Kami menunggu lebih kurang 40 minit untuk makanan sampai. Kami faham, peak hours dan weekend tetapi hendak tunggu waiter datang mengambil order juga mengambil masa yang lama. Bagi mereka yang kurang sabar, mungkin akan ada masalah. Akan tetapi, mereka assigned Customer Relation untuk pastikan semua orang dalam keadaan tenang. Dan sekali lagi makanan yang sangat sedap dapat counter balik waktu menunggu itu, berbaloilah.
  • Jarak antara meja ke meja agak dekat jadi bagi mereka yang sangat particular dengan social distancing akan tidak puas hati dengan sitting arrangement di sini.
  • Harga di sini memang sangat costly dan memang target customer orang have-have sahaja. Macam Tarot, Tarot mungkin hanya datang sekali di sini. Huhu.
  • Tarot cadangkan buat tempahan awal terlebih dahulu bagi mengelakkan beratur lama. Dan jangan datang sini dalam keadaan lapar, isi perut dulu kerana anda akan lebih lapar semasa menunggu.

Apa-apa pon, kami memang berpuas hati dengan makanan dan service di sini. Tarot recommend kepada semua pembaca untuk try makan di sini dan nikmati kelazatannya.

No comments:

Post a Comment