nuffnang adds

Sunday, September 5, 2021

Pemenang-Pemenang Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

Tamat sudah Merdeka Giveaway yang berjalan lebih sebulan. Semua rakan blogger Tarot telah menyambut merdeka dengan cara sendiri memandangkan kita masih dilanda pandemik dan terpaksa jalani hidupan norma baharu.

Pasti semua rakan blogger yang sertai giveaway ini menantikan pemenang, jadi tanpa membuang masa sila rujuk senarai pemenang di bawah. 

Chloe Perfume

One Spring Chrysanthemum Moisturizing Gift Set


Victoria's Secret Pure Seduction Frosted Perfume


Hadiah misteri (peserta pertama)



Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang tidak tersenarai sebagai pemenang, jangan risau. Tarot akan jalankan Giveaway pada masa akan datang, Insha Allah.

Kepada para pemenang, sila tinggalkan email anda di ruangan komen di bawah dan Tarot akan hubungi via email. 

Akhir kata, Tarot ucapkan jutaan terima kasih dan sangat menghargai semua peserta yang sertai Merdeka Giveaway ini. Anda semua terbaik!

Sunday, August 1, 2021

Thursdvys Cafe - Taman Tun Dr Ismail - Perfect Place for Birthday Celebrations

 


Sempena birthday Amin yang ke 25, kami decide nak celebrate secara besar-besaran. Walaupun secara besar-besaran, jumlah orang hanya 3 orang sahaja. Dr. Suhail sangat sibuk tambah lagi dengan musim PKP menjadikan beliau lebih sibuk dari biasa. Jadi kami tidak paksa beliau untuk turut serta. Kami decide nak tengok wayang pada hari yang sama di One Utama jadi kami memilih cafe yang berhampiran Damansara.

Setelah Naquib survey cafe yang best, kami decide untuk memilih Thursdvys sebagai lokasi untuk kami celebrate. Tarot tidak pasti sebutan dia bagaimana tetapi kami sebut "Thurdays" sahaja. Cafe ini dibenarkan untuk membuat tempahan jadi kami lakukan tempahan terlebih dahulu.

Happy 25th Birthday Amin





Calzone's Breakfast (RM19.00)

Ben-Addict (RM23.00)



Burnt Cheesecake dan Creampuff sebagai pelengkap sambutan Hari Jadi Amin.


Tarot boleh bagi rating yang agak tinggi kepada Thursdvys Cafe ini kerana makanan yang disajikan agak berbeza kesedapannya dan rich in flavor. Tarot rasakan menu agak terhad kerana kebanyakkan manu hanya dihidang pada sebelah petang dan malam. Menu yang kami pilih hanya pada kategori "All Day Brunch". Manakala kategori "Pastas" dan "Heavy" hanya dihidang selepas jam 6 petang. Dari segi harga memang tidak begitu murah, standard harga cafe di Lembah Klang ini. Suasana sangat cosy dan menarik lebih-lebih lagi untuk photoshoot.






First time menonton wayang selepas PKP. Penjarakkan dalam panggung wayang sangat ketat dan terkawal kerana penjarakkan sosial yang rapi.


Friday, July 30, 2021

"Giveaway Aku Dan Kamu"

 


Assalamualaikum semua, Tarot nak jemput semua rakan blogger untuk join giveaway sis ini dengan tekan banner di atas. Tarot nak ucapakan Selamat Pangantin Baru kepada sis As Samsudin yang baru saja melangsungkan hari bahagia baru-baru ini. Semoga sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki sehingga ke Jannah. Walaupun pelbagai halangan yang melanda di Malaysia, namun hari bahagia tetap berjalan lancar. #asaliff


Syarat-syarat giveaway:

  • Follow blog As Samsudin, FB As Samsudin dan Instagram as_irvine
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Aku Dan Kamu", copy banner dan back link ke post ini.
  • Selitkan ucapan kreatif untuk As dan Aliff dengan tanda pagar #asaliff :)
  • Jangan lupa tinggalkan link entri di ruangan komen ya.

Mudah sahaja kan. Meh la join ramai-ramai.



Tak ada hadiah ke?


Mestilah ada. Boleh tengok senarai hadiah kat SINI ya ;))

Good Luck Semua...

Saturday, July 24, 2021

--TAMAT-- Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 


Assalamualaikum,

Dalam masa beberapa minggu ini, rakyat Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan. Tarot mengambil kesempatan ini untuk memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini dengan mengadakan Merdeka Giveaway. Tanpa bercerita panjang, Tarot nak ajak rakan blogger untuk join giveaway ini dengan mengikuti beberapa syarat mudah.(hadiah-hadiah Tarot ada share kat bawah ya....)

Bagaimana hendak menyertai??


1. Follow blog :


2. Follow instagram :

3. Add Facebook :


4. Tulis entry bertajuk "Merdeka Giveaway by TarotTheFool", letak banner di atas dan backlink ke entry ini.



5. Tinggalkan URL di komen di bawah (WAJIB).



6. Cerita sikit, apa yang anda ingin lakukan atau ke mana anda ingin pergi sekiranya tamat PKP.

7. Komen di mana-mana entry untuk dua blog ini



Giveaway akan berlangsung dari 24.07.2021 sehingga 31.08.2021 (11.59 malam). Pemenang akan diumumkan pada 05.09.2021.


Hadiah - hadiah: 



  1. Chloe Perfume
  2. One Spring Chrysanthemum Moisturizing Gift Set
  3. Victoria's Secret Pure Seduction Frosted Perfume
  4. Home Textile Face Towel
  5. Set Pelentik Bulu Mata
  6.  2x Topup RM10.00


Pemenang akan dipilih melalui random.org








Peserta - Peserta

  1. https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  2. https://www.syuderis.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html?m=1
  3. https://ikashoid.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  4. http://www.naniey.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  5. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  6. https://anakomak6.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  7. https://www.farhanajafri.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  8. http://www.zianaeunos.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  9. https://www.shidaradzuan.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  10. http://www.zukidin.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  11. https://theathra.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  12. https://www.shikinrazali.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  13. https://www.nonasani.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html?m=1
  14. https://www.yamanaimy.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  15. http://www.zianaeunos.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool_18.html
  16. https://tetikusmerah.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  17. https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  18. https://www.mamapipie.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  19. https://www.nadiajamhari.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  20. https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
  21. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

Wednesday, July 21, 2021

PKPB Vacation 2020 - TunaMaya Beach & Spa Resort Desaru Coast, Johor Bharu





Pada Christmas 2020, Gediks satu family decide nak pergi bercuti ke Desaru, Johor. Johor menjadi pilihan sebab boleh pergi bersama Hazzy yang tinggal asing bersama suaminya. Big-bro terpaksa menetap di Singapore untuk beberapa bulan dan tidak boleh berulang-alik seperti sebelum ini, semua sebab Covid-19. Kiranya, kami datang untuk menziarahi Hazzy dan anaknya Filzah.

Kami juga sudah lama tidak vacation kerana sudah lama terperangkap dalam rumah sekali gus menaikkan semula sektor pelancongan yang sangat terjejas sejak PKP bermula. Kami memilih tarikh Christmas kerana semua orang cuti pada tarikh ini. Saranan Tarot jangan pilih tarikh macam ini kerana harga agak mahal dari tarikh biasa. Akan tetapi tarikh seperti ini senang kerana semua orang akan bercuti. 

Kami decide untuk gerak sehari awal dan menetap di rumah Big-bro terlebih dahulu di Puteri Harbour. Sebab kalau kitorang gerak direct ke Desaru, takut sangat rushing dan menyebabkan Hazzy terpaksa gerak ke sana sendiri. Ada sesuatu yang menarik berlaku pada waktu ini, 5 hari sebelum bertolak, Tarot baru sahaja selesai lakukan surgery mata iaitu PRK (Photorefractive Keratectomy). Pembedahan ini dilakukan untuk merawat mata kanan Tarot yang mengalami rabun jauh. Doktor cadangkan supaya Tarot berehat di rumah dan paling penting jangan mandi swimming pool. Akan tetapi, Tarot cadangkan untuk proceed sahaja kerana hotel sudah booked dan supaya orang sudah prepared untuk vacation ini. Tarot pandai-pandai jaga diri. On the bright side, Tarot tak perlu mengambil cuti kerana sudah diberikan MC selama 8 hari. 

Time ini kami baru sampai di Puteri Harbour. Tarot akan memakai pelindung mata selama satu minggu.

Awal pagi kami sudah gerak dari Teega Suites. Tarot perlu sentiasa pakai pelindung mata dan stand by ubat di tangan.
Sebab kami sampai terlalu awal, kami decide untuk melawat Desaru Fruit Farm terlebih dahulu.

Bagi sesiapa yang melawat tempat ini, Tarot recommend beli dan minum air Chocolate Banana Milkshake. Walaupun harga agak tinggi, RM16.00 tetapi rasa dia sangat sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi diminum pada cuaca yang sangat terik.

Memandangkan perut sudah lapar, kami decide untuk makan di sebuah kedai Ayam Penyet di pekan Desaru. Filzah nampak sangat gemar dengan air kelapa ini.




Bahagian lobi resort ini tidak besar sangat dan tidak kecil sangat. Apa yang menarik di sini, kawasannya terbuka jadi kami boleh rasa angin pantai yang sangat membuai.



Terdapat banyak water activity yang disediakan. Akan tetapi, musim tengkujuh menyebabkan laut bergelora dan banyak aktiviti tidak dapat dijalankan. Beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan kepada para pengunjung.

Buaian ini menjadi sebuah tempat yang ikonik untuk para pengunjung TunaMaya Beach & SPA Resort melakukan sesi photoshoot.


Tak sempat buka mata, camera sudah snap. 😛😛

Kami dibenarkan untuk check-in pada jam 3.00 petang jadi kami decide untuk jalan-jala terlebih dahulu dan mengambil gambar. Setelah hampir jam 3.00 petang, kami terus check-in.

Bilik sangat cantik dan pemandangan dari bilik yang menghadap pantai yang lebih menarik. Kami berehat seketika sambil membancuh kopi sementara nak tunggu cuaca redup sedikit. Setelah matahari tergelincir sedikit dan cuaca yang agak redup, kami terus bersiap dan mulakan aktiviti riadah petang.


Kami mengambil sebuah katil Queen dan sebuah katil super single.






Kami berada di bilik paling bawah jadi kami tak perlu ikut pintu depan. Balkoni kami terus menghubungkan ke jalan yang menuju ke arah pantai.

Memandangkan Tarot tidak boleh mandi pantai atau swimming pool jadi Tarot seboleh-boleh photoshoot di setiap sudut resort ini. Minta maaf, perut tu tak boleh cover. 

Pantai di sini sangat tak sesuai untuk mandi atas faktor bentuk geografinya. Boleh dikatakan sangat bahaya lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Tarot cadangkan kepada pengunjung untuk sentiasa mengawasi anak-anak anda yang berada di pantai ini. Jadi kami bergerak ke swimming pool yang lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Akan tetapi, swimming pool agak kecil dan sangat crowded. Lebih-lebih musim PKP ini, semua ingin menjaga SOP. Adib berkata swimming pool di rumah Big-bro lebih menarik kerana luas dan ada privacy.


Adib menjadi swimming coach kepada Filzah.


Selepas hampir jam 7.00 malam, kami bersiap untuk makan malam. Tarot sudah google restoran yang popular dan hampir dengan kawasan resort kami dan Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly telah menjadi pilihan kami. Dalam jam 7.30 malam kami terus gerak. Kawasan restoran ini hampir dengan Desaru Fruit Farm yang kami singgah pagi tadi cuma perlu masuk ke dalam. Dari jalan besar, nak sampai ke restoran ini dalam 4km dan kami rasa macam tak sampai-sampai. Jalan dia sangat kecil (kerana jalan kampung) dan makin lama makin ke dalam ladang kelapa sawit. Akhirnya kami sampai dan sangat ramai pengunjung pada waktu ini.


Video call dengan Big-bro. Beliau terdampar di Singapore kerana pintu sempadan tidak dibenarkan untuk buka. 

Menunya boleh dikatakan sedap, dalam 7/ 10 cuma ikannya tak fresh seperti restoran ikan bakar yang lain dan hampir dengan laut. Restoran ini agak jauh dengan laut jadi sukar untuk dapatkan yang fresh. Harganya tidak semurah kedai yang lain, mungkin kerana di sini satu-satunya kedai ikan bakar yang ada. Kalau nak compare dengan Medan Ikan Bakar di Kuala Perlis, lebih murah dan sedap kerana banyak pesaingnya.


Pada keesokkan hari, kami bersiap awal untuk breakfast kerana tidak mahu bersesak-sesak.

Sepatutnya breakfast di sini menghidangkan makanan secara buffet tetapi terpaksa hidang di meja kerana menjaga SOP. Terdapat 4 menu utama yang boleh dipilih iaitu, nasi lemak, western, mee dan bubur. Kita pilih salah satu dan pelayan akan hidangkan di meja.












Dalam jam 12.00 tengah hari kami berkemas dan berangkat pulang. Resort ini sangat selesa serta menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga. Tarot recomend resort ini jika anda ingin bercuti di Desaru.