nuffnang adds

Monday, April 18, 2022

Buffet Ramadhan 2022 Western Style - Polperro Steak House Bukit Jelutong

 





Ustaz Adib telah mengajak Tarot untuk berbuka di luar dan bersetuju untuk memilih kedai atau hotel yang menghidangkan secara buffet. Memandangkan hotel sangat mahal harga per satu kepala (Sebagai contoh, buffet di hotel Shangri La beharga dalam RM180.00++), jadi kami decide untuk makan di restoran sahaja. Sedang Tarot survey, Tarot teringat lapan tahun yang lalu, Tarot pernah makan bersama rakan matriks Tarot di sebuah kedai dan kedai tersebut ialah Polperro Steak House. Jadi, Tarot decide untuk makan di kedai ini kerana kedai ini sangat berpatutan dan sangat sedap. Seingat Tarot, dahulu harga untuk seorang hanya dalam RM20.00++ sahaja tetapi sekarang sudah RM49.99 (50 la senang cite), memang banyak naiknya tetapi itu cerita lapan tahun lepas. Akan tetapi, jika nak compare dengan hotel, sini jauh lebih murah. 

Cawangan Polperro Steak House di Bukit Jelutong sahaja yang menghidangkan secara buffet dan cawangan lain menghidangkan secara ala carte. Untuk booking, kita dikehendaki untuk membayar terus secara bank in untuk menempah tempat. Mereka mencadangkan untuk membuat tempahan 3 hari awal lebih-lebih lagi kalau weekend. Biasa la kan.

Azeem dan Kakak juga turut join kami. Jadi Azeem dan Ustaz Adib datang dahulu ke rumah Tarot dan kami gerak ke Bukit Jelutong lebih kurang jam 6.00 petang.

Walaupun kereta agak banyak di atas jalan raya semasa dalam perjalanan ke sana, kami sampai agak awal dalam 6.20 petang gitu. Jadi kami duduk dan berborak, pada jam 6.30 petang staf di sana maklumkan bahawa makanan sudah boleh diambil. Jadi, Tarot terus serang kambing golek.

Lighting tengah cun, jadi Tarot tidak lepaskan peluang untuk photoshoot.

 Ustaz Adib memang pemalu orangnya. Acah!!

Coslow Salad dan Kambing. Coslow tu tidak pasti, kambing ini tidak sesedap kambing golek. Tarot tidak pasti ini kambing apa tetapi perapan dia agak berbeza dengan kambing golek.

Roti John antara menu popular kerana roti john di sini habis cepat dan kami tidak sempat ambil.

Mushroom Soup. Boleh tahan rasa dia, akan tetapi boleh kurangkan sikit kemasinan. Dari pendapat Azeem pula, beliau menyatakan sup ini sangat sedap.

Spaghetti Bolognese. Tarot tak sempat rasa sebab kenyang sangat. Kakak kata biasa-biasa sahaja dan tiada yang special.

 Buah-buahan. Terdapat tiga jenis buah potong yang disediakan iaitu tembikai, tembikai susu dan mangga.

Kuih-muih yang terdiri daripada seri ayu, kuih cara berlauk dan popiah. Juga sangat laku keras dan cepat habis, Tarot hanya sempat ambil popiah sahaja.

Puding Caramel juga cepat habis dan nasib baik kami sempat ambik. Puding Caramel ini sangat sedap dan recommended.

Sagu Gula Melaka. Tarot rasa kuih ini paling sedap dan Tarot rasa kerana mereka gunakan susu segar instead of santan. Memang sedap dan juga cepat habis. Tarot dapat betul-betul potongan yang terakhir.


Kambing Golek di sini memang specialty Polperro Steak House. Tarot rasa dalam 80% capacity perut Tarot hanya diisi dengan kambing ini. 

Nugget dan Fries, menu ini lebih menarik kepada kanak-kanak.

Fried Skin Squid Giant. Makanan yang agak unik dan sedap juga rasa dia.

Chicken Wing ala2 Korea. Yang ini sangat sedap tetapi yang spicy tu memang sangat pedas. Sesiapa yang tidak tahan pedas dinasihatkan untuk berhati-hati.

Ini merupakan favourite Tarot. Sate kambing serta kambing golek. Lembut dan perapan dia memang on point.

Manakala untuk air, terdapat tiga jenis disediakan iaitu Mangga Susu, Sirap Soda dan Lemon Asam Boi. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing.


Mula-mula rasa ambik tak banyak. Tiba-tiba penuh satu meja. Shepard pie juga biasa-biasa dan kami mengharapkan lebih sedap.










Surau ada disediakan di bahagian tengah-tengah. Surau ini agak besar tetapi surau ini berkongsi lelaki dan perempuan. Mungkin agak kurang selesa bagi perempuan untuk mengerjakan solat mereka.

Jadi, kami memang rasa berbaloi dan puas hati dengan hidangan di sini. Ada beberapa menu yang tidak memuaskan tetapi lebih banyak makanana yang sedap rasanya. Tarot memang amat berpuas hati dengan kambing dan enjoyed dengan hidangan kambing tersebut. 

Buffet di Polperro Steak House hanya disediakan sehingga 30hb April jadi sesiapa yang ingin cuba hidangan buffet western style ini, boleh buat tempahan sekarang.




1 comment:

  1. Wow, it looks like polperro bukit jelutong having a lot of varieties of food. I really want to try.

    ReplyDelete