nuffnang adds

Wednesday, May 6, 2020

(DAY 4) 14th Educational Trip - The Magnificent of Lodz


Hari ini sudah masuk hari ke ke-4 kami berapa di Europe. Bangun-bangun kami terus bersiap dan bawa luggage kami turun ke lobby dan terus breakfast. Kami breakfast di restoran seperti semalam jadi menu kami sama. Tepat jam 9.30 pagi kami semua telah bersedia untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Lodz.

Menyaksikan pemandangan ini untuk terakhir kalinya. Sedih rasanya untuk meninggalkan Krakaw.

Ayuni dan Dila bergambar bersama pemandangan sebelum meniggalkan Krakow.





Perjalanan ke Lodz mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan, setiap daripada ahli deligasi diminta untuk memperkenalkan diri serta sediakan sebuah persembahan supaya kami semua kekal terhibur sepanjang perjalanan.

Antara persembahan yang dilakukan ialah lagu Rentak Laguku - Bunkface dan Amy Search yang dicover oleh Razi. Nampak la semua kekal terhibur.

Persembahan The Climb (Miley Cyrus) oleh Loye. Lagu ni sangat sesuai dengan pemandangan dekat luar yang berbukit bukau.

Selepas dalam satu jam lebih perjalanan, kami berhenti sebentar di R&R untuk pergi ke tandas. Kami semua turun kerana ingin menyaksikan keadaan R&R di sini. Seperti biasa, kami semua excited untuk membeli apa yang boleh.



Dua hari lepas salji baru turun, jadi hari ini kelihatan selapis air batu membaluti tanah di sini.

Macam biasa, bergambar walaupun hanya sepohon pokok.


Semasa di sini kami perasan yang Jiji ini menyerupai seseorang. Ada iras sikit kan? Ke anda tidak bersetuju?

Selepas hampir 20 minit, kami semua naik bas dan terus sambung perjalanan. Cuaca yang sejuk menyebabkan kami lapar dengan lebih cepat. Kebanyakkan antara kami membeli makanan-makanan seperti buah, susu, youghurt dan makanan yang diyakini boleh dimakan.

Tarot dan KB berkongsi membeli susu. Susu di sini sangat berbeza kerana di sini susunya sangat segar.



Kawasan perindustrian di Lodz, semasa ini kami sudah hampir sampai ke bandar.

Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami tiba di bandar Lodz, kami terus ke restoran untuk makan tengahari. Nama restorannya ialah Instanbul - Taj Mahal, juga menghidangkan makanan halal seperti daging kambing, lembu dan nasi. Akan tetapi, style nasi di sini agak melekit seperti pulut, pengalaman baru untuk kami.



Di sini kami juga berjumpa dengan Mimi, pelajar perubatan di Lodz. Beliau berasal dari Perlis dan ibu saudaranya merupakan pensyarah di UniMAP. Yana, setiausaha kami mempunyai bungkusan yang dikirimkan kepada beliau.

Mimi dan Jiji, Tarot tidak pasti apa yang dilakukan oleh Jiji. Mungkin baca doa makan.


Seperti biasa, Yam Seng sebelum menikmati juadah. Sekali lagi, Fiq sebagai ikon muka lapar menunjukkan muka paling lapar semasa ini.

Tarot tidak pasti siapa yang ambil gambar ini, nampak la beliau juga sudah lapar. Sampai terpotong kepala tidak masuk frame.

Selepas kami selesai makan tengahari di sini, kami diberikan sedikit masa lagi untuk solat. Selepas itu, Tarot juga keluar untuk bergambar. Suasana dan seni bina bangunan di sini amat berbeza dengan Krakaw. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini sementara ada sedikit free time.











Group shoot yang diambil dihadapan restoran Istanbul Tajmahal.

Lebih kurang jam 3.00 petang, kami terus ke agenda yang seterusnya iaitu melawat Lodz University of Technology. Seperti biasa kami akan berkenalan bersama pelajar di sini, mendengar taklimat dan seperti biasa - perform! Kali ini giliran team zapin untuk beraksi dan atas permintaan ayam didik dipilih untuk perform sekali lagi.

Pintu masuk Lodz University of Technology.


Pembuka bicara oleh Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal selaku Naib Canselor kami.


Selepas itu, giliran kami untuk memperkenalkan diri, Razi sebagai pengacara majlis. Razi juga perlu makan masa sementara kami perlu bersiap salin pakaian.

Kelihatan semua deligasi saling berkenalan dengan pelajar di sana. Hamboih Marsha, sampai ke telinga sengih.


Team Zapin rancak mempersembahkan tarian Zapin mereka.


Seterusnya, giliran Ayam Didik untuk menghiburkan pelajar di sini.



Selepas tamat sesi perkenalan dan persembahan, kami akan dibawa melawat di sekitar universiti ini. Kami bergegas salin semula pakaian. Universiti ini ditubuhkan pada 1945 dan merupakan universiti teknikal terbesar di Poland. Pada asalnya, univerisit ini terletak di sebuah bangunan kilang lama dan hari ini meliputi hampir 200,000 kaki persegi. meter. Universiti ini juga mengandungi hampir 70 buah bangunan.


Salah seorang pensayarah menunjukkan alatan-alatan teknologi yang dihasilkan dalam bidang perubatan terutamanya.


Lebih kurang jam 6.00 petang (tetapi sudah gelap seperti pukul 8.00 malam), kami terus ke hotel kami. Kali ini nama hotel kami ialah Hotel Ambassador Centrum dan hotel ini merupakan hotel paling mewah sepanjang Jelajah Ilmu ini. Kami juga makan malam di hotel ini.



Mimi juga join kami naik bas dari restoran sehingga ke hotel ini. Malah beliau juga join kami makan malam bersama. Memandangkan Mimi berada di sini, kami meminta untuk Mimi bawa kami pusing-pusing bandar memandangkan Mimi sangat arif di bandar ini. Beliau bersetuju dan bawa tunangnya sekali untuk sertai kami.

Kami baru tahu, Lodz merupakan bandar pertama yang mempunyai trem atau keretapi elektrik di Poland. Atas sebab ini, Lodz menjadi agak terkenal dan mempunyai daya tarikan.

Encik Muadz bergambar bersama trem elektrik.

Di bandar ini juga terdapat arca dan patung-patung yang diukir dan diletakkan di sepajang jalan.






Mimi maklumkan kepada kami bawaha musim ini, kedai tutup agak awal. Jadi kami perlu menggunakan masa sebaiknya. Mula-mula, Mimi bawa kami ke kedai cenderahati kerana ada antara kami yang masih tidak membeli apa-apa untuk dibawa balik ke Malaysia. 

Perjalanan ke kedai ini memang agak jauh, lebih kurang 4-5 km. Sepanjang perjalanan kami ke sini, kami terserempak dengan beberapa insiden yang pelik. Mula-mula kami diganggu oleh seorang lelaki yang kami anggap beliau mabuk. Yang kedua kami berjumpa seorang wanita berpayung yang meminta sesuatu, duit maybe? Faham-faham jela...

Kedai ini bukan yang seperti harapkan kerana kedai ini more kepada kedai hadiah. Tarot tidak membeli apa-apa kerana tiada apa yang menarik perhatian.

Faridah dan Kak Wani sangat tertarik dengan barangan di sini.


Selepas itu, kami pergi ke kedai seterusnya. Faiq (tunang Mimi baru tiba) berkata bahawa kami hanya sempat untuk pergi ke satu lagi tempat kerana banyak kedai akan tutup. Jadi kami pergi ke satu cafe yang agak popular, kata mereka. Mereka berkata Cadburry asal daripada syarikat ini, jadi kami semua bersetuju dan yakin cafe ini menghidangkan minuman yang lazat. 

Nama cafe ini ialah Wedel - Chocolate Cafe. Tarot masih ingat minuman yang Tarot order lebih kurang 16 Zloty, lebih kurang Rm16.00. Hanya tiga orang daripada kami yang order kerana ramai yang menganggap terlampau mahal. Bagi Tarot juga mahal tetapi once in a lifetime punya pengalaman. Cafe ini juga menjual pelbagai jenis coklat dan kami semua mengambil peluang untuk beli keran coklat di sini sangat berbeza.

Bergambar bersama rakyat tempatan yang sangat peramah.

Tarot dan Fiq antara yang mencuba hot chocolate. Rasa dia - pergghh!! Razi dan Tarot masih ingat rasa air coklat ini. Sesiapa yang ada peluang, jangan lepaskan cuba hot chocolate di Wedel ini.

Semasa ini Kak Wani dan Encik Muadz sudah balik menggunakan teksi kerana perjalanan memang agak jauh. Beberapa orang juga sudah balik kerana sudah penat, tetapi bukan kami.

Hot Chocolate terbaik Tarot pernah rasa sehingga hari ini.


Kami ada satu permintaan dari Mimi dan Faiq, kami semua teringin untuk menikmati suasana dalam trem. Bukan senang untuk sampai ke Poland, menaiki trem merupakan satu pengalaman yang patutu dinikmati. Mimi dan Faiq cuba yang terbaik untuk memenuhi permintaan kami.

Kami tidak bernasib baik kerana kami semua tidak cukup syiling untuk menaiki trem ini. Akan tetapi, Mimi berkata pada waktu yang sudah malam dan hanya ingin bergerak ke satu stesen, mungkin boleh naik tanpa bayar. Kami tunggu trem yang seterusnya dan tiada sesiapa yang menjaga, kami semua terus masuk dengan bangganya.


Muka excited sebelum naik trem.



Muka excited semasa dalam trem.

Video yang dirakam, bangga membuat jenayah di Poland. Tidak mengapa, kami sebagai pelancong hendak rasa pengalaman ini. :)

Muka excited selepas turun dari trem. Bila je kami tidak excited.

Sebelum balik ke hotel, Faiq bawa kami ke satu lagi must go tempat untuk pelancong Malaysia, convenient store!! Di sini Faiq tunjuk makanan yang halal dan tidak boleh didapati di tempat lain. Sebagai contoh mee segera tetapi berperisa unik, pasta segera dan ais krim yang boleh dimakan.

Kami terserempak dengan Encik Muadz semula di sini.

Faiq menunjukkan ais krim yang sering dibelinya.

Terima kasih kepada Mimi dan Faiq kerana menjadikan pengalaman kami di Lodz lebih diingati. Selepas itu kami terus naik ke bilik kerana esok kami akan ke Warsaw.

Pemandangan dari bilik Tarot.

3 comments:

  1. Best dapat tgk tempat org 😊

    ReplyDelete
  2. wahhhh
    seronok baca sambil tengok gambar
    best nya dapat kesana
    hehehehe
    alhamdulillah pengalaman berharga tu

    ReplyDelete