Seperti semua rakyat Malaysia, Tarot meraikan Aidilfitri 2020 di bandar dan tidak dapat pulang ke kampung halaman. Akan tetapi, Tarot sangat bersyukur kerana dapat berkumpul satu family di Sungai Buloh iaitu rumah Kaklong.
Selepas tamatnya bulan Ramadhan, kami satu family sambut Aidilfitri di rumah. Kami bangun pagi, bersiap dan memakai baju raya. Sebenarnya kami tiada baju raya, kami pakai sahaja baju yang terbaru. Selepas selesai sarapan, Mak Tarot menhidangkan nasi impit, rendang, lemang dan lontong, Tarot terus hubungi Big-bro. Tahun ini sedikit sedih kerana kami patut meraikan raya bersama tahun ini. Big-bro beraya bersama isteri dan anaknya di Johor sana. Jadi, kami terpaksa sambut atas talian sahaja.
Seperti Raya yang biasa, pagi raya dimulakan dengan aktiviti solat Raya. Abah menjadi imam untuk solat raya ini. Selepas tamat, kami terus salam-bersalaman dan pemberian duit raya. Tahun ini pertama kali Tarot berikan duit raya, jadi anak-anak buah Tarot sahaja yang merasa duit raya dari Tarot.
Tarot tidak sangka masih dapat duit raya dari Kakak. Terima kasih, Kakak.
Selepas tamat bersalaman dan bergambar di dalam rumah kami hendak bergambar secara outdoor pula. Memandangkan raya tahun ini disambut dalam keadaan norma baharu, outdoor kami hanyalah di halaman rumah sahaja. Kami perlu menjaga keselamatan dan kesihatan sendiri dan keluarga, langkah-langkah berjaga perlu sentiasa diawasi.
Semasa ini Zafran sudah monyok kerana tidak dapat beraya bersama sepupunya.
Gambar tiga beradik, Big-bro tidak dapat join kerana berada di Johor.
Kaklong dan anak perempuannya, Zafirah.
Dalam masa yang sama, berlangsungnya photoshoot outdoor oleh keluarga Big-bro bersama isterinya dan anaknya, Filzah.
Tahun ini, keluarga Mak Lang sahaja yang beraya di kampung. Uwan rasa sebak kerana raya tahun ini sangat berbeza baginya. Selalunya raya penuh dengan anak cucunya yang menceriakan dan mewarnai rayanya. Seperti yang kita tahu, langkah ini untuk kebaikan bersama dan kita perlu memainkan peranan untuk memerangi virus Covid-19 ini.
Keluarga Pak Long beraya bersama keluarganya di rumah.
Family MPP 17/ 18 juga mengambil peluang untuk group video call untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Bak kata harith, Rumah Terbuka secara online.
Akhir kata, Tarot dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Hari ini merupakan hari ke-5 kami berada di Poland. Hari ini kami masih bersemangat dan excited tetapi badan sudah mula rasa penat. Hal ini disebabkan kami perlu packing setiap hari kerana setiap hari kami akan ke bandar yang berbeza. Macam biasa kami bangun dan packing, lalu kami terus ke cafe untuk breakfast.
Pemandangan dari bilik Tarot, hotel ini memang sangat besar dan pelan bangunan ini seperti huruf "L".
Mesin coffee. Yang lebih menarik, terdapat pelbagai jenis minuman yang lain selain coffee seperti coklat, latte, mocha dan semua jenis la. Kita juga boleh adjust jumlah krim dan gula mengikut citarasa sendiri.
Tipikal breakfast. Masuk hari ke-5, makanan seperti ini menjadi kebiasaan untuk sarapan. Tekak macam tidak boleh terima tetapi telan je lah!!
Sekali lagi, Tuanku buat surprise kepada kami. Tuanku telah meminta bantuan Mimi untuk masak bihun goreng kepada semua deligasi. Alhamdulillah, tekak melayu kami menangis kegembiraan.
Video terima kasih kami kepada Tuanku. Instead of cakap "thank you" kami berkata "bihun sedap". Ok hambar.
Tram yang kami curi-curi naik malam tadi.
Si Razi ni belum apa-apa dah tumbang.
Mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Si Razi yang tidur sentiasa.
Perjalanan kami ke Warsaw mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Setibanya kami di bandar Warsaw ini, kami singgah sebentar di sebuah pusat beli-belah atau mall yang bernama Zlote Tarasy. Kebanyakkan antara kami perlu ke toilet kerana sudah tidak tahan. Perjalanan kali ini kami tidak berhenti di mana-mana R&R sebab itulah semua orang bergegas untuk ke tandas. Di sini juga beberapa orang perlu berpecah kerana terdapat 3 destinasi yang perlu kami kunjungi.
Bagi Tarot, bandar Warsaw kelihatan lebih pesat dan mewah berbanding Lodz.
Bangunan ini menjadi mercu tanda di Warsaw dan bangunan ini bernama Palace of Cultural and Science. Kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalam bangunan ini jadi kami hanya bergambar sahaja dengan mercu tanda ini.
Bangunan pencakar langit ini mempunyai ketinggian sekitar 231 meter dan merupakan bangunan tertinggi di Poland. Bangunan ini sebenarnya terdapat sejarah dan kontroversi pada zaman pembinaannya. Selepas kejatuhan Berlin Wall, rakyat Poland menentang pembinaan bangunan ini. Akan tetapi bangunan ini tetap dibina dan rakyat Poland dipaksa untuk terima. Jikan anda tengok, di puncak bangunan ini terdapat sebuah jam yang diletakkan supaya rakyat Poland sentiasa memandang ke arah bangunan ini dan lama-kelamaan akan menerima "kehadiran" Palace of Cultural and Science. Jika anda beminat, anda boleh terus mengkaji tentang sejarah ini. Secebis fakta ini Tarot dapatkan dari Faiq.
Pemandangan dalam shopping mall Zlote Tarasy. Semua orang tertarik dengan seni bina dalaman bangunan ini.
Selepas hampir 10 minit kami singgah di sini, Mr. Phillip arahkan semua orang untuk bergegas naik bas. Beliau juga kata hotel kami sangat dekat dengan mall ini jadi kami boleh singgah lagi malam ini. Buat masa ini, kami akan ke University of Warsaw.
Laungan tepuk-tepuk UniMAP dihadiakan kepada pelajar Malaysia yang menuntu di sini. Memandangkan Jiji tiada di sini jadi saudara Fiqri mengetuai laungan tepuk-tepuk UniMAP.
Selepas kami melawat University of Warsaw, kami akan makan tengahari. Lokasi makan tengahari kami sangat unik hari ini iaitu Rumah Malaysia atau rumah kedutaan Malaysia di Poland. Kami juga diberitahu bahawa menu kami hari ini memang makanan Malaysia. Kami sangat gembira dan terharu, ternyata masing-masing sudah merindui makanan-makanan Melayu. Tepat jam 1.00 tengahari, kami tiba.
Kami diberi kata-kata aluan oleh beberapa pegawai yang berkhidmat di sini.
Menu utama kami hari ini ialah nasi lemak bersama ayam rendang. Memang rasa macam dekat Malaysia-lah, nama pon rumah Malaysia.
Muka kelaparan sementara dapat giliran untuk mengambil makanan.
Di sini juga kami berkenalan dengan Cik Syafikah, seorang bekas pelajar di Poland. Beliau sudah tamatkan pelajaran dan sedang menunggu untuk menjadi seorang doktor di sini.
Tarot tidak ingat nama beliau. Akan tetapi beliau merupakan tunang kepada Cik Syafikah dan bakal melangsungkan perkahwinan kelak. Beliau merupakan rakyat tempatan di Poland. In case anda ingin tahu, yang belakang tu Encik Faiz, bodyguard kepada Tuanku.
Kami sedang melakukan satu tradisi MPP sebagai tanda perkenalan dan bonding antara MPP dan kudataan di Poland.
Selain nasi lemak dan ayam rendang, karipap kentang dan agar-agar merah juga merupakan menu kami hari ini. Macam makan di open house musim-musim raya.
Selepas perut kenyang dan selesai semua urusan di Rumah Malaysia kami menguncapkan ribuan terima kasih atas segala pertolongan pihak yang terlibat. Dengan pantasnya kami akan ke program seterusnya iaitu lawatan ke Warsaw Islamic Centre. Selain memberi sumbangan dan melawat orang Muslim di sini, kami juga akan solat di sini.
Fakta tentang Warsaw Islamic Centre, tempat ini dibuka sebagai tempat untuk pertemuan dan pengeratan orang Muslim di Warsaw yang semakin berkembang. Warsaw Islamic Centre ini dibuka sekitar tahun 2010 bertujuan mengelakkan pandangan rakyat Poland tentang orang Muslim. Di sini juga terdapat perpustakaan mini, galeri dan pusat multimedia. Lebih menarik pada setiap perayaan Islam semua orang Islam di Poland akan berkumpul di sini seperti Raya Aidilfitri, Maulud dan Raya Aidiladha.
KB mengambil peluang untuk melaungkan azan.
Program diteruskan dengan sumbangan Tuanku kepada Warsaw Islamic Centre.
Loye memakai shawl sebagai tanda menghormati.
Jiji bersama imam di Warsaw Islamic Centre.
Selepas tamat segala urusan di Warsaw Islamic Centre, kami terus ke aktiviti terakhir pada hari ini iaitu lawatan ke Warsaw Old Town. Pada ketika itu, cuaca sudah gelap walaupun jam baru sahaja pukul 4.00 petang.
Warsaw Old Town ini merupakan pekan paling tua di Warsaw (obviously) dan terdapat sesuatu yang menarik di tengah-tengah pekan ini. Terdapat sebuah tugu iaitu sebuah petung ikan duyung bersama pedang dan perisai yang menjadi tarikan para pelancong. Tugu ikan duyung ini dihasilkan sekitar tahun 1855 dan dikatakan tugu ini melindungi Warsaw dari para musuh.
Patung ini tidak jelas kerana cuaca yang agak gelap.
Gambar ini diambil dari google. Macam inilah tugu ikan duyung tersebut.
Di sini semua orang sangat excited kerana sekitar sini penuh dengan kedai-kedai cenderhati. Kami pertama kali dapat peluang untuk bershopping dengan tenang. Semua mula shopping fridge magnet, t-shirt, topi, hiasan rumah dan macam-macam lagi untuk dibawa ke Malaysia. Mr. Phillip juga kata sudah tiada apa-apa aktiviti selepas ini jadi kami semua mengambil masa sepuasnya-puasnya di sini. Di sini kami berjumpa balik dengan Faiq dan Mimi, mereka menaiki train PKP Intercity dari Lodz ke Warsaw untuk lepak dengan kami lagi malam ini.
Seperti biasa, selepas Tarot puas shopping Tarot akan cari hot chocolate. Cuaca malam ini sejuk macam biasa jadi memang perfect jika dapat hirup secawah hot chocolate. Tarot ingin memberi nasihat, berhati-hati jika ingin membeli sebarang minuman kerana kedai pertama menghidangkan hot chocolate bersama wine. Kita cuma tanya sahaja kepada waiter tersebut dan beliau akan tunjukkan kedai yang tidak letak wine. Tips ini Tarot dapat dari Faiq dan Mimi.
Menjadi model untuk hot chocolate.
Terjumpa Nagen dan Jiji yang juga sedang menikmati hot chocolate di sini.
Manakalan geng ini masih bershopping.
Selepas kami tamat spend masa dan duit di Old Town, kami akan terus gerak ke hotel. Pada malam ini, kami akan menginap di hotel yang bernama Hampton by Hilton Warsaw. Malam ini makan malam tidak termasuk dalam tentatif kerana kami dimaklumkan untuk makan sendiri. Jadi, Tuanku telah memberikan duit poket kepada kami untuk makan malam. Terima kasih, Tuanku!
Sampul Raya oleh Tuanku. :)
Bilik hotel di sini.
Team housekeeping siap berikan notes kepada tetamu sebagai tanda kesopanan.
Setelah sampai di hotel, kami letak luggage dan terus turun untuk bergerak ke mall yang kami singgah siang tadi iaitu Zlote Tarasy. Mimi dan Faiq juga akan join kami untuk makan malam. Mereka memberikan beberapa pilihan tempat makan yang menarik seperti kebab dan beberapa kedai yang menghidangkan makanan halal. Selepas berbincang, kami decide untuk dinner di kedai Wawel, iaitu cafe yang kami singgah semalam semasa di Lodz. Disebabkan keenakkan air hot chocolate yang tidak terhingga, kami decide untuk makan malam pula di sini.
Kami bergerak dalam sebuah kumpulan. Yang lebih menarik, kami menggunakan laluan bawah tanah yang menghubungkan dari hotel kami ke mall ini.
Kami sedang mencari kedai Wawel di directory.
Mimi bawa kami ke sebuah kedai yang menjual produk-produk makanan dari Asia. Di sini jugalah Mimi membeli bihun yang beliau masak pagi tadi.
Faiq ada beritahu bahawa beberapa produk dijual dengan harga yang tidak masuk akal.
Tarot memesan mixed fruits with chocolate serta hot chocolate. Memang tidak puas minum air hot chocolate di sini.
Beberapa orang seperti Hakim, Razi dan Fiqri membeli kebab dari kedai lain.
Selepas kami tamat makan malam, kami berjalan-jalan di sekitar mall untuk cuci mata. Selepas mall tutup kami semua balik ke hotel. Esok kami akan bangun awal pagi kerana kami akan bertolak ke Belgium dan penerbangan kami pada pukul 7.15 pagi. Di sini jugalah kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Mimi dan Faiq. Semoga kami berjumpa lagi pada masa akan datang.
Kami juga sempat singgah ke Hard Rock Cafe.
Macam biasa, Tarot akan mengambil gambar pemandangan dari bilik Tarot.