Seperti semua rakyat Malaysia, Tarot meraikan Aidilfitri 2020 di bandar dan tidak dapat pulang ke kampung halaman. Akan tetapi, Tarot sangat bersyukur kerana dapat berkumpul satu family di Sungai Buloh iaitu rumah Kaklong.
Selepas tamatnya bulan Ramadhan, kami satu family sambut Aidilfitri di rumah. Kami bangun pagi, bersiap dan memakai baju raya. Sebenarnya kami tiada baju raya, kami pakai sahaja baju yang terbaru. Selepas selesai sarapan, Mak Tarot menhidangkan nasi impit, rendang, lemang dan lontong, Tarot terus hubungi Big-bro. Tahun ini sedikit sedih kerana kami patut meraikan raya bersama tahun ini. Big-bro beraya bersama isteri dan anaknya di Johor sana. Jadi, kami terpaksa sambut atas talian sahaja.
Seperti Raya yang biasa, pagi raya dimulakan dengan aktiviti solat Raya. Abah menjadi imam untuk solat raya ini. Selepas tamat, kami terus salam-bersalaman dan pemberian duit raya. Tahun ini pertama kali Tarot berikan duit raya, jadi anak-anak buah Tarot sahaja yang merasa duit raya dari Tarot.
Tarot tidak sangka masih dapat duit raya dari Kakak. Terima kasih, Kakak.
Selepas tamat bersalaman dan bergambar di dalam rumah kami hendak bergambar secara outdoor pula. Memandangkan raya tahun ini disambut dalam keadaan norma baharu, outdoor kami hanyalah di halaman rumah sahaja. Kami perlu menjaga keselamatan dan kesihatan sendiri dan keluarga, langkah-langkah berjaga perlu sentiasa diawasi.
Semasa ini Zafran sudah monyok kerana tidak dapat beraya bersama sepupunya.
Gambar tiga beradik, Big-bro tidak dapat join kerana berada di Johor.
Kaklong dan anak perempuannya, Zafirah.
Dalam masa yang sama, berlangsungnya photoshoot outdoor oleh keluarga Big-bro bersama isterinya dan anaknya, Filzah.
Tahun ini, keluarga Mak Lang sahaja yang beraya di kampung. Uwan rasa sebak kerana raya tahun ini sangat berbeza baginya. Selalunya raya penuh dengan anak cucunya yang menceriakan dan mewarnai rayanya. Seperti yang kita tahu, langkah ini untuk kebaikan bersama dan kita perlu memainkan peranan untuk memerangi virus Covid-19 ini.
Keluarga Pak Long beraya bersama keluarganya di rumah.
Family MPP 17/ 18 juga mengambil peluang untuk group video call untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Bak kata harith, Rumah Terbuka secara online.
Akhir kata, Tarot dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Salam lebaran 1441H
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteseronoknya beraya dengan keluarga
den beraya dengan kucing jer
sendu betul rasa raya tahun nih
hahaha