nuffnang adds

Tuesday, April 12, 2022

New Cafe On The Block - KrayZ Kitchen, Bandar Sri Pemaisuri, Kuala Lumpur


Tarot sudah lama tidak lepak dengan Haikal seperti dulu. Zaman sebelum PKP, selalu juga makan dan main badminton bersama. Biasa la, masing-masing sudah penat bekerja dan semakin dewasa. Jadi kami plan satu hari sebelum puasa untuk makan bersama, Amin juga join sekali.


Satu lagi sebab nak keluar makan dengan Haikal sebab beliau akan bernikah lepas raya jadi kami akan lebih kurang untuk lepak bersama lepas ini (walaupun memang sudah kurang lepak).














Asalnya, kami hendak makan kat satu kedai yang terletak di Pemaisuri dan kami pernah makan beberapa kali di sana. Boleh tahan juga sedap dan harga juga okay. Akan tetapi, pada waktu itu kedai itu masih ada dalam 10 minit untuk buka jadi kami decide untuk berjalan dahulu. Sedang berjalan, kami ternampak sebuah kedai yang agak menarik suasananya. Jadi kami terus tengok menu dan kami decide untuk makan di sini, KrayZ Kitchen.


Arrangement kedai sangat menarik dan menu agak banyak. Jadi first impression yang agak baik. Kami tanyakan best selling di sini, dan pelayan itu menyatakan burger yang the best kat sini. Jadi kami semua order set burger. Kami juga order beberapa side dish.



Tarot dan Haikal sedang membincangkan topik yang sangat serius.

Amin memang seorang yang pemalu.

Untuk set burger yang kami order, disertai dengan air, fries dan cookies sebagai pencuci mulut. Kami juga order satu set chicken wings dan mushroom soups sebagai pembuka selera. Waktu itu kelihatan customer makin ramai dalam kedai ini, jadi kami yakin bahawa kedai ini memang menghidangkan makanan yang sedap. Nasib baik pada waktu kami order tidak begitu ramai jadi waiting time tidak begitu lama. 


Untuk air dalam set, kami diberi pilihan antara Iced Lemon Tea, Peach Tea dan Passion Tea. Jadi kami ambik seorang satu untuk lebih variasi. Apabila air sampai, ketiga-tiga kelihatan sama malah rasa juga agak sama dan airnya biasa-biasa saja. 

Mushroom Soup. Tarot minta maaf, soup ini ada ruang untuk peningkatan dan Tarot hanya bagi 1/10. Rasa memang tidak sedap dan texture juga tidak begitu enak dinikmati. Apabila soup sudah sejuk, rasa lebih tidak menyelerakan dan kami bersusah payah untuk habiskan (padahal Haikal sehaja yang habiskan).

Buffalo Wings. Sekali tengok memang tiada beza dengan ayam masak merah. Rasa boleh tahan cuma kami harapkan lebih sedap.


Classic Smash. Bak kata Haikal, burger ini jadi penyelamat. Akan tetapi bagi Tarot, burger ini tidak capai cita rasa Tarot kerana Tarot memang banyak kali makan burger. Bukan tak sedap cuma mengharapkan ada WOW lagi-lagi selepas dapat soup dan air yang mendukacitakan. Saiz sangat kecil dan boleh dikatakan tidak kenyang.

Cookies sangat tebal dan juga mengecewakan. Kami mengharapkan cookies ini seperti cookies subway atau lebih sedap. Akan tetapi, jauh sekali dengan cookies Subway.

  • Tarot sangat berduka cita dengan pengalaman kami makan di sini kerana Tarot hanya boleh bagi 2/10 overall.
  • Harga memang standard harga cafe di luar sana, tidak murah pon. Akan tetapi, staf itu ada tanya tentang komen kami dan Haikal hanya nyatakan sup sahaja yang perlu diperbaiki. Kami bukan Karen yang hendak buat kecoh-kecoh di kedai makan.
  • Tarot ada baca komen di Facebook dan mostly memberikan feedback yang positif. Personally Tarot tidak recommend  tetapi kalau anda mahu, boleh la try.
  • Kami merasakan Cafe ini masih baru menapak dalam industri jadi kami mengharapkan mereka perbaiki segala aspek yang perlu.
 

2 comments:

  1. Nice review ! Dari gambar burger tu memang kelihatan sangat simple

    ReplyDelete
  2. Review jujur ni..harapkan peniaga ambil secara positif dan serius..tengok dari buku menu memang nampak menarik semua menu...

    ReplyDelete