Tarot decide nak makan di sini kerana ada seorang kawan dari universiti Tarot cadangkan tempat ini, sedap katanya. Manakala, tujuan kami makan di sini adalah untuk sambut birthday Amin sudah sudah beberapa minggu berlalu.
Selalunya, Naquib akan join sekali akan tetapi beliau sudah berpindah ke Melaka jadi susah untuk beliau join sekali.
Cafe ini terletak di Plaza Jelutong dan terletak di bahagian tengah. Kami pergi pada hari biasa, jadi agak lengang dan hambar. Pada awal, kami ragu-ragu dan sangka kedai ini tutup. Kedai ini buka macam biasa walaupun hari biasa cuma kurang meriah kerana weekdays memang jarang orang makan di luar.
Kedai ini sangat kosong dan kami order seperti biasa. Pilihan menu agak sedikit dan tidak variasi. Kami mendapati di sini, Wagyu Brisket yang menjadi tarikan. Akan tetapi, harga juga sangat mahal ala-ala Kay Lobster. Kami decide untuk pilih menu biasa saja. Menu biasa juga bukan biasa-biasa harga dia.
Apple Asamboi, RM12.00. Agak pulpy dan rasa seredak, tak pasti memang dihidangkan begitu atau apa. Kira air ini tidak ditapis, kami agak tidak puas hati.
Karnivor's Beef Burger, RM30.00. Daging tersebut ialah patty yang disediakan sendiri. Bagi Tarot sedap, walaupun Tarot boleh improve lagi. Tapi bak kat Amin sangat sedap, mungkin Tarot baru lepas covid jadi tastebud masih belum 100% recover. Portion memang sangat banyak dan sangat mengeyangkan. Fries dia memang sedap, tak rasa macam segera punya.
Crazy Carbonara, RM31.00. Memang creamy dan portion memang banyak. Amin kata terlampau banyak campuran sayur dan jadi macam pesto instead of carbonara. Nasib baik order extra pedas untuk counter rasa sayur tu. Tapi still sedap.
Untuk desserts, ada dua pilihan iaitu Chocolate Mousse atau Creme Brulee. Kami ambil Chocolate Mousse dan kami rasa pilihan tersebut tidak tepat. Rasa memang sedap cuma sangat muak lagi-lagi kami yang sudah sangat kenyang.
Barisan artis-artis yang pernah makan di kedai ini.
Review Tarot tentang kedai ini.
- Kami pergi pada hari biasa, jadi parking sangat banyak.
- Waiting time juga sangat singkat mungkin sebab hari biasa. Kalau weekends kami tidak pasti, mungkin lebih lama.
- Specialty di sini ialah Wagyu atau Tomahawk di mana harga mengikut berat daging. Kebanyakkan blogger yang makan di sini semua akan makan menu tersebut. Mostly puas hati dengan hidangan tersebut. Tunggu Tarot naik pangkat atau dapat bonus baru boleh try.
- Menu tidak veriety. Mungkin sebab mereka fokus dengan hidangan yang menjadi specialty di sini.
- Menu kami boleh dikatakan sedap, daging burger memang sangat puas hati. The best thing about hidangan di sini ialah portion dia. Sangat besar dan mengenyangkan.
- Harga boleh dikatakan sangat mahal tetapi memang berbaloi untuk try.
No comments:
Post a Comment