nuffnang adds

Friday, March 18, 2022

A'Famosa Resort Homestay - Exchange Gift, Lucky Draw and Zumba | Family Day Enun 2022


Selepas habis tengok show gajah di Safari Park, kami terus gerak ke homestay. Tinggal family Mak Ngah dan Mak Su sahaja, yang lain semua dah sampai dulu. Family mempunyai anak kecil yang tidak sabar untuk terjun kolam.

Homestay terletak di hujung kawasan A'Famosa. Di sini ada guard dan kawasannya seperti perumahan orang awam. Akan tetapi, kami rasa di sini semua rumah dijadikan homestay.

Muka Tarot teruja tak tahu nak mentekedarah yang mana dulu. Kami semua bawak makanan satu family, satu makan ala-ala pot luck gitu.

Pada jam 6.00 petang acara pertama sudah dimulakan iaitu persediaan ayam BBQ. Pak Tam dan Mak Tam telah mengetuai malah menguasai tugas ini jadi tiada siapa-siapa boleh mencelah. Apabila ayam telah siap dibakar, ayam terus dihidang bersama makanan-makanan yang lain. Semua makan disusun atas meja dengan cantik. Acara mula pada jam 8.00 malam dan acara pertama ialah makan sehingga kenyang.

Kelihatan semua nampak segak dan cantik mengenakan pakaian mengikut team keluarga masing-masing.







Pada jam 9.00 malam, acara bermula dan macam biasa Ustaz Adib akan membaca doa terlebih dahulu supaya majlis lebih diberkati. Macam biasa juga, Tarot melantik diri sendiri untuk menjadi emcee. Selepas itu, acara pertukaran hadiah bermula. Setiap orang akan dipanggil untuk tampil kehadapan dan serahkan hadiah kepada orang yang menerima hadiah itu.


Dak Zafirah mendapat slot istimewa iaitu pemberian hadiah khas.









Tarot memberikan hadiah kepada Adib, Emcee kepada pembaca doa. Nice.












Pemberian khas daripada Mak Lang kepada Abang Long dan Shu sempena menimang cahaya mata sulungnya.



Geng-geng Abang Sado.

Selepas selesai acara pertukaran hadiah, acara kedua dimulakan. Acara ini adalah acara yang dinanti-natikan oleh semua orang iaitu cabutan bertuah. Family Tarot iaitu Gediks Family menjadi penaja untuk cabutan bertuah ini jadi kami yang akan cabut nama dan serahkan hadiah kepada mereka yang bertuah.

Najla merupakan peserta pertama yang bertuah dan Abah yang memberikan hadiah kepada Najla.





Mak Lang merupakan pemenang grand prize untuk cabutan bertuah. Sememangnya sangat bertuah.


Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan pemberian anugerah khas kepada Uwan. Mereka semua telah mengumpul duit untuk memberikan hadiah istimewa kepada Uwan.



Uwan bersama Anak dan Menantunya.

Uwan bersama cucu perempuannya yang come lote dan cun melecun.

Uwan bersama cucu lelakinya yang kacak bergaya dan bujang terlajak (Tarot).


Uwan bersama kesemua cucunya yang tidak begitu lengkap. Uwan menantikan cicit pula.

Seterusnya, sesi fotografi Uwan bersama setiap keluarga.

Kita mula dengan Family Pak Long dan tema warna mereka ialah hitam. Kelihatan Ustaz Adib menyibuk di dalam gambar ini.

Seterusnya, Family Mak Ngah dan tema warna kami ialah merah membara. Dak Zafirah kelihatan tidak behave kerana tidak mendapat hadiah yang diingini. Haih seketul Zafirah ni...


Family Mak Lang dan tema warna mereka ialah ungu yang pelbagai ton.

Family Mak Ndak dan tema warna yang sama juga iaitu hitam. Semasa ini, Ustaz Adib sudah tidak keterlihatan walaupun turn beliau untuk bergambar. Haih, perangai masing-masing...

Family Mak Teh dan tema warna mereka ialah maroon gelap. Agak confusing lah ya dengan pemilihan warna ini.

Family Pak Tam dan tema warna mereka Black and White.

Family Pak Uda dan tema mereka ialah batik. Kalau ada Anugerah Tema Keluarga, family Pak Uda anda menang anugerah tersebut.

Family Mak Su dan tema warna mereka ialah Baby Blue.

Yang terakhir, Family Mak Induk dan tema warna mereka ialah biru gelap. Seketul Adwa juga sudah meragam, yalah seharian beraktiviti masing-masing sudah penat. Manakala Adam sudah lama dibuai mimpi.




Selepas tamat sesi fotografi, maka tamat sudah program hari ini. Ramai yang bersedia untuk tidur, ibu-ibu masih membawang manakala yang muda terjun kolam. Kami prepare untuk menghadapi hari esok pula.

DAY 2

Seawal pagi, semua orang bangun dan prepare breakfast. Manakala Tarot bersiap sedia untuk manjadi coordinator senaman pagi.

Tarot bersama Nabil dan Faiz sebagai raka setugas.








Selepas itu, kami terus terjun kolam, makan sekali lagi dan bersiap. Kami perlu check out pada jam 12.00 tengah hari. 

Review tentang A'Famosa Resort Homestay :

  • Rumah sangat selesa serta 4 bilik tidur. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk lakukan family day.
  • Kawasan ini sangat private dan tiada orang luar boleh masuk. Sangat selamat walaupun agak seram bila tiba malam.
  • Kolam seperti tiada maintainance kerana penuh dengan daun kering dan tiada manual tentang cara guna.
  • Tiada dapur untuk memasak tetapi ada peti ais. 
Kami sangat enjoyed dan seronok mengadakan Family Day selepas 2 tahun tidak dapat adakan Family Day. Tarot recommend tempat ini kepada mereka yang mempunyai family besar.

1 comment: