Assalamualaikum semua,
Sebenarnya, hampir satu family Tarot terkena jangkitan covid 19 dan kami terpaksa kuarantin di rumah selama seminggu. Sisa-sisa covid 19 masih ada seperti batuk, sakit tekak dan kelesuan. Jadi, ini merupakan kali pertama kami makan satu family selepas kami kuarantin.
Sebenarnya, hampir satu family Tarot terkena jangkitan covid 19 dan kami terpaksa kuarantin di rumah selama seminggu. Sisa-sisa covid 19 masih ada seperti batuk, sakit tekak dan kelesuan. Jadi, ini merupakan kali pertama kami makan satu family selepas kami kuarantin.
Tujuan utama kami ke bangi sebab kami nak bersihkan rumah Big Bro di Bangi. Pada bulan hadapan, akan ada penyewa baru yang akan masuk jadi kami cuci apa yang patut. Tarot juga ajak Najmi sekali untuk uruskan rumah ini kerana kami belum pulih sepenuhnya. Najmi hadir sebagai tambahan manpower (tetapi tidak begitu function kerana nak angkat televisyen pon tak larat).
Selepas selesai segala urusan, kami decide untuk makan di Tuah Cafe. Tarot terjumpa kedai ini di google dan menunya agak menarik. Yang paling penting, cafe ini ada hidangkan menu nasi untuk Abah.
Selepas selesai segala urusan, kami decide untuk makan di Tuah Cafe. Tarot terjumpa kedai ini di google dan menunya agak menarik. Yang paling penting, cafe ini ada hidangkan menu nasi untuk Abah.
Kedai ini terletak di Bandar Baru Bangi tapi bukan di bahagian yang banyak-banyak butik tu. Cafe ini terletak kat another pekan. Waze sahaja Tuah Cafe dan anda akan sampai, dalam 10 minit dari UKM. Boleh dikatakan parking agak banyak so tiada masalah parking di sini.
Cheesy Fries, topped with cheesy sauce, RM6.50. Kami order ini sebagai pembuka selera sebab masing-masing sudah lapar.
Sebelum datang sini, Tarot sudah call untuk melakukan tempahan tetapi staf itu berkata kalau datang jam 2.00 petang tidak perlu tempahan kerana orang sudah kurang. Waktu menunggu juga tidak begitu lama.
Lamb Carbonara, RM32.00. Spaghetti dia sedap dan spaghetti carbonara memang standard je rasa dia. Lamb tu juga agak lembut, mungkin boleh lembut lagi. Tetapi Tarot berpendapat lagi sedap kalau ditambah kuah black pepper. Mungkin mereka tidak mahu kuah carbonara mixed up dengan black pepper kot. Tarot mampu habiskan walaupun selera maih belum 100% pulih.
Balado Batang Pinang, RM14.90. Menu ini hanya available dari jam 12.00 pm sehingga 5.00 pm. Daging lembut dan kuah juga sedap. Kami dapat tahu bahawa Butter Chicken merupakan specialty di sini, tetapi tiada orang order.
Crispy Chicken Carbonara, RM20.90. Menu ini juga antara menu yang safe, kalau dapat yang tidak sedap memang sangat tidak bernasib baik.
Crispy Chicken Bolognese, RM20.90. Bak kata Chef Najmi, rasa bolognese tu rasa sos sahaja. Kalau ikut tekak Melayu, kuah tu kena tumis dan kena pedas-pedas sikit. Kalau kekalkan originality tu, tak kena sebab rasa masam.
Milk Green Tea, RM5.00. Tarot jarang order air tetapi sebab rasa pahit mulut Tarot order air ini kerana Tarot memang suka Green Tea. Air memang banyak dan sedap.
Berri-Nana Smoothie, RM12.00. Air ini juga sangat refreshing dan rasa pisang tu sangat sedap. Cafe ini memang menghidangkan air yang pelbagai dan special.
Hot Mocha, RM5.00. Tarot lupa nak snap gambar selepas buka penutup. Air ini juga sedap tetapi agak manis. Tarot terpaksa order air suam dan modify sendiri.
Burnt Cheesecake. Juga rasa seperti cheesecake yang lain tiada apa-apa yang extra.
Review Tarot:
- Parking sangat mudah kerana cafe ini terletak jauh daripada tempat tumpuan.
- Tarot ada buat sedikit research dan ramai juga artis pernah makan di sini malah pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan. Mereka menyatakan bahawa Buttermilk Chicken di sini yang special.
- Keadaan cafe seperti most cafe sekarang, dekorasi dan arrangement yang ala-ala hipstur.
- Cafe ini agak kecil jadi elakkan daripada pergi peak hours. Boleh je kalau nak pergi tetapi akan sesak dan waiting time akan menjadi lebih panjang. Kami datang pada jam 2.00 petang jadi sangat lengang dan makanan cepat sampai.
- Makanan okay, sedap cuma Tarot rasa tiada yang WOW sehingga boleh menarik untuk datang kali kedua. Mungkin akan datang untuk try Chicken Buttermilk.
- Air di sini boleh dikatakan special kerana menu air sangat pelbagai dan banyak. Sangat puas hati.
- Harga above average, tetapi kami dapat vaucher RM10.00. Mungkin kami akan datang lagi untuk guna vaucher tersebut. Tipikal marketing tetapi berkesan untuk repeat customer.
Lapar plak perut akak tengok semua menu tu ha....nampak sedap especially Lamb Olio tu
ReplyDeletenampak sedapnya menu cafe ni
ReplyDelete