Nik merupakan classmate Tarot semasa belajar di Universiti Malaysia Perlis dan kami tidak pernah berjumpa sejak graduasi pada November 2019. Kiranya dua tahun kami tidak berjumpa dan kami decide untuk jumpa dan catch up dengan each other punya life.
Tarot cadangkan makan di Shimmer Shine Cafe kerana berhampiran dengan rumah Tarot. Walaupun dekat tetapi Tarot tidak pernah makan di sini jadi waktu paling tepat untuk try cafe ini.
Parking di sana sangat banyak, mudah dan dekat dengan cafe ini. Cafe ini terdapat dua bahagian, luar dan dalam. Di bahagian luar lebih cantik kerana hiasan lampu-lampu. Akan tetapi, kami memilih untuk makan di dalam kerana lebih selesa duduk atas sofa serta aircond. Kami tiba lebih kurang jam 7.30 malam dan cafe ini beroperasi sehingga jam 10.00 malam. Cafe ini menghidangkan coffee dan coffee di sini ialah salah satu specialty mereka. Untuk coffee lover, boleh cuba cafe ini. Kami order di meja dan waktu menunggu tidak begitu lama, mungkin sebab pelanggan tidak begitu ramai pada waktu itu.
Fruit Soda - Blueberry (RM9.50). Nik kata air ini boleh penambahbaikan kerana tidak begitu memuaskan lebih-lebih lagi harga yang agak tinggi.
Smoked Sausage and Bacon Alfredo (RM26.00). Kuah dan pasta sedap cuma tiada tiada wow factor di situ.
Italian Classic Cabonara (RM28.00). Juga sedap, boleh diberikan 7/10 dan lagi sekali tidak ada beza dari Cabonara di cafe yang lain.
Belgium Waffle - Old Fashion (RM15.00). Waffle dia perfectly baked, rangup di luar dan lembut di dalam. Cuma maple syrup tu agak sedikit dan tidak boleh nak cover the whole waffle. Apa-apa pon kami enjoy.
All in all, pengalaman kami di sini amat memuaskan dan berikut merupakan review Tarot untuk cafe ini:
- Suasana yang sangat best kerana arrangement kedai itu sangat simple dan tenang. Cafe ini juga sangat cantik lebih-lebih untuk instapemes dan apa-apa pemes untuk bergambar.
- Terdapat muzik yang menenangkan dimainkan sepanjang kami di dalam cafe ini.
- Kami bernasib baik kerana pelanggan tidak begitu ramai, jadi kami boleh spend masa lebih (malah sampai betul-betul closing).
- Bagi mereka yang nak spend masa bersama rakan yang sudah lama tidak jumpa, tempat ini sangat sesuai kerana sangat tenang dan selesa untuk berborak dan chill.
- Parking sangat senang, banyak dan dekat dengan kawasan cafe.
- Bagi Tarot harga dia quite mahal lebih-lebih lagi makanan dia yang tiada unsur Wow Factor. Bukan tak sedap, sedap je cuma tidak membuatkan kami untuk makan di sini untuk kali kedua.
Apa-apa pon, semua orang boleh cuba makan di sini untuk nikmati suasana dan makanan di sini. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
No comments:
Post a Comment