Sebenarnya, ibu dan bapa Tarot sudah lama booked tiket ke Langkawi tetapi tidak dapat pergi akibat PKP, PKPB, PKP 2.0 dan semua PK yang ada. Tiket sudah ditempah sejak bulan Disember 2020 tetapi mereka masih tidak boleh pergi.
Jadi selepas kerajaan umumkan kebenaran rentas negeri kepada mereka yang sudah lengkap 2 dos, parents Tarot terus locked tarikh pada bulan Oktober. Kalau ikut plan asal, Tarot tak join pon vacation ke Langkawi ini atas sebab kerja. Tapi, lama sangat tertangguh sehingga Tarot sudah tukar kerja dan tarikh itu jatuh pada tempoh transition Tarot masuk ke company baru. Apa lagi, Tarot terus booked tiket jugak. hahaha...
Muka happy dapat vacation setelah berbulan berkurung.
Masa ini sudah nak sampai sebab dah boleh nampak pulau. Excited ni lain macam bila dapat travel lepas PKP ni.
Muka lepas touchdown, lupa dah perasaan bila naik flight dan semasa landing.
Sebaik tiba di Langkawi (dalam jam 11.00 pagi), kitorang terus gerak ke destinasi pertama iaitu Kak Yan Nasi Campur untuk makan tengahari. Boleh dikatakan ramai juga di kedai ini tapi tempat duduk juga banyak dan makanan juga masih banyak. Mereka nampaknya sudah prepared untuk menerima pengunjung yang ramai.
Selepas lunch, kami terus ke destinasi seterusnya. Tarot sudah sediakan tentatif lengkap sebelum sampai dan kami akan follow je plan tersebut. Destinasi kami ke Dream Park Langkawi. Tempat ini agak baru dan tidak ramai yang tahu. Harga sekali masuk RM10.00 dan dapat percuma air sejuk. Jalan agak curam dan sempit jadi hati-hati ya.
Di sini memang port terbaik untuk bergambar sebab pemandangan serta prop-prop yang dibina. Memang sesuai untuk anak-anak muda instapemes mencari sumber rezeki. Tapi satu cons kat sini, PANAS!! Kitorang memang lencun sepanjang kat atas ni, patutlah mereka provide air sejuk.
Selepas selesai bergambar, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Makam Mahsuri.
Selepas selesai bergambar, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Makam Mahsuri.
Makam Mahsuri ini antara destinasi yang popular dan orang kata wajib pergi kalau melancong ke Langkawi. Sebab orang percaya di sini tempat Mahsuri binti Pandak Maya dimakamkan selepas dibunuh. Kalau korang nak tahu sejarah dia, boleh google je atau datang sendiri ke sini. Tempat ini dijadikan muzium dan terdapat tarikan-tarikan lain seperti teater dan gamelan. Pada waktu Tarot pergi, nampak banyak kawasan sudah dibiarkan mungkin tak dapat nak maintain akibat penangan PKP yang sangat lama. Di sini juga bayaran tiket ialah RM10.00 seorang dan kami berharap dapat menyumbang kepada pembangunan pelancongan di sini.
Next destination, Dataran Lang. Akan tetapi, permintaan dari client untuk terus check-in ke hotel sebab sudah tiada tenaga. Jadi Tarot terpaksa akur dengan permintaan itu. Sebab itu, orang cakap "why you shouldn't wait until retirement to travel", boleh lihat gambar di bawah.
Kami akan menginap di Dayang Bay Resort untuk 4 hari 3 malam. Sementara yang otai-otai sedang berehat, geng muda seperti Tarot apa lagi..terjun kolam.
Bilik dia cantik dan saiz so-so je. Pemandangan kami menghadap tepi, tak berapa menghadap ke pantai. Rasa kena extra charges untk beach view.
Infinity pool. Nampak macam terus sambung ke pantai tapi tak pon.
Lepas makan malam kat Pekan Kuah, kami terus ke Dataran Lang sebab tak dapat pergi siang tadi. Agak meriah cuma kalau nak tangkap gambar tak berapa cun sebab gelap. Lepas tu terus kami balik, tidur dan kumpul tenaga untuk esok.
No comments:
Post a Comment