nuffnang adds

Tuesday, May 22, 2018

Paradise Holiday - Sabah, Percutiaan di Bawah Bayu (DAY 1 & DAY 2)


Tarot dan member - member dah plan vacation ke Sabah ini nak dekat setahun. Cerita dia, masa lepas Kem Teambuilding Festkon, kami dah cipta satu pakatan baru, Pakatan Sekretariat Manufact. Lepas tu, kitorang terfikir satu idea yang agak luar jangkaan. Masa tu Tarot scroll2 Facebook, lepas tu keluar la promo Air Asia & kitorang terus beli tiket malam itu juga.

Pada 29 Januari 2018, seawal pagi kami gerak ke KLIA 2 untuk menaiki flight. Percutian kami mengambil masa 6 hari 5 malam dan basically, 1st day dan last day itu kami tidak berjalan sangat. Hari pertama kami, Napi selaku tourist guide kitorang, mempunyai sedikit masalah dari segi urusan penginapan dan pengankutan. Sebab tu hari pertama kami tidak dapat ke mana-mana.

Ready for departure.


Touchdown!!

Basically, hari pertama tiada apa yang menarik yang berlaku. Kami disambut oleh Hanafi selaku tuan rumah dan tourguide kitorang.


DAY 2







Hanafi dah susun jadual kami dengan tersusun. Dalam perancangan hari ini kami akan dibawa pusing-pusing bandar Kota Kinabalu. Tempat pertama yang kami pergi ialah Akuarium dan Muzeum Marine. Tempat ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah dan mereka memang jadikan muzeum ini tempat pelancongan. Sebab UMS memang ada jurusan marine, so basically diorang buat research pasal hasil-hasil maritim. Selepas itu, research diorang diletakkan di muzeum ini. 




"Hi! I'm Yertle the Turtle"


Ikan ni malu-malu nak selfie dengan kami




Selepas itu, Napi bawak kami bawak pusing bandar Kota Kinabalu dan bawak tengok keunikan bandar Kota Kinabalu. Salah satu mercu tanda di sini merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di kepulauan Borneo.

Berikut merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.


Napi bawak kami pergi Muzeum Sabah yang terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang unik ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Tembikar, senjata tradisional dan busana mencerminkan kepelbagaian budaya negeri ini dan menyusur galurkan perhubungan dagang terawal antara Sabah dengan negara jirannya di Asia Tenggara dan China. Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual.


Hipstur di Hadapan Muzium Sabah.


4 monkeys on vacay.

YDP menjadi model untuk Perkampungan Budaya.

Penampakan entiti di belakang Hakim.


Selepas melawat muzium dan perkampungan budaya, Napi bawak kami makan dan solat. Tapi apa yang kami boleh cakap, Sabah ini bukan syurga makanan. Napi sendiri cakap makanan di semenanjung jauh lebih sedap berbanding makanan di Sabah. 

Masjid Negeri terletak betul-betul di tengah bandar Sabah. Kami solat jamak dan kami berbincang untuk terus naik Kundasang petang ini jugak. Abang ipar Napi merupakan orang berpengaruh jadi kami dapat penginapan percuma di Pusat Latihan Islam, Kundasang.


Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu


Lepas solat, kami bergegas bertolak ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, kami perlu melalui jalan yang sangat berbukit. Kami juga dibelanja dengan pemandangan yang sangat cantik. Setibanya kami di kawasan Kampung Bongol, Tamparuli, kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar. Memang sumpah pemandangan dia terbaik beb!!










Dalam 1 jam setengah perjalanan yang agak menyegarkan, kami tiba di pekan Kundasang. Napi sarankan kami beli segala kelengkapan makanan sebab Pusat Islam terletak di kaki bukit Kinabalu jadi memang jauh dengan kedai-kedai. Pekan ini merupakan kedai yang paling dekat itupun dalam 20 kilometer.

Saya dan Syafiq memutuskan untuk beli mee maggi, biskut dan roti supaya kami tidak kebuluran malam ini. Napi dan Hakim membeli ayam dan beras untuk makan malam ni. Napi kata ada dapur gas di sana, tapi tak yakin. Kira kami macam gamble la.

Pekan Kundasang, masa ni suhu dan mencecah 16 ०C.

Selepas membeli semua keperluan yang diperlukan, kami terus gerak ke Pusat Latihan Islam, Kundasang. Perjalanan agak menakutkan sebab gelap dan berbukit. Jalan dia juga berada dalam keadaan kurang baik kerana kejadian gempa bumi pada tahun 2015. Kami juga sampai tersesat sebab salah masuk simpang. Dalam perjalanan itu, kami nampak banyak homestay yang direka ala-ala rumah di Eropah. Memang Tarot berhasrat untuk datang lagi dengan keluarga pula.

Suasana malam di Pusat Latihan Islam, Kundasang.

Setibanya dalam pukul 10.00 malam, kami terima kunci daripada Pak Guard. Kami dapat menginap di Banglo kerana abang ipar Napi merupakan orang yang agak berpengaruh di sini. Masuk2 banglo tersebut kami sangat excited kerana cuaca yang semakin sejuk dan banglo yang sangat besar. Manakala Napi terus cari dapur gas. Dia keluar dengan perasaan yang hampa kerana bukan setakat dapur gas malah heater pun tiada di sini. Kami terus masuk bilik yang besar dan luas. 

Lepas tu, kitorang ikhtiar hidup untuk masak nasi dan ayam tu. Akhirnya, Napi decide untuk rebus nasik dan ayam tu pakai air panas. Kami turun untuk pinjam heater dari Pak Guard dan Hakim jerang air dan rendam ayam nak dekat 9 kali. Nasi tu pon Hakim menggunakan kaedah yang sama. Yang lagi bes, heater tu kita guna banyak kali sampai tendang. Satu rumah plug tak boleh pakai sampai Hakim kene pergi betulkan balik.

Akhirnya, kami makan nasi separa mentah dan ayam rebus yang tak berapa nak siap. Masih mentah-mentah lagi. Kami terpaksa tambah sos dan kicap untuk tutup rasa mentah tu. Tidak mengapa, kata produk Kem Ganas. Malam tu kami tidur kumpul tenaga untuk hari esok.









No comments:

Post a Comment