Hari ini merupakan hari keempat kami di Langkawi dan hari terakhir kami. Plan asal kami ingin bersarapan di tempat viral iaitu Nasi Dagang Pak Malau tetapi sebab kami mengambil masa yang lama untuk bersiap kami bersarapan di tempat sama dengan semalam.
Flight balik kami pada jam 3.00 petang jadi kami sempat singgah ke sebuah tempat lagi sebelum bergerak ke lapangan terbang. Mula-mula kami terus pergi ke Atma Alam Batik Art Village untuk menyaksikan batik tetapi tutup. Kami terus ke Padang Matsirat dan Beras Terbakar.
Di sini juga kami sempat shopping for the last time dan peniaga sangat bersyukur dengan kehadiran kami. Kata mereka, Langkawi sudah lama menyepi dan mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Setelah menyaksikan beras terbakar, kami terus bergerak ke lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment