nuffnang adds

Monday, January 3, 2022

DAY 3 LANGKAWI - Cable Car Incredible View and Sensational Telaga Tujuh Waterfall



Hari ini sudah masuk hari ketiga dan hari ini merupakan hari paling padat kerana kami akan berjalan dari pagi sehingga lewat malam. Seperti biasa, kami bersarapan terlebih dahulu dan pagi ini kami memilih Kak Ju Tiga Saudara. Kedai ini menghidangkan nasi lemak serta lauk-lauk dan makanannya sangat sedap dan murah. Di hadapan kedai ini terdapat sebuah gerai roti canai juga sedap dan murah. 

Kami ada berborak dengan mereka dan mereka menyatakan pada minggu itu mereka baru dapat keuntungan kerana pelancong sudah kembali melancong ke Langkawi. Sepanjang PKP, mereka hanya menjual kepada rakyat tempatan dan tidak mendapat apa-apa keuntungan. Sekadar kais pagi makan pagi. Lokasi kedai ini juga terletak di Kuah.

Setelah selesai sarapan, kami terus ke Langkawi Skybridge Cable Car. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah dan cantik.

 

Setibanya kami di sini, Tarot terus beratur di kaunter. Selepas PKP, kereta kabel ini beroperasi pada jam 10.00 pagi, selalunya pada jam 9.00 pagi sudah dibuka. Kami juga diberi makluman bahawa cuaca pada ketika itu hujan dan mereka menunggu isyarat dari pasukan teknikal untuk mula operasi. Kami semua sudah risau tidak dapat naik kereta kabel ini, kami datang dari jauh.

Akhirnya, kaunter dibuka dan kami dibenarkan untuk membeli tiket kerana pasukan teknikal memberikan greenlight. Harga untuk cable car, Sky Dome dan Muzium 3D ialah RM46.00 dan potongan harga untuk OKU, warga emas (melebihi 55 tahun) dan kanak-kanak.


Abah try menggunakan teropong yang disediakan dengan bayaran Rm1.00. Akan tetapi kami merasakan teropong ini rosak kerana kami tidak dapat lihat apa-apa walaupun berkali-kali adjust.



Kami menikmati pemandangan yang indah kerana ketinggian Gunung Mat Chinchang ini lebih kurang 708 meter dari paras laut. Setelah puas menikmati pemandangan kami terus turun untuk pergi ke 3D Muzium.





Selepas kami habis melawati 3D Muzium, kami terus makan dan solat di sini. Senang sebab di Oriental Village ini memang lengkap dengan semua kemudahan. Cuma di kawasan food court hanya tinggal beberapa gerai sahaja, sebelum ini banyak kedai yang buka. Memang PKP memberi impak yang sangat besar kepada sektor pelancongan dan peniaga-peniaga kecil ini.

Selepas tamat semua urusan, kami terus ke Air Terjun Telaga Tujuh. Untuk ke Telaga Tujuh, kawasannya lebih tinggi dan kami hanya pergi ke kawasan air terjun sahaja juga agak tinggi. Kepada sesiapa yang mempunyai orang tua dan anak kecil disarankan tunggu di bawah sahaja. Di sini juga pengunjung akan diserang oleh monyet lebih-lebih lagi jika kita memegang bungkusan air atau makanan. Jadi berhati-hati dengan cara sorokkan sebarang makanan yang ada.

Dua orang ibu dan seorang nenek berjaya sampai ke Air Terjun Telaga Tujuh.








Pemandangan kawasan Air Terjun Telaga Tujuh ini sangat cantik dan lain daripada air terjun di kawasan lain. Kami melayan perasaan mendengar bunyi air terjun serta bunyi air yang mengalir. Ramai juga yang berkelah serta mandi di kawasan ini tetapi kami tidak mandi atas faktor jadual yang sangat padat.

Setelah puas menikmati pemandangan, kami terus turun dan serang gerai-gerai air minuman kerana kami sangat dahaga.


Perhentian seterusnya, Telaga Harbour. tempat ini lebih sesuai pergi pada waktu pagi kerana tidak begitu panas. Waktu kami pergi agak panas dan lighting tak berapa cun. Kami boleh berjalan-jalan sambil menikmati yatch. Kami merancang untuk dinner dalam yatch jika melancong ke Langkawi lagi.


Terjumpa jiran depan rumah, nampak la macam ayam baru terlepas reban. HAHAHA

Last stop kami sebelum dinner di Chenang ialah Pantai Pasir Tengkorak. Kedudukan pantai ini agak jauh kerana terletak di kawasan hujung dan berhampiran dengan The Datai Langkawi. Semasa simpang masuk ke pantai ini kami terlepas dan terpaksa membuat pusingan U di depan. Tiba-tiba kami ternampak Air Terjun Temurun. Si sini juga merupakan air terjun yang agak terkenal kerana pemandangan yang unik dan cantik. Akan tetapi, kerana sudah lewat petang kami hanya bergambar di pintu masuk sahaja.


Pandangan Tarot, pantai ini dinamakan Pantai Pasir Tengkorak kerana batu di sini nampak seperti tengkorak kerana kulit kerang yang melekat. Agak menggelikan lah ya....


Selepas itu, kami terus ke Pantai Chenang untuk dinner dan selepas itu kami terus balik. Maka tamatlah hari ketiga kami di Bumi Mahsuri ini....

No comments:

Post a Comment