Setelah Family Day Enun 2019 di Pengkalan Balak, kami decide untuk lakukan Family Day ini sebagai acara tahunan. Atas sebab PKP dan Covid 19, Family Day tidak dapat diteruskan. Pada tahun ini iaitu 2022, Wani telah putuskan untuk teruskan legasi tersebut dan menjadi pengurus program. Kota A'Famosa, Melaka telah menjadi pilihan beliau dan Melaka ialah negeri yang sangat convenient untuk semua family Enun.
Family Day ini mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja dan sebelum check ini, kami akan melawat A'Famosa Safari Wonderland terlebih dahulu.
Kami bertolak seawal jam 10.00 pagi kerana berjanji untuk jumpa pada jam 1.00 petang di sana. Setibanya di highway plus, jalan sangat jammed dan kami mendengar berita menyatakan hampir 2.4 juta kenderaan berada atas jalan raya atas tujuan melancong pada hari itu. Tarot sentiasa melihat aplikasi waze kerana waze akan memberikan jalan alternatif dan akhirnya kami ikut jalan Linggi.
Family Day ini mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja dan sebelum check ini, kami akan melawat A'Famosa Safari Wonderland terlebih dahulu.
Kami bertolak seawal jam 10.00 pagi kerana berjanji untuk jumpa pada jam 1.00 petang di sana. Setibanya di highway plus, jalan sangat jammed dan kami mendengar berita menyatakan hampir 2.4 juta kenderaan berada atas jalan raya atas tujuan melancong pada hari itu. Tarot sentiasa melihat aplikasi waze kerana waze akan memberikan jalan alternatif dan akhirnya kami ikut jalan Linggi.
Kumpulan pertama yang sudah berkumpul naik truck terlebih dahulu. Beberapa orang terpaksa tunggu Family Tarot kerana Family Tarot merupakan yang terakhir yang tiba. Kumpulan ini nampak sangat padat macam pelarian. 😆😆
Kumpulan kedua kelihatan lebih lengang berbanding kumpulan pertama. Induk, Pak Induk, Najla dan Wani menunggu family kami di pintu masuk Safari kerana mereka memegang tiket kami. Geng Tarot iaitu Azeem, Adib dan Najmi juga menunggu Tarot kerana kami memang tidak boleh berpisah.
Menariknya safari ini, kami menaiki truck yang berpagar untuk 100% perlindungan dan akan masuk ke setiap kawasan binatang liar. Kami dapat lihat lebih dekat dan bukan seperti zoo di mana binatang diletakkan di dalam sangkar yang kecil. Truck ini bergoyang agak kuat dan tidak sesuai bagi wanita mengandung atau ada masalah kesihatan seperti sakit belakang. Manakala, yang muda seperti kami sangat enjoyed macam naik roller coaster.
Geng-geng bujang yang single, available dan care-free.
Kami sangat teruja melihat harimau yang berlegar-legar di sekitar truck kami.
Sampai di checkpoint Badak Air, kita boleh beli separuh labu dengan harga RM10.00 dan beri makan kepadanya. Badak air agak jauh jadi kita perlu beling tepat masuk dalam mulutnya. Tarot gagal.
Cubaan kedua oleh Abah. Juga gagal masukkan walaupun mulut badak air terbuka luas.
Ber-selfie bersama badak air tersebut. Nampak sangat photogenic.
Dak Zayden pandai main chak-chak dengan cameraman.
Chak!!!
Binatang di sini kurang compare dengan zoo tetapi konsep agak berbeza. Di sini, kita akan dapat pengalaman lebih seronok kerana dapat mendekati haiwan malah dapat bermain-main dengan haiwan tersebut. Selepas tamat truck adventure, kami terus ke bahagian yang lain dan di sini kami dapat beri makanan kepada kambing dan arnab. Di sini, kita boleh beli kacang dengan harga RM5.00 satu ikat.
Group photo Family Enun. Tidak tahu kenapa ada group 6 orang belah kanan tu macam terkeluar daripada group.
Selepas itu, semua orang terus ke homestay kerana badan sudah penat. Akan tetapi, family Tarot masih tidak mahu balik (mungkin kerana kami paling lambat) dan kami mahu tunggu The Elephant Show. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang dan waktu tayangan gajah pada jam 4.30 petang. Family Tarot dan Family Mak Su sahaja yang stay bersama Najmi, Azeem, Adib dan Nabil untuk menyaksikan show ini. Pertunjukkan ini cuma 2 kali sehari dan kami tidak mahu lepaskan peluang ini.
Adib mengambil peluang untuk beri makanan kepada gajah ini.
Dak Zafirah sangat takut pada gajah tersebut.
Show oleh gajah agak menarik walaupun tidak boleh nak compare dengan Thailand punya Elephant Show. Akan tetapi, show ini boleh diberikan pujian dan menghiburkan, effort yang bagus untuk bersaing dengan negara lain.
Harga tiket ke A'Famosa Safari Wonderland ialah RM38.00 dan percuma untuk kanak-kanak. Tarot sangat berpuas hati kerana konsep truck itu sangat menarik dan tidak dapat di tempat lain. Ramai kata, route oleh truck itu sangat sekejap dan mungkin boleh ditambah lagi. Tempat memang agak kecil tetapi sangat selesa kerana agak redup. Tarot reconmend kepada semua pembaca untuk datang sini lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.
Selepas tamat show gajah itu, kami mengambil peluang memberi makan dan bergambar bersama gajah. Seterusnya, kami terus ke homestay untuk aktiviti seterusnya.
No comments:
Post a Comment