Amin ajak Tarot pergi ke Taman Eko Rimba yang terletak di Kuala Lumpur. Hal ini kerana kami agak bosan pergi ke shopping mall dan kami prefer ke tempat-tempat seperti ini untuk mendekatkan diri kami dengan nature.
Tempat ini agak popular pada satu ketika dahulu tetapi tenggelam apabila shopping mall mengambil alih minat rakyat marhaen. Kini tempat seperti ini sudah menjadi tempat tarikan semula.
Tarot tidak mengenakan pakaian yang sesuai semasa datang di sini kerana Tarot memakai seluar jeans. Tarot tidak menyangka trail di sini agak mencabar dan memang akan berpeluh. Tips dari Tarot, pakai pakaian sukan serta seluar track suit untuk mudahkan pergerakan. Tarot sangkakan permukaan tanah di sini landai dan tidak mencabar, sebab itu pakai jeans sahaja.
Di sini juga terletaknya jambatan gantung. Tempat ini sangat menarik untuk lakukan sesi photoshoot. Di hadapan akan nampak pokok-pokok dan di bahagian belakang akan nampak bangunan konkrit. Jambatan ini juga agak tinggi dan Tarot cadangkan berhati-hati ketika membawa orang tua atau kanak-kanak.
Masuk sini hanya percuma tetapi perlu bayar parking yang agak cekik darah. Parking juga agak susah kerana perlu berkongsi parking dengan pelancong yang ingin melawat KL Tower. Pengalaman Tarot di Taman Eko Rimba sangat menarik lebih-lebih lagi bagi mereka yang minat nature. Tarot cadangkan kepada semua untuk melawat tempat ini untuk pengalaman menikmati keindahan alam.