nuffnang adds

Monday, June 21, 2021

Big English-Style Breakfast before Ramadhan | Jibby & Co at Empire Subang

 





Sehari sebelum menyambut Ramadhan, Tarot dan member-member decide nak makan di luar. Kira macam nak sambut kehadiran bulan Ramdahan la, padahal saje nak jumpa sebab tahu masa puasa lagi susah nak jumpa. 

Kami decide untuk memilih cafe yang menyediakan menu breakfast kerana Tarot kerja pada hari itu, kami hanya keluar makan untuk breakfast. Setelah berbincang, kami memilih Jibby & Co sebagai lokasi untuk kami breakfast kerana tempat ini paling dekat dan tidak banyak cafe yang menyajikan hidangan breakfast di sekitar kawasan rumah kami.


Kick Azz French Toast, RM27.00

Jibby Big Breakfast, RM31.00

Belly Dancer, RM30.00

Coco Longo, RM20.00











Kami memilih cawangan Jibby & Co di Empire Subang kerana cawangan ini paling hampir dengan kami. Cawangan ini juga dia terpisah dari bangunan utama Empire Subang jadi Tarot sarankan tidak perlu parking di dalam Empire Subang juga tidak mengapa. Akan tetapi kami parking juga di dalam kerana mudah dan mahu menyinggah.

Tempat ini sangat cosy dan sangat minat oleh golongan-golongan korporat yang ingin menikmati sarapan pagi dengan selesa. Tempat makan kami juga ialah sofa yang dilengkapi dengan bantal kusyen. Semasa kami makan, terdapat dua golongan iaitu mak-mak yang diyakini suri rumah dan golongan korporat. Tiba-tiba ada kami, beberapa remaja yang acah nak makan English-style breakfast. 

Tempat ini tidak begitu bising mungkin kerana awal pagi dan hari isnin. Kami dilayani oleh pelayan yang memberikan layanan yang baik. Jadi service level dia boleh diberikan pujian. Pendapat Tarot tentang makanan di sini, boleh dikatakan sedap tetapi Tarot tidak akan repeat. Mungkin harga dia yang agak pricey  menjadikan salah satu faktor. 

Hidangan Jibby Big Breakfast (makanan Tarot) sangat sedap cuma tiada wow factor. Untuk makan kali kedua, mungkin tidak berbaloi. Hidangan Belly Dancer boleh dikatakan yang paling sedap antara kami semua kerana menu ini menghidangkan ikan salmon serta telur separuh masak. Memandangkan kami berdua memilih makanan savory, jadi Naquib disarankan memilih makanan yang manis jadi beliau memilih Kick Azz French Toast. Menu ini juga sangat enak dan kami menikmati dengan kombinasi pelbagai makanan. Akan tetapi kami terpaksa makan ini selepas kami habiskan dua hidangan savory itu terlebih dahulu kerana menu ini more kepada pencuci mulut.

Jadi, kami enjoy makan di sini dengan menu-menu pilihan kami. Suasana yang sangat selesa dan cosy menjadi faktor kami menikmati pengalaman yang menarik. Cuma Tarot tidak sarankan untuk pergi kali kedua atas faktor harga dan menu tiada unsur wow.