nuffnang adds

Sunday, September 2, 2018

Pahit Manis Universiti : Uruskan Perbelanjaan Anda Dengan Cermat


Tarot tahu mahasiswa memang datang dari pelbagai jenis latar belakang keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang berada dan ada yang biasa-biasa sahaja. Tarot hendak tekankan tentang TIPS universiti yang seterusnya iaitu tentang bajet dan perbelanjaan.

Tarot ingin menasihati, uruslah duit anda dengan cermat. Tidak kira mereka yang menggunakan PTPTN, JPA, pelbagai jenis biasiswa atau PaMa. Tarot juga seorang mahasiswa jadi Tarot faham, apabila duit masuk sekali banyak, kita akan jadi sangat ghairah untuk berbelanja. Pergi tengok wayang, pergi bercuti, dan beli barang-barang yang berjenama dan sangat mahal. Bukan tidak boleh, Tarot juga pernah pergi bercuti dan tengok wayang semua tu...cuma kita kene bijak. Selalu jadi kes, apabila hujung semester, mahasiswa terpaksa ikat perut kerana tiada duit untuk makan. Memang ada yang betul-betul tiada duit tetapi kebayakkannya kerana mereka sendiri yang tidak pandai uruskan duit.

Tarot cadangkan semasa anda terima duit yang selambak tu, plan betul-betul. Berapa yang ingin digunakan untuk kemahuan dan keperluan, bahan-bahan kuliah, makan dan semua perkara. Baru anda tidak akan mengalami masalah tidak cukup duit. Apabila da duit lebih, barulah anda mengisi kemahuan anda seperti pergi bercuti atau membeli barang berjenama.

3 comments:

  1. This is so true.. Kadang2 hujung sem tu terpaksa berjimat cermat.. Dah x boleh nak berjalan sangat.. Sob sobs. Apapun, jom singgah blog ekin utk baca latest entry

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/09/got-my-selene-by-dea-april.html?m=1

    ReplyDelete
  2. sy pernah rs tinggal RM50 je dlm beg.... bla ingat balik mmg perit

    ReplyDelete
  3. pernah juga ada pengalaman berjimat cermat semasa belajar di U dulu..Tapi alhamdulillah tak ada sampai ikat perut

    ReplyDelete