nuffnang adds

Wednesday, August 29, 2018

Pahit Manis Universiti : Tolong Belajar Common Sense


Kepada pelajar-pelajar yang baru masuk, korang kena tahu satu benda, "COMMON SENSE". Tarot nak bagitahu ini, semua benda dalam dunia ini, semua benda yang anda buat kena guna common sense. Takkan la nak ada satu subjek pulak untuk ajar perkara common sense. Tarot rasa ramai antara mahasiswa ini datang dari sekolah asrama atau matrikulasi atau asasi. Korang mesti dah tahu banyak benda kan, korang dah hidup dengan pelbagai ragam manusia. Tarot rasa kalau dah layak masuk universiti, maksudnya anda sudah boleh berfikir.

Takkan la Tarot nak senaraikan perkara-perkara common sense. Kalau nak senarai sampai esok pon tak habis...kalau roomate tidur, jangan pasang lagu kuat-kuat...hendak pinjam barang, mintak izin dahulu...kalau pinjam sudu mangkuk, basuh lepas guna. Adakah perkara-perkara seperti ini perlu diajar, Kalau hendak ditegur, lain pula jadinya.

Tarot faham, manusia selalu lupa dan sering melakukan kesilapan. Tarot juga sering melakukan kesilapan. Tetapi janganlah menjadi seorang manusia yang tidak mahu berubah untuk lebih baik. Kalau pinjam barang lupa nak minta izin, selepas itu kalau pinjam barang mintalah izin. Janganlah menjadi manusia yang tidak mahu belajar. Kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Anda sebagai pembaca, mesti hairan dan rasa apa yang dicoretkan ini tidak masuk akal. Mesti korang beranggapan, "kenapa hendak tekankan mengenai common sense, kitorang tahu lah apa yang kitorang buat". Jangan terkejut, lagi lama korang hidup lagi banyak ragam anda akan tempuh. Manusia-manusia yang tidak ada common sense. Korang jumpalah manusia yang tidak kunci pintu apabila keluar, pasang lagu kuat-kuat semasa anda solat, pinjam duit tak bayar-bayar dan ada yang tak flush toilet!!

Sekarang mungkin semua indah, baru kenal roomate, housemate dan coursemate. Tunggu beberapa sem dan semoga bertabah. Nantikan TIPS MASUK U yang akan datang dari tarot. Renung-renungkan dan selamat beramal.

4 comments:

  1. sokong tarot.! singgah sini dan follow you~
    ://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. common sense semua orang pun kena ada. kena mula dibentuk dari kecil..

    ReplyDelete
  3. bw time hihi..dtg jenguk2 hihi
    http://www.opzzpinky.my/2018/08/blogwalking-time-august2018.html

    ReplyDelete
  4. kalau x praktikkan common sense ni ms zaman belajar, alamatnya bla msk dunia pekerjaan, br kita sedar dunia ni kecik besar, tinggi rendah

    ReplyDelete