nuffnang adds

Monday, August 6, 2018

Yeouido Park, Yeouido Island | Cherry Blossom Heaven in Seoul

The Beauty of Spring in Bloom







Lepas pergi ke Namdaemun Market, kami gerak pergi destinasi terakhir pada hari terakhir, Yeouido Park. Dekat sini memang tempat kemuncak la, sebab kitorang memang pilih tarikh March sebab nak menikmati keindahan bunga sakura. Hari ini juga dikatakan paling cantik bunga sakura berkembang. Apabila tiba di tempat tersebut, ternyata memang sangat indah suasananya.

Kami bentang tikar dan makan tengah hari dahulu. Memang suasana pada waktu itu amat tenang, rasa macam nak tidur pon ada. Angin yang dingin sepi-sepoi bahasa menyentuh setiap kawasan kulit kita. Ditambah dengan pemadangan kawasan sungai Han River dan pokok-pokok bunga sakura menambahkan lagi suasana untuk waktu makan kami.

Selepas makan, kami berpecah. Ada yang masih duduk, ada yang bergambar dan ada yang pergi ke kawasan bazar. Bazar tersebut menjual makanan-makanan tradisional Korea dan kami hanya membeli makanan yang betul-betul boleh dimakan seperi Pau Kacang Merah dan Ubi Keledek Rebus. 































Kat sini ada satu kawasan lapang yang dipenuhi budak-budak muda yang melepak. Ada gak beberapa aktiviti yang boleh dijalankan seperti skateboard atau berbasikal.







Setelah beberapa jam kami luangkan masa menikmati keindahan bunga sakura, kami bersedia untuk berangkat pulang ke apartment kami. Dan yang paling sedih kami terpaksa berpisah dengan Azri pada hari ini. Dan lagi sedih kami terpaksa meninggalkan Korea awal pagi esok. Apabila pulang ke apartment, kami semua packing-packing barang. 

Tarot dan Big-bro rasa macam masih tidak puas, jadi kami keluar dan berjalan-jalan di Itaewon Street. Yang lagi best, kami masih bershopping untuk menghabiskan sisa-sisa duit poket yang dibawa. Banyak jugaklah yang kami beli seperti Susu Pisang, Key-Chain, T-shirt dan Produk-produk Kecantikan. Selepas duit betul-betul habis dan memang dah puas hati, kami berjalan balik ke apartment dan packing.

Pau kacang merah


Kali terakhir berjumpa dengan Azri, so kita selfie untuk kali terakhir bersama Azri selaku tour guide kitorang selama 5 hari ini. Thanks bro!



Sempat juga rasa Ais-Krim di Korea. Baru best, suasana yang sejuk dan makan makanan yang sejuk.

Muka yang sedih diulit dengan suasana yang hiba dan pilu malam terakhir di bumi Korea.

Keesokaan harinya, kami bangun seawal pukul 5.00 pagi kerana flight kami memang agak awal. Tarot tidak ingat pukul berapa. Teksi yang menghantar kami ke airport sudah berada di bawah. Macam biasa, Tarot dan Big-bro yang membawa semua beg turun dan punggah masuk ke dalam kereta. Hati rasa berat untuk tinggalkan Korea tetapi terpaksa meninggalkan jua. :(





- - THE END - -







24 comments:

  1. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 200

    ReplyDelete
  2. Yeouido mmg best masa ada festival...by the way tu cherry blossom bukan sakura..hehe..Sally selalu pergi masa bulan April..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya piknik dekat taman macam tu. Lagi lagi time ade festival. Dah la tak panas. Bila baca komen sally dekat atas, baru tau cherry blossom tu bukan sakura

    ReplyDelete
  4. sgt la happy nampaknya.
    and aida happy reading. dpt la tgk korea tanpa ke sana. tq.
    indah! sakura tu memang jadik tumpuan la kan, tarot.
    kat sini memang x dpt la view secantik tu.

    ReplyDelete
  5. Best dpt jenjalan dengan kawan2 kan. Sis pun klau travel suka pergi gan kawan2..happening sikit.

    ReplyDelete
  6. wow..bestnya tengok gambar-gambar percutian ni dan tiba-tiba rindu pula dengan Korea ^^ haha. Cuti 1 minggu memang x cukupkan :P

    ReplyDelete
  7. wah bestnya Korea, belum ada masa lagi nak ke sana. tunggulah bila fund dah cukup ek

    ReplyDelete
  8. Seronok kan pergi korea! Pergi pulak time bunga sakura tgh mengembang. Ubi keledek rebus tu mmg famous dkt sana, makan panas2 pada waktu cuaca dorg sejuk, mmg sempoi!

    ReplyDelete
  9. syok pegi time bunga sakura ni..dlu pi dh end musim bunga dh nk masuk summer tp ada la skit2 tgk pokok yg daunnya masih merah...cantik cherry blosoom tu

    ReplyDelete
  10. Pemandangan cantik dengan dipenuhi bunga sakura pelbagai warna..bertuah kamu dapat melawat Korea..Korea masih dalam wishlist travel akak..ntah bila dapat pergi..

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat tengok bunga sakura..kita tengok jela gmbar awak ni..hehee..kat Malaysia kat kedah je ade bunga mekar-mekar macam ni..hahaha..bila lah dapat pergi Korea

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dapat pergi tempat sejuk kat sana memang best melancong kita dah lama teringin nak ke sana doakan kita dapat pergi juga satu hari nanti...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah cantiknye bunga sakura tu.. dah 2 kali pergi Korea baru sampai 2 musim iaitu winter, dan autum next InsyaAllah musim bunga! cantik sy suka baca entri ni

    ReplyDelete
  14. ala, kon aiskrik macam kat malaysia je. hehe.. best la tu dapat pergi tgk bunga sakura. bukan senang tau

    ReplyDelete
  15. Bestnay dapat pegi sana..entah bila plk kak nak ke sana..dah lama beranga tgk Bunga Sakura

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat melihat keindahan bunga sakura depan mata. Ni orang kata jauh berjalan luas pengalaman hehe

    ReplyDelete
  17. bestnya..teringin nak pergi Jepun.nak nak tengok bunga sakura depan mata.memang suka sangat tau dengan bunga sakura tuh.

    ReplyDelete
  18. Pehhhh bestnyaaa bunga sakura kura. Cantik sangat view dia. Nad belum ada rezeki lagi nak sampai Korea. In shaa allah one day hehe.

    ReplyDelete
  19. Cantiknya korea...siap ada sakura lagi eh time pi tu..bestnya

    ReplyDelete
  20. time pergi Korea dulu pada musim autumn..tak dapatlah tengok bunga sakura

    ReplyDelete
  21. bestnya dapat nikmati pemandangan indah camni

    ReplyDelete
  22. cantiknya.. tak pernah lagi ke korea.. doakan akak pun dpt jejakkan kaki ke sana yer..

    ReplyDelete
  23. teringat someone bila tgk bunga sakura ni..

    ReplyDelete