Pada musim PRU yang ke-14 ini, semua anak-anak lelaki dari Godiks Family pulang ke rumah. Yalah kan, anak-anak lelaki yang jauh merantau, Big-Bro bekerja di Labuan manakala Tarot belajar jauh di utara. Kami juga agak sukar untuk pulang ke rumah atas faktor-faktor tertentu. Atas sebab PRU ini sahaja yang menyebabkan kami balik dengan agak lama.
Memandangkan kami susah hendak berkumpul, Mak dan Abah cadangkan untuk kami makan besar bersama-sama. Walaupun hari lahir mereka belum tiba malah dalam masa sebulan akan datang tetapi waktu ini merupakan waktu terbaik untuk sambut hari lahir mereka.
Tarot dan Big-Bro yang membuat survey untuk cari tempat makan terbaik. Survey tempat dan harga akhirnya kami memilih Grella's Cabin cawangan Subang 2 sebagai pilihan untuk makan besar bersama. Kami tengok review dan respons daripada pelanggan-pelanggan juga kebanyakkannya positif. Mereka juga rekomen tempat ini kepada orang ramai. Kami semua bersetuju dengan Grella's Cabin.
Kami tunggu dua lagi ahli keluarga kami iaitu Bang Long dan Hazzy sebab mereka mengundi di kampung halaman mereka. Selepas mereka balik, baru kami makan bersama.
Tempat agak selesa dan hiasan ala-ala hipster. Kami order pelbagai jenis makanan termasuklah lamb chop, burger, chicken chop dan steak. Kami enjoy makan di sini dan Tarot boleh bagi rating 8/10 untuk tahap kesedapan. Di sini juga boleh tempah untuk buat Birthday Celebration atau apa-apa special ocassion. Seperti kami, kami tidak buat apa-apa tempahan pon tetapi kebetulan ada family sebelum tu buat birthday celebration. Jadi adalah sisa-sisa hiasan tertinggal di sekitar tempat duduk kami.
Tempat ini merupakan tempat yang baik untuk menyambut apa-apa hari special bersama family tercinta. Kami memang enjoyed dengan hidangan kami dan kami rekomen kepada anda untuk mencuba hidangan di sini.
No comments:
Post a Comment