nuffnang adds

Wednesday, August 15, 2018

It's All About Burger - Johnny Rockets Pavillion Kuala Lumpur



Setelah melebihi sebulan Tarot intern, Tarot akhirnya dapat elaun yang pertama. Elaun ini agak banyak daripada yang dijangkakan kerana elaun ini campur sekali dengan 5 hari pada bulan June dan sebulan kerja pada bulan July. Tarot juga dapat extra elaun kerana Tarot mejadi "sales marketing" untuk Malaysia International Retail and Francise Exhibition 2018 pada akhir bulan July. Kira banyak jugakla elaun yang terkumpul.

Cerita ini bermula apabila Tarot berjanji dengan Big-Bro untuk belanja dia. Bila kami survey2, kami memilih Johnny Rocket kerana belum pernah cuba makan di sini. Asalnya kami memilih cawangan Sunway tetapi kami baru dapat tahu yang cawangan Sunway sudah lama tutup. Selepas itu, kami memilih Avenue K yang bertempat di Kuala Lumpur.

Big-Bro ingin percepatkan janji ini kerana beliau perlu ke Singapore pada minggu hadapan. Beliau sudah dipindahkan tempat kerja dari Labuan ke Singapore. Big-Bro decide last minit untuk makan pada hari ini iaitu hari kerja. Tarot terpaksa bergegas balik malah terlepas cerita Jangan Benci Cintaku. 

Setelah beberapa puluh minit meredah traffic jam, kami sampai. Kami terus ke kaunter pertanyaan dan pak cik itu berkata yang Johnny Rocket sudah tutup. Kami sangat dan amat kecewa. Pak Cik itu sarankan untuk pergi ke Pavillion kerana itu merupakan cawangan yang paling hampir. Kami terus bergerak.



Kami sampai juga walaupun terpaksa menempuhi traffic jam yang melampau. Kami duduk dengan tenang dan order. Harga semua burger ini boleh tahan juga. Kami harap berbaloilah dengan harga dia. Tarot beri kebenaran kepada Big-Bro untuk order apa-apa yang dia mahu. Big-Bro order Smoke House Double - Beef manakala Tarot order Rocket Double - Beef. Kami hanya order satu air iaitu Banana Vanilla Milkshake.










 




 Smoke House Double - Beef (RM36.70)

Rocket Double - Beef (RM27.30)

Burger memang sangat lazat dan daging patty amat lembut. Kami berpendapat bahawa kami pernah makan burger yang lebih murah dan lebih lembut. Daging di sini sedap cuma terdapat seasoning dia yang agak berlebihan membuatkan kami rasa tak sedap mulut. Apabila hendak habiskan, kami mula rasa muak dan rasa masam. Walaupun memang daging dia sedap tetapi kami rasa tidak cukup menepati jika hendak dibandingkan dengan harga dia.

Johnny Rocket memang agak overated lagi-lagi apabila harga dia yang sangat mahal. Kami mengharapkan rasa dia juga setaraf dengan harga dia. Kami rasa myBurgerLab dan Fuel Shack lebih enak dan lazat jika hendak dibandingkan dengan Johnny Rocket. Harga di myBurgerLab dan Fuel Shack juga jauh lebih murah. 

Sekarang kami faham kenapa cawangan-cawangan Johnny Rocket banyak yang tutup. Kami memang datang sini sekali dan tidak akan datang selepas ini. Kami juga yakin kebanyakkan orang berpendapat sama seperti kami sebab itu Johnny Rocket sukar untuk survive. Apa-apa pon kami masih enjoy makan di sini lebih-lebih lagi Big-Bro, orang belanjankan....





3 comments:

  1. Yea agak mahal tuk sebijik burger n fries, portion pun nampak so so saja. 😊

    ReplyDelete
  2. Wow nampak menarik, teringin nak cuba...

    ReplyDelete