nuffnang adds

Monday, August 6, 2018

Perasaan Menjadi Backpackers | Avatar Secret Garden Tanjung Bungah, Pulau Pinang




Cuti pertengahan semester sudah bermula, tetapi Tarot masih berada di UniMAP. Tarot sekadar melihat rakan-rakan Tarot packing dan pulang ke kampung halaman. Tarot sangat busy, dengan Bengkel Pemerkasaan Majlis Perwakilan Pelajar kerana Tarot baru sahaja dilantik menjadi MPP. Dengan Festival Konvokesyen 12 yang bakal tiba tidak lama lagi. Masih banyak perkara yang belum settle, program masih banyak kena pantau. Cuti seminggu ini, Tarot terpaksa stay di UniMAP untuk menyelesaikan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

Sampai satu tahap, Tarot sendiri rasa sangat tension dan rasa macam nak pecah kepala. Semua orang di sekeliling membuatkan Tarot semakin serabut. Dengan tiada orang di UniMAP, Tarot tidak tahu ingin mengadu kepada siapa. Akhirnya, Tarot menghubungi rakan Tarot yang asal dari Utara. Memandangkan sekarang musim cuti, sudah tentu semua orang berada di rumah.

Jadi, Tarot wasep geng matriks dulu dan Zaqwan, Faiz dan Luqman bersetuju untuk keluar bersama. Memandangkkan mereka memang dari utara, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, senang untuk kami berkumpul sekali.

Zaqwan mengambil Tarot di kampus, manakala Luqman datang dengan kereta sendiri. Selepas itu, Zaqwan mencadangkan kami pergi ke Aman Central. Elok je masuk simpang, kereta Luqman terkeluar dari allignment. HAHAHA. Memang dugaan. Tetapi bila ada member sekali, kita enjoy menghadapi dugaan bersama. Selepas Luqman call bapak dia, terus bawak masuk bengkel. Lepas itu, kami gerak menggunakan kereta Zaqwan dan terus ke Aman Central.

Setibanya di Aman Central, manusia seramai-ramainya. Tarot menyatakan, kalau macam ini bukan semakin hilang tension malah bertambah-tambah tension dan serabut. Lalu kami keluar balik dari Aman Central.

Akhirnya, Zaqwan mencadangkan supaya kami gerak ke Pulau Pinang. Kami tidak yakin dengan keadaan kereta Zaqwan mampu sampai ke Pulau Pinang. Beliau mencadangkan supaya kita menaiki KTM. Kami terus gerak.



Memang trip kali ini sangat tidak dirancang, kami cuma ada phone, wallet dan apa yang kami ada pada waktu itu. Kami tidak kisah, kami memang ada satu mission untuk sampai ke Pulau Pinang. Setibanya di ktm stesen Pulau Pinang kami turun dan terus berjalan ke jeti yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau. Kami berjalan dengan agak laju, takut-takut tertinggal feri. Selepas membeli tiket tersebut, brader kaunter tiket tu cakap, "Jeti dan nak berlepas dah, korang kene lari!". Terus kitorang lari macam tiada hari esok. Adrenaline memang berada di tahap puncak waktu itu, kitorang dah macam reality show The Amazing Race. Akhirnya kami sempat masuk. Yang paling best, semua orang tengah tengok kitorang. Kitorang tengok ada orang yang masih berjalan macam tiada apa-apa yang berlaku. Lepas itu, seorang macam Jaga ni cakap, "5 minit lagi feri baru berlepas". Memang kitorang rasa macam nak mencarut. Baju dah lecun, muka macam bukan manusia dah.

Selepas 5 minit, feri terus berlepas. Kami menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang. Tarot tidak sangka dengan apa yang kami lalui sepanjang hari ini. Setibanya di Pulau, kami berjalan dengan tenang dan masih tidak fikir apa plan seterusnya. Kami bercadang nak naik bas Rapid Penang tetapi kami pilih untuk berjalan kaki.




Selepas itu, kami perlu pilih antara Kapitan atau Nasi Kandar Beratur. Kami tidak boleh pilih kedai-kedai viral kerana kami bukan naik kereta. Kami kene pilih kedai yang mudah untuk kami pergi. Akhirnya kami pilih Kapitan kerana kedai ini kelihatan lebih menarik dan exclusive. Trip ini more kepada food hunting jadi kami hendak makan sepuas-puasnya. Kami order berbagai-bagi jenis makanan seperti, Nasi Briyani, Cheese Nan, Ayam Tandoori dan Nasi Kambing. Ternyata Pulau Pinang memang sebuah syurga makanan. Kami makan dengan berselera sekali ditambah pula dengan perut yang lapar. Mana tidaknya, hari ini macam-macam terjadi, berlari, kereta rosak, orang ramai dan Tarot sendiri tidak ingat.


Nampak tak keterujaan muka mereka, nampak sangat lapar.

Muka berminyak + peluh. Macam dah takde rupa orang dah.

Ukhwah yang terjalin di KMPk masih kuat sehingga ke hari ini.



Cheese Nan + Ayam Tandoori





Selepas makan di sini, perut sudah kenyang dan kami bercadang untuk berjalan. Sementara nak tunggu isi makanan yang baru, kene kosongkan perut balik. Kami mula-mula berjalan-jalan sekitar kawasan Georgetown dan akhirnya Tarot cadangkan pergi Avatar Secret Garden. Tempat ini pernah viral di twitter jadi kami mengambil peluang untuk melawat kawasan ini.

Kami yang memang tiada apa-apa plan, hendak jalan kaki sahaja sampai ke sana. Akhirnya Faiz keluarkan phone nak guna apps GrabCar. Pada masa ini, Tarot masih kurang arif tentang apps ini. Kami dikenakan caj RM12.00, okla bahagi 4 orang jadi 3 ringgit sorang. Kami terus gerak.

























Tempat ini masih baru dan belum cukup popular. Avatar Secret Garden ini betul-betul terletak di sebelah pantai. Yang paling menarik, tiada bayaran dikenakan. Kami nampak konsep dia memang sama seperti I-City cuma kawasan yang lebih menarik. Tarot yakin, beberapa tahun atau bulan akan datang confirm ada tiket masuk, lepas tu bayar itu dan bayar ini. Masa baru nak up ni sahaja dia buat percuma.

Kat sini memang menarik untuk melakukan photoshoot sebab lampu yang pelbagai warna. Bila dah banyak sangat lampu, terasa bahang. Kami berpeluh-peluh sampai basah badan. Peluh berlari tadi baru nak kering, dah berpeluh balik. Rasa macam dah berlecak-lecak satu badan. Sendiri yang tak tahan dengan bau kepam diri sendiri.

Selepas itu, kami berjalan di pantai berdekatan dengan Avatar Secret Garden ini. Semasa itu, memang sangat tenang. Tarot lupakan seketika masalah-masalah di UniMAP. Sambil berjalan, terasa angin pantai melalui di setiap kulit dan mendengar bunyi pukulan ombak ke pantai. Sambil mengila-gila dengan member, memang perfect la!!



Selepas puas kami menikmati suasana malam di pantai, kami terus gerak ke Padang Kota. Sekali lagi kami naik Grab Car. Di sini kami menyambung aktiviti food hunting, kami order pelbagai jenis makanan seperti cendol, pesemboq, mee udang dan kerang rebus. Memang kami puas hati dan memang lupa semua masalah. Walaupun kami tiada beg, tapi kami paham perasaan menjadi bagpackers. Terjah je apa yang boleh dan semua benda semua Ad-Hoc, tiada satu bende pon yang dirancang.

Apabila jam sudah pukul 2.00 pagi, kami sudah penat. Asalnya kami hendak tidur di surau ataupun masjid. Faiz selaku orang Penang, call member dia suruh ambik. Selepas itu, kami menginap di rumah Faiz dan kami memang tak sedar apa. Yang kami ingat, masuk-masuk rumah, memang dah ada tilam kat ruang tamu, kitorang tumbang lalu KO.

Keesokannya, kami bangun. Faiz sediakan sarapan dan kami dengan tiada tuala, tiada baju dan tiada apa-apa terpaksa cuci muka sahaja. Tarot yang tidak biasa kalau tidah gosok gigi terpaksa gosok gigi menggunakan jari. Itu memang choice terakhir dah tu. Seingat Tarot juga, Tarot sahaja yang mandi kerana rasa tidak selesa. Selepas kami bersarapan, kami terus naik grab ke KTM dan terus bertolak ke Alor Setar.


Perasaan ingin kembali ke zaman kanak-kanak.






Kami singgah di gerai cendol di Kangat sebelum perpisahan terakhir.

Begitulah cerita tentang trip yang unplanned tetapi one of the best moment yang pernah dilalui. Geng Seri Iskandar memang terbaik dari dulu lagi. Tarot harap Ukhwah masih kekal dan kami akan berjumpa lagi dalam masa terdekat.

23 comments:

  1. Schoolmate saya keluar dengan Classmate and jiran matriks saya? Haha 😭😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, semua ada kaitan dengan kamu, tetapi kamu sendiri tiada

      Delete
  2. Kira plan bidan terjun la ni eh. At least dapat jugak jalankan aktiviti macam ni. Hilang segala stress kan bila dapat luangkan masa dengan kawan²

    ReplyDelete
  3. Masa muda muda dan bujang ni lah senang nak berback pack. Nanti kalau dah kahwin dah ada anak, payah sikit nak nak lagi bila ada anak kecil. waktu ni pergi travel sejauh dan sebanyak mungkin tau

    ReplyDelete
  4. Wow! Best nyer.
    Unplanned normally akan jadik yg terbaik. Terjah aje. Ke mana aje kakibmelangkah, kan. Then, it is penang. A great town. Penuh warna warni!
    Tarot still a student. Student life is the greatest moment. Precious!

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok entry Tarot kali ni dan dapat bayangkan macam mana kelam kabut nak naik feri tu...penceritaan baik dan bersahaja cuma kena kekalkan penggunaan ganti diri "tarot"jangan campur tarot/aku..nanti entry tak berapa cantik..well tahniah berjaya buat unplanned trip..enjoy...

    ReplyDelete
  6. Seronok juga jadi backpackers. Cari pengalaman baru dan paling best kita explore sesutu yg baru. Janji pergi dengan kengkawan sekepala

    ReplyDelete
  7. Backpackers tuk yg ada anak boleh ke? Nak juga rasa merantau negara org.. Lagi best kalau unplanned trip sbb kite dpt explore benda baru cuma ada risiko kena ambil

    ReplyDelete
  8. Hidup bersahabat dengan semua orang tiada ruginya. Suatu hari semua ibmni akan jd kenangan yg indah

    ReplyDelete
  9. Wahhh dekat penang jer ke? ingatkan dekat oversea tadi cantik sungguh tempa ni... kalau ke Penang nanti Bolehlah singgah... memang menarik...

    ReplyDelete
  10. Cantik tempat ni ye..nanti kalau pergi pulau pinang, boleh masukkan tempat ni dalam list..boleh berangan avatar

    ReplyDelete
  11. Cantik gambar. Memang seronok dapat jalan jalan macam ni especially dengan kawan kawan

    ReplyDelete
  12. Sesekali keluar dengan kawan kawan pergi travel best kan.pergi negeri orang dan menikmati keistimewaan negeri orang.kalau boleh diputarkan masa, nak juga travel sana sini

    ReplyDelete
  13. Usia muda yang berlalu akan menentukan masa depan kita, keluar mengembara dengan kawan kawan memang bagus. bawa pulang hikmah untuk bekalan kehidupan

    ReplyDelete
  14. Jalan jauh jauh tempat orang kena pandai pandai bawah diri. Tak nak lah jadi macam kat jepun tempohari. Buat gangster ikan masin. Hehe. Tapi tuan punya blog ni dan kawan kawannya tak macam tu kan. Semua budiman yang pandai jaga nama baik keluarga dan negara. Agama terutamanya.

    ReplyDelete
  15. Orang muda memang elok pergi mengembara dan keluar berjalan jalan. Nanti dah kahwin susah nak merasa semua ni.

    ReplyDelete
  16. kapitan tu memang famous. rugi kalau pergi penang tapi tak cuba makan ayam tandoori kat situ. tengok gambar pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  17. korang bujang-bujang bagus backpackers, kak lily ni dah tak larat huahauhuha

    ReplyDelete
  18. Di pulau Pinang ada juga Tanjung Bungah ya? Kalau di Makassar-Indonesia pun ada juga destinasi wisata pantai Tanjung Bunga.

    Ditunggu backpackeran ke Tanjung Bunga Makassar hehee

    ReplyDelete
  19. Cantiknya Avatar Secret Garden tu, rasa macam nak pi la nanti. Lama tak jalan2 kat penang tu...

    ReplyDelete
  20. berjalan, makan2 mmg best.. tambah pulak dgn kwn2..

    ReplyDelete