nuffnang adds

Monday, August 27, 2018

Atap Rooftop Cafe, Bandar Sunway | Amidst Skyscrapper Skyline & Striking Moonlight




Actually tempat Haikal yang discover, Tarot tidak pasti bagaimana dia boleh jumpa. Katanya tempat ini viral sejak kebelakangan ini, memang kuasa viral oleh netizen sangat powerful. Haikal juga sudah lama tidak hangout dengan kami kerana beliau baru saja selesai pentaulihan Palapes di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu. Sebab itulah beliau beriya-riya ajak malah memaksa kami untuk keluar bersama.

Semua benda Haikal yang plan, Tarot cuma pickup sorang-sorang sahaja. Setibanya kami di situ, memang ramai pelanggan. Mungkin sebab tempat itu agak kecil dan sempit, menjadikan tempat itu bertambah padat. Kami tidak perlu tunggu lama kerana ada satu group besar selesai sebaik saja kami sampai. Waiter tersebut mengutamakan group kami dahulu daripada mereka yang datang as couple. Akan tetapi, tempat kami tidak begitu menarik sebab berada di tengah-tengah. Kami prefer untuk berada di tepi untuk dapt view yang lebih menarik.






Menu agak terhad dan tidak banyak pilihan. Air juga hanya Strawberry Lagoon dan Bluelemon Lagoon yang menarik. Kebanyakan makanannya boleh dimakan secara beramai-ramai, bukan makanan untuk seorang. Kira makanan seperti burger, chicken chop, pasta spaghetti bagai semua tiada. Di sini hanya ada Keropok Lekor Cheese, Meatballs, Fries dan all sort of makanan yang boleh dimakan secara beramai-ramai.

Tarot nak cakap sedap tu, memang banyak lagi kedai atau cafe yang menyajikan makanan yang lebih lazat. Akan tetapi, bukanlah makanan tersebut tidak sedap, kira rasa dia memang so-so dan Tarot boleh bagi rating 6 daripada 10. 

Apa yang menarik di sini ialah suasana dia. Kami juga baru tahu bahawa Sean Lee merupakan owner kepada Atap Rooftop Cafe ini. Beliau merupakan seorang artis baru dan kami rasa kami ada terserempak dengan beliau pada malam itu. Pada waktu itu tiada siapa antara kami yang perasan kerana tiada siapa antara kami yang kenal beliau. Berbalik kepada pemandangan tadi, tempat ini terletak di bahagian paling atas bangunan tingkat 3 dan bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar Sunway. Sunway memang hidup sampai tengah pagi jadi membantu untuk menjadikan pemandangan lebih "kebandaran" dan urban. Walaupun banyak lampu tetapi tidak begitu panas yang disangka (berpeluh la jugak) mungkin angin malam membantu untuk mengurangkan kepanasan.



Meatball & Fries

Keropok Lekor Cheese





Naquib baru balik dari Langkawi, jadi kami juga ada party Chocolate pada malam itu.





Kami rasa owner tengah test dahulu Rooftop Cafe ini sebab itu tempat dan menu agak terhad. Sampai satu tahap jika sambutan dari netizen begitu mengalakkan, kemungkinan besar tempat akan menjadi lebih luas dan menu akan lebih dipelbagaikan.

Tempat ini memang sesuai untuk rasa suasana kebandaran sambil menikmati bangunan dan lampu-lampu sambil ditemani angin malam. Maybe untuk bersama keluarga agak tidak sesuai, terpulang kepada family itu sebenarnya. Tempat ini lebih sesuai untuk kawan-kawan hangout dan couple-couple yang ingin suasana yang romatik.


Berikut merupakan maklumat tentang Atap Rooftop Cafe jika anda berminat untuk makan si sini.


Alamat: No. 1-3, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, Bandar Sunway


Nombor Telefon: 019-696 0708


Waktu Operasi: Setiap Hari, 5.00 petang sehingga 1.00 pagi.

6 comments:

  1. cantiknyaaa... sesuai kalau nak ajak pakwe dating sebab romantik je tapi tu lah jauh dari rumah saya dan saya takde pakwe. nak pergi sorang kang macam aneh pulak haha

    ReplyDelete
  2. Konsep menarik.. mungkin masih dalam tempoh percubaan kot.. Tapi bila dah viral, senang nak naik.. Cuma owner kena pandai maintain dan pelbagaikan menulah kan..

    ReplyDelete
  3. cantik pemandangan tempat ni :)

    ReplyDelete
  4. "Bismillah, ar-Rahman, ar-Raheem".

    Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    BBM: {DDA46523}
    WHATSAPP> +447480724786

    Firma: CREDIT FINANCIAL GROUP Dari meja dan pejabat ini CREDIT FINANCIAL GROUP tahun ini menjanjikan menjadi tahun lebih banyak wang dalam akaun bank anda, ini kerana kami menguruskan CREDIT FINANCIAL GROUP memberikan pinjaman kepada semua orang yang mempunyai keperluan kewangan yang besar tahun ini untuk memulakan satu atau dua perniagaan bahkan untuk mengubahsuai kediaman mereka juga untuk menghidupkan semula perniagaan mereka dan jangan takut dengan pemasangan bulanan anda kerana kami mempunyai pakej khas untuk mempersiapkan anda atau bahkan memberi kuliah tentang bagaimana melaburkan wang anda dengan sumber yang sangat tinggi. perniagaan jadi jangan hanya duduk di sana dan kemudian biarkan orang lain maju secara kewangan katakan tidak kepada kemiskinan tahun ini katakan tidak untuk hutang tahun ini tahun ini adalah tahun yang luar biasa yang boleh membawa kemasyhuran Tuhan tidak mengharapkan kita menjadi miskin daripada kita menjadi bijak dalam menjana wang dan kemudian melaburkan wang dalam perniagaan yang sangat menguntungkan jadi melalui ini kami berada di sini untuk memberi pinjaman kepada anda kerana CREDIT FINANCIAL GROUP dipenuhi dengan dana yang anda cari anda boleh menghubungi kami melalui maklumat hubungan di bawah

    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    BBM: {DDA46523}
    WHATSAPP> +447480724786

    ReplyDelete
  5. banyak restoran macam ni kan sekarang, provide tempat cantik yang instagram-worthy tapi makanan biasa-biasa je. Yang datang pun bukan nak makan sangat tapi lepak dekat situ

    ReplyDelete