nuffnang adds

Sunday, August 26, 2018

The Best Nature Vacations - Bali, Indonesia




Tarot lawat Bali pada tahun 2012, waktu Tarot berumur 16 tahun (form 4). Zaman tu  bukan macam zaman sekarang walaupun hanya beberapa tahun yang lalu. Nampak tak betapa banyaknya yang boleh berubah dalam masa beberapa tahun. Zaman tersebut, media sosial masih belum aktif. Masa itu, semua orang masih fokus dengan Facebook. Instagram, twitter semua ni masih belum kelihatan.


Tarot pon masih belum ada phone sendiri waktu ini. Nak bergaya pon tak reti, tak tau la pasal fashion pasal post-post gambar semua. Kami hanya mengharapkan camera sahaja waktu itu. Camera pon camera biasa-biasa sahaja, bukan camera mahal pon.


Di sini, Tarot hanya meletakkan tempat-tempat menarik di Bali. Memandangkan kami pakai pakej dan menggunakan tourist guide, jadi Tarot tak berapa tahu pasal bayaran dan pakej yang dipilih. Apa yang Tarot boleh cakap, Bali antara tempat pelancongan paling best. Untuk seorang nature lover macam Tarot, Bali memang tempat terbaik.

Memang tempat pelancongan di Bali hanyalah alam semulajadi seperti bukit, gunung, pantai, air terjun, sunset, gaung dan all sort of nature. Bijak nya mereka, mereka menjadikan nature untuk tarik pelancong.

DAY 2


Vilarisi Hotel


Hotel ini merupakan tempat kami menginap untuk 4 hari 3 malam, hotel ini tidak lah mewah sangat tetapi tidak la teruk sangat. Kira family Tarot bagi rating 3 star untuk hotel ini. Sebab memang kami hanya hendak tidur sahaja di sini tidak perlu bermewah-mewah di hotel. 



Ikat Batik - Ubud



Di Ikat Batik memang kaya dengan kepelbagaian batik yang diperbuat daripada pelbagai jenis kain seperti cotton, linen dan sutera. Semua jenis batik memang sesuai untuk semua peringkat umut daripada kanak-kanak sehingga dewasa.



Barong Dance Ubud Bali

Batubulan Barong Dance Ubud Bali



Barong Dance ini memang salah satu keunikan di Bali dan memang tidak sah jika tidak menyaksikan Barong Dance ini. Pertunjukkan ini merupakan tarian tradisional yang menggabungkan tarian dan kisah-kisah lama di Indonesia. Tarot tidak berapa ingat, tetapi Tarot rasa semasa kami menyaksikan pertunjukan ini, kisahnya tentang sekumpulan penduduk kampung yang ingin membelot Raja secara besar-besaran. Mereka mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Raja tetapi tumpas kerana Raja mempunyai kuasa mutlak dan memiliki kuasa sakti yang tidak bisa ditumpaskan.

Yang menariknya, di sini mereka memisahkan penduduk tempatan dan pelancong asing semasa show tersebut berlangsung. Kira mereka mengutamakan pelancong dan ingin memberi layanan lebih kepada pelancong asing.



Ubud Market


Tarot kelihatan muda dan kacak. Zaman ni baru nak up.

Ubud Market antara pasar yang menjadi tarikan pelancong. Pemandu pelancong kami kata yang kami mempunyai banyak tempat shopping jadi kami tidak belanja lebih di sini. Yang paling menarik, kami terjumpa kedai "Babi Guling" di sini.



Tegallalang Rice Terrace





Memang salah satu tempat tercantik untuk menyaksikan keindahan alam. Kami menikmati keunikan dan keindahan sawah padi yang ditanam secara berteres.



Kintamani Volcano




Kintamani Volacano ini memang sangat cantik lagi-lagi dengan satu hasil alam gunung berapi yang masih aktif. Di sini sangat popular dengan jungle trecking tetapi kami hanya makan lunch di sini. Kami makan sambil menikmati pemandangan yang sangat indah. Makan tidaklah sedap sangat masa itu, pemandangan sahaja yang cantik.



Kopi Luwak





Kopi di sini memang antara kopi yang sedap di Indonesia. Memang boleh didapati dengan pelbagai rasa seperti ginseng, coklat dan macam-macam lagi.  



Tampak Siring - Holy Spring Water Temple Bali








Body Arum SPA




DAY 3


Turtle Island - Nusa Dua Beach






Garuda Wisnu Kencana Cultural Park - The World's Largest Monumental Statue in the World.








Blue Lagoon - Escape into Romance





Uluwatu - Cliff Top Temple





Jimbaran Bay Seafood


DAY 4



Tanah Lot Temple - Scenic Sea Temple








Taman Ayun Temple - magnificent traditional architectural features








Bedugul - a mountain lake resort area in Bali, Indonesia.





2 comments: