nuffnang adds

Friday, August 24, 2018

Mengapakah Wujud Pernyataan "Malaysia Kekurangan Saintis dan Jurutera" | Setuju atau Tidak Setuju??

Sebelum mengupas penyataan "Malaysia Kekurangan Saintis dan Jurutera", terlebih dahulu Tarot ingin nyatakan yang Tarot bukanlah seseorang yang banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Tarot hanya mengutarakan pendapat dan idea sendiri, bukan bermaksud semua yang dicoretkan itu betul. Jika betul, anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri dan jika anda tidak setuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda sendiri. Tarot seorang yang sangat terbuka dan boleh menerima pendapat dan idea daripada orang lain.

Berbalik kepada isu di atas, Tarot rasa Malaysia sudah ada ramai bakat-bakat muda yang menceburi bidang kejuruteraan dan sains. Tarot sendiri sorang mahasiswa yang berlatarbelakangkan sains, jadi Tarot boleh nampak dari sudut Tarot sendiri. Memang ramai golongan muda yang bijak dan berkemahiran malah ada yang bernasib baik dapat menuntut ilmu sains di luar negara. Kadang-kadang Tarot rasa tidak wajar apabila isu "Malaysia kekurangan saintis dan jurutera" dikeluarkan di media sosial dan dada-dada akhbar.

Tarot pernah scroll twitter dan baca tentang komen-komen yang dikeluarkan oleh netizen. Terdapat satu statement yang dikeluarkan iaitu, "Hanya 3% daripada majikan sanggup membayar pekerja dengan RM2000.00 dan ke atas." Terbuktilah kenapa saintis dan jurutera semakin berkurang. Sebagai seorang graduan yang bertambah komitmennya, bayaran sebegitu sememangnya tidak cukup. Bukan kerana mereka memilih kerja tetapi siapa sanggup hidup pada tahun 2018 dengan gaji sebegitu. Kini, graduan sudah banyak benda perlu dibayar, kereta, rumah, barang keperluan, PTPTN lagi dan ada yang kena tampung keluarga. Kebanyakkan antara mereka akan mengambil satu langkah iaitu berpaling arah dari bidang mereka. Mereka sanggup bertukar bidang seperti merketing, management atau yang paling common, business.

Satu lagi statement dikeluarkan oleh para majikan, "Bagaimana hendak bayar mahal jika tiada pengalaman". Bukankah mereka meminta perkerjaan itu hendak cari pengalaman? Adakah mereka expect graduan yang baru tamat pengajian mempunyai 10 tahun pengalaman? Tarot tahu dan sedar pengalaman itu sangat penting lebih-lebih lagi dalam industri yang melibatkan sains dan ilmu kejuruteraan. Adakah langkah ini seperti menyekat mereka untuk melahirkan para saintis dan jurutera yang lebih mahir. Adakah perkara ini seolah-olah tidak memberi peluang kepada para graduan. Graduan begitu berkobar-kobar untuk menyumbang idea dan kemahiran dan belajar untuk menjadi jurutera dan saintis yang lebih mahir. Akan tetapi, mereka harus pilih jalan yang terbaik lagi-lagi ingin menempuh dugaan hidup menerusi arus pemodenan ini.

Apa yang jadi kepada mereka yang belajar di luar negara?? Ini satu lagi isu yang timbul. Tarot tidak kata semua, tetapi apa yang Tarot selalu dengat dan baca, kebanyakkan graduan luar negara lebih berminat untuk sambung ke alam pekerjaan di tempat mereka belajar. Mereka lebih suka dan selesa dengan majikan di laur negara. Tarot tidak tahulah tetapi ada yang pernah berkata majikan di Malaysia tidak menjaga kebajikan pekerja berbanding majikan di luar negara. Abang Tarot sendiri ialah salah satu bukti, dia bekerja di sebuah syarikat antarabangsa tetapi pelbagai jenis kemudahan diberikan walaupun dia berada di kelas terbawah. Kebanyakkan "saintis" dan "jurutera" yang hebat dari Malaysia tidak mahu berbakti kepada negara sendiri. Sememangnya bukan salah mereka, mereka ada hak untuk memlih apa yang terbaik untuk mereka.

Tarot masih sangat mentah dan pemikiran sangat sempit. Cuma pendapat daripada kajian yang dibuat, Malaysia sememangnya mempunyai ramai golongan bijak pandai yang bisa menjadi saintis dan jurutera. Bagaimanakah wujudnya stigma tersebut?? Adakah mereka tidak diberikan platform kerjaya untuk menyumbang kemahiran mereka?? Atau adakah atas faktor-faktor lain?? Tepuk dada, tanya selera.


Jika anda mempunyai apa-apa pendapat, jangan malu jangan segan. Luahkan sahaja. Mesti korang ada jugak apa-apa untuk diutarakan.


4 comments:

  1. Bagi pendapat akak, chewah sbb umur dah 33 dah tempuh alam pekerjaan ni, memang ada betul part majikan dan bayaran yang tak setimpal. tapi isu graduan yang choosy dan masalah attitude juga agak membimbangkan..

    Yang pilih kerja kat oversea, yes payment better..

    ReplyDelete
  2. Bila cakap bab ni, Ella agak sensitif sebab Ella salah seorang yang terpaksa tukar bidang. Kadang-kadang rasa sedih jugak sebab tak dapat peluang nak apply technical knowledge and skills yang kita ada.

    Masuk tahun ni dah 3 tahun Ella kerja dan belum ada lagi peluang untuk dapat job in science and engineering field. Now majikan pulak pandang experience Ella dalam admin je, dorang tak pandang dah qualification Ella. Bila Ella apply for technical position, dorang tetap nak offer Ella job in admin line.

    That's why Ella kurang setuju kalau ada yang buat statement pukul rata kata semua graduan memilih kerja. Ella dah jumpa ramai graduan kita yang dari background science and engineering, terpaksa kerja bidang lain. Ramai jugak yang ada degree tapi kerja dengan gaji setaraf SPM.

    Realiti yang agak menyedihkan tapi itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  3. mungkin kah negara kita kurang maju menyebabkan peluang dalam bidang sains dan teknologi sangat kurang ..

    saya sekadar bagi pendapatan

    ReplyDelete
  4. Sesetengah negeri agak limited peluang pkerjaan in sains dan jurutera, sb tu ramai tpaksa go to other bidang.

    ReplyDelete