nuffnang adds

Friday, February 14, 2020

Regalia Residence with Rooftop Infinity Pool - Anniversary and Birthday Celebration ( 2 in 1 )



Sekali lagi, Tarot lama menyepi dari dunia blogging ini. Tarot sudah mula bekerjaya sebab itulah tiada masa untuk ber-blogging. 

Entry kali ini, Tarot cerita tentang event besar-besaran Gediks Family. Event ini boleh dikatakan besar kerana ada 2 sambutan iaitu Sambutan Anniversary Mak dan Abah yang ke-34 dan Birthday Filzah yang pertama. Plan kali ini memang 100% dari anak-anak, mak dan abah hanya datang sahaja. Memang plan nak buat surprise party macam itu. Abang Tarot yang cadangkan tempat ini sebab tempat ini agak famous untuk buat event yang bermakna. Dia juga yang book tempat ini, Regalua Residence menggunakan apps Airbnb.

Kira kami empat beradik yang plan daripada kek, nasi makan malam, kudap-kudapan, air, booth, hadiah, banner dan semua yang berkenaan. Tarot kena mintak cuti untuk settle semua benda.

Event ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu 1 dan 2 February 2020. Tarot dan kakak kena gerak awal ke Regalia Residence kerana nak buat semua persiapan awal.


Tarot buat tempahan belon helium sebagai perhiasan booth.

Setibanya kami di Regalia Residence ini, Tarot settlekan check-in. Tarot agak pelek dan keliru sebab tempat ini Residence bukanya hotel, so lobby dia bukan macam hotel. Tarot mengalami masalah untuk proses check-in sebab bangunan ini juga mengelirukan. Rupanya, Airbnb tidak perlu berurusan di kaunter, kita cuma perlu mengambil kunci sahaja dan isi borang sebagai pendaftaran. Parking di sini agak mahal (RM20.00), walaupun harga tersebut harga standard di Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang ingin menginap di sini, anda perlu stand-by RM50.00 sebagai deposit. Hari itu, Tarot kelam kabut kerana tidak mempunyai cash di dalam poket (padahal boleh je transfer online).

Macam inilah rupa lobby Regalia Residence.

Regalia Residence yang dibina dengan 38 tingkat.

Selepas kami masuk, Tarot terus cari port terbaik untuk buat booth tersebut. Angle yang paling cun dan pencahayaan yang paling baik menjadi faktor untuk pilihan lokasi booth. Dalam beberapa minit, Kaklong dan family-nya tiba. 





Toilet yang besar dan selesa.

Banner yang di-design oleh Amin, kawan Tarot tolong design dan print banner ni.


Booth yang sudah siap, kira ok sebab Tarot ambil masa 1 jam sahaja untuk settle ini.

Kaklong se-family ambil peluang bergambar dahulu sebelum Mak dan Abah tiba.

Ini makanan untuk majlis ini, kira dia macam ala-ala high tea dan konsep Pot Luck,


Masa ini, Tarot sudah pon bersiap dan sudah turun untuk menyambut kedatangan Mak dan Abah. Kaklong dan Kakak ready nak baut surprise.



Mak dan Abah sampai!! Mereka sangat terkejut sebab mereka tidak tahu kemana diorang akan pergi sehingga waktu ini. Uwan juga join sambutan 2 in 1 Gediks Family.








Kami empat beradik dan our parents. Gambar ini menampakkan Mak dan Abah sangat kecil dikelilingi kami 4 beradik yang besar panjang.

Upacara potong kek oleh Mak, Abah dan Filzah. Filzah nampak terpinga-pinga dan cuba nak brain apa yang berlaku.



Gift daripada kami, Mak dapat hand cream manakala Abah dapat Baju jenama Giordano.







Baby Filzah masih terpinga-pinga untuk memahami situasi semasa. Mungkin tidak biasa dengan tempat baru.

Selepas bergambar dan potong kek, kami terus MAKAN!! Tarot, Kakak dan Kakling masih tidak makan tengahari kerana sibuk dengan persiapan celebration. Masa makan, kami terus melantak dengan semua makanan yang ada.


Zafirah nampak berminat dengan present Filzah. Tunggu birthday Zafirah Uncle dan Antie belikan present jugak.


Pemandangan dari tingkat 34 ini menampakkan suasana bandar Kuala Lumpur yang sangat cantik. Dari pemandangan kami, kami dapat melihat kedua-dua bangunan yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur iaitu KL Tower dan KLCC.

Selepas makan dan melihat pemandangan yang sangat cantik. Kami bersiap untuk mandi swimming pool. Infinity pool merupakan tarikan utama Regalia Residence kerana swimming pool terletak di tingkat 38 dan menampakkan pemandangan seluruh Kuala Lumpur. Akan tetapi ada banyak rules di swimming pool tersebut kerana kanak-kanak umut 12 tahun kebawah tidak dibenarkan untuk masuk.

Jadi, kami ke swimming pool yang berada di tingkat 5 kerana tidak ada had umur dan ada bahagian untuk kanak-kanak.


Filzah kelihatan sangat geram untuk berendam bersama sepupunya, Zafran dan Zafirah.

Zafirah sangat gembira kerana dapat berendam. Tahun lepas, Zafirah masih kecil semasa short vacay di Templer Park.



Selepas semua naik ke bilik untuk mandi dan solat, kami terus naik ke atas untuk cuba Infinity Pool. Yang penting dapat bergambar.



Suasana malam di Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan cahaya. Abah ada cakap tahun lepas punya retreat sangat kontra dengan kali ini kerana tahun lepas penuh dengan kehijauan, hutan dan alam. Kali ini 100% urban style dengan bangunan dan modern-style.














No comments:

Post a Comment