nuffnang adds

Thursday, May 21, 2020

Resepi Simple & Mudah - Kek Oreo 3 BAHAN (oleh: syaf/ lilyputeh)




Firstly, Tarot sarankan anda klik link di bawah untuk menonton video penuh pembikinan Kek Oreo ini.


Bagi siapa-siapa yang ingin cuba resipe yang sangat simple dan mudah ini, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah. Memandangkan semua tidak dapat balik kampung tahun ini, apa kata anda semua try resepi ini.

Oreo Cake Stay At Home ‼️



Bahan-Bahan

↣  2 Paket Oreo 
  1 Cawan Susu Segar 
  1 Sudu Baking Soda 


Topping

  100g Beryls Coklat Ganache
  1 Sudu Mentega
 Coklat Chips (Boleh pakai apa-apa topping mengikut citarasa anda)


Cara-cara

1. Asingkan biskut oreo dan filing krim.
2. Hancurkan biskut Oreo. 
3. Setelah biskut hancur, masukkan 1 cawan susu segar, 1 sudu baking soda dan filing krim Oreo.
4. Kacau adunan sehingga sebati dan alih adunan tersebut ke dalam loyang untuk kukus.
5. Kukus selama 40 minit dengan api yang sederhana.
6. Untuk topping, cairkan coklat ganache dan mentega.
7. Setelah siap kukus, tuangkan coklat cair di atas kek dan tabur cip coklat.
8. Siap dan selamat mencuba ! πŸ˜€πŸ˜€

Bagi para pembaca yang jenis suka tengok video untuk dapat gambaran yang lebih jelas, boleh klik link di bawah.

No comments:

Post a Comment