nuffnang adds

Friday, July 17, 2020

Platform Baharu untuk Mencari Peluang Pekerjaan - mus_shareKerjaKosong

https://twitter.com/MusKerjaKosong



Kita telah menyaksikan rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan atau dicutikan tanpa gaji dalam kuantiti yang banyak akibat pandemik Covid 19. Kebanyakkan sektor terkesan dengan wabak ini lebih-lebih lagi sektor pelancongan dan perhotelan.

Ini bermakna ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.

Apa yang Tarot mampu sumbang, Tarot telah cipta satu akaun dan kumpulkan semua jawatan-jawatan kosong. Kepada sesiapa yang memerlukan pekerjaan, boleh follow akaun twitter ini. Kemungkinan rezeki anda, keluarga anda, sahabat anda ada di sini.

No comments:

Post a Comment