nuffnang adds

Friday, November 12, 2021

Singgahan Rahmat Homestay Morib, Homestay Ala-ala Bali - Perfect Place for Big Family Gatherings and Celebrations

 

Setelah Gediks Family bercuti di Langkawi, ada satu lagi percutian menanti iaitu percutian di Singgahan Rahmat Homestay. Tarot sudah lama plan percutian ini kerana satu family sudah lama tidak bercuti bersama dan hendak sambut birthday kedua-dua kakak Tarot.

Asalnya, kami hanya ingin menyambut sambutan ini untuk Gediks Family sahaja dan memjemput Enon Family yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur memandangkan kita masih tidak dibenarkan untuk rentas negeri. Jadi Tarot memilih homestay yang kapasitinya dalam 10-20 orang sahaja. Homestay ini fully booked sehingga Disember jadi Tarot terpaksa booked cepat-cepat itupun terpaksa pilih Jumaat dan Sabtu. Akan tetapi, pada hari itu sendiri negara kita sudah dibenarkan untuk rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya. Jadi Tarot dalam dilema untuk mejemput seluruh Keluarga Enon atau tidak tetapi rumah ini tidak dapat menampung seluruh keluarga besar kami. Jadi, terpaksa proceed dengan plan asal serta beberapa orang tambahan.

Jadi, Tarot sekeluarga telah aturkan semua aturan dari makan, homestay dan segala perhiasan untuk birthday. Nampak tak struggle kat situ.

Kami tiba lebih kurang jam 4.00 petang jadi kami dapat lihat keadaan rumah yang masih teratur dan bersih. Homestay ini dibina ala-ala Bali dan memang sangat sesuai untuk family gathering.

Private Pool yang tidak begitu besar, tetapi agak dalam. Bagi sesiapa yang ada anak kecil dinasihatkan untuk berhati-hati.











Memandangkan tetamu yang lain datang lewat kerana semua tunggu balik kerja dahulu baru bertolak, kami mulakan bakar-bakar terlebih dahulu. Kami juga terus memilih tempat dan lakukan persiapan seperti banner dan susunan meja.
Kek kali ini sangat special, ditempah di Gula Cakery. Cake Biscoff.

Brownies juga ditempah khas dari MommyUnique.






Lebih kurang jam 7.00 malam, baru tetamu mula datang. Ramai yang berkata rumah ini terletak jauh di dalam dan amat jauh dari exit. Rumah ini betul-betul terletak di Pantai Morib jadi memang sangat jauh. Semua orang terus bersiap untuk menyambut hari lahir Kaklong dan Kakak. Lebih kurang jam 8.30 malam, semua preparations sudah siap dan tetamu terakhir sudah tiba. Kami terus mulakan majlis dengan bacaan doa, nyanyian lagu, pemberian hadiah dan bergambar.














Hadiah dari Tarot kepada Kakak Didie.

Hadiah kepada Kaklong pula.

Mak Lang juga memberikan hadiah kepada Kakak Didie.











Tarot dan Mak Tarot memberikan hadiah kepada Daddy baru kita, Daddy Suhail yang baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya.

Semua kelihatan sangat lapar dan berselera menjamah makanan yang sangat banyak. Mostly, mereka baru sahaja pulang dari kerja dan belum makan apa-apa.


Setelah perut kenyang, kanak-kanak terus terjun kolam private di bahagian dalam.









Pada hari kedua, kami bersarapan English style breakfast termasuklah scramble egg, hash brown, roti hot dog, fresh oranges dan english sandwiches. Selepas itu, sekali lagi geng-geng ini terjun kolam. Mereka tidak lepaskan peluang untuk mandi kolam. Lebih kurang jam 11.30 pagi semua bersiap kerana kami perlu check out pada jam 12.00 tengah hari.

Homestay ini sangat best dan sangat cantik berkonsepkan Bali. Sangat sesuai untuk buat event besar dan muatkan keluarga besar dalam 20-30 orang. Terdapat private pool untuk kanak-kanak dan dewasa, akan tetapi agak dalam untuk kanak-kanak. Cuma bahagian ruang tamu tiada aircond jadi kami terpaksa buka pintu bilik supaya ruang tamu turut merasa aircond tersebut. Kalau tak, memang terasa panas semasa hendak tidur. Satu lagi, Tarot cadangkan supaya bawa ubat nyamuk kerana kami diserang pada waktu maghrib dan waktu tidur terutamanya.





No comments:

Post a Comment